Thursday, July 14, 2016

Bila isteri Mrs. DIY

Entry takde mukadimah, jenis terus terjah.  Seorang emak dengan tiga orang anak yang sedang membesar memang banyak kena abaikan mukadimah-mukadimah ni. Tak dan woi !


Ceritanya begini.  Kat rumah mak di kampung sana, kami masih menggunakan sistem air bukit yang disalurkan melalui paip bawah tanah yang dibuat oleh orang dulu-dulu, seawal tahun 1980 dengan bantuan Jabatan Parit dan Tali Air.  (Sebelum tu kami guna air telaga.  Aku antara individu bertuah sempat lagi merasa mandi air telaga). Orang dulu-dulu ini ialah tenaga-tenaga pakar yang tidak mendapat latihan formal, tapi amat arif selok belok sistem air bukit bawah tanah ni.  Dan mereka ini sekarang cuma tinggal dalam 4-5 orang sahaja, rata-ratanya berusia dalam 68-75 tahun.  Kalau takdir kata serentak meninggal kelima-limanya, aku tak tahu sapa lagi yang arif pasal sistem paip air bukit ni kecuali kalau mereka perturunkan ilmu kepada generasi seterusnya.  Moga ada yang mewarisi.


Selain paip yang menyalurkan air bukit ni ada juga paip air JKR asalnya yang lepas itu diberi  SADA tapi kebanyakan orang kampungku lebih suka guna air dari paip bukit sebab airnya –chlorine-free. Alasan lain yang lebih besar ialah tiada bil dikenakan.  Bila rosak, akan ada p.i.c yang akan pegi kutip duit dari setiap orang kampung sebagai upah untuk team yang buat baik pulih ni.  Selalunya RM3 satu keluarga.  Itupun jarang-jarang berlaku.  Dan sehingga ke saat ini kami masih menikmati kesejukan air bukit yang sejuk, jernih, dan segar yang suhunya boleh pergi sehingga 15 darjah celcius di kala Subuh, sejuk dan berasap-asap.  Bila musim ujan saja airnya akan berubah warna tapi sat sat saja dalam sejam dua macam tu, lepas tu kembali normal.


Mungkin kerana musim hujan yang berpanjangan pada tahun lepas, paip-paip air bukit kat umah mak aku ni sudah tersumbat.  Nak call SADA memang di luar radar depa sebab orang SADA memang tak bertanggungjawab dengan paip bukit ni.  Jadi nak tak nak aku kena pi cari pakcik plumber otai (selepas ini ditulis sebagai ppo – pakcik plumber otai) ni untuk menyetelkan masalah paip yang tersumbat sekian lama.  Setelah berpesan-pesan dan berkirim salam berkali-kali dengan orang kampung yang lain maka datangla ppo  ke rumah dalam persalinan yang sungguh klasik.  Berseluar slack agak lusuh sesuai untuk kerja-kerja rencam, berkain pelikat.. memakai kemeja dan lilitan kain pelikat di kepala.  Setelah membuat pemeriksaan lebih kurang, ppo pun memaklumkan kepada aku akan barang-barang yang perlu dibeli dan ditukar ganti.  Masa tu sudah jam 6 petang. 

“Cepat sikit gi beli.. Pakcik takleh dok tunggu lama-lama. Sat lagi nak gi masjid pulak “, katanya kepada aku yang masih terkial-kial nak hafal nama peralatan yang perlu dibeli. 

“Kalau macam tu saya bawak pakcik gi belilah.. lagi senang. Laju pun laju,” kataku pula sambil tunjuk kereta yang siap parking di tepi jalan.

“Isk.. tak payah kot.  Tunggu di rumah saja. Gi kedai dekat-dekat sudah “ katanya menolak. 


Tetapi selepas sesi rundingan yang ringkas ppo akhirnya bersetuju untuk ikut serta.  Aku bawa  Rumaisa dan Rasyid sebagai teman.  Niat asal nak beli barang di kedai hardware berdekatan tak tercapai sebab kedai dah tutup jadi kami lajak ke Pekan Sik yang lebih kurang 10km dari kampung.


Sampai di kedai hardware beserta dengan niat memudahkan urusan,  ppo turun sendiri beli barang, dan sebagai menghormati ppo akupun turun juga dari kereta dan tunggu kat tepi-tepi kedai hardware tu dengan anak-anak aku.

Tiba-tiba seorang kawan lama bernama Sutina (bukan nama betoi, kalau nama betoipun hangpa taktau)  datang menyapa dengan ramah-tamahnya.

“Weh lama sungguh tak jumpa hang.. anak dah berapa ?” kami salam-salam sambil berpeluk-pelukan dan cium-cium angin diiring rindu penuh kepalsuan. Hahah ! 
 
“Anakku tiga ja.. sorang lagi tak bawak” kataku. 

“Sapa tadi tu? Laki hang ka ?? Klasik wey laki hang.  Aku teringat aruah tokwan aku. Pakai seluaq.. kain pelekat dgn kemeja. Awat tua ngat laki hang ?  Tua2 pun tiga gak anak hang, fuyiio power beb !”katanya tak pandang kiri kanan menghamburkan kata-kata. 

Dan dalam masa yang sama ppo pun sudah sampai ke kereta dengan barang-barang dari kedai hardware penuh di tangan.

“Bukanlah…” aku baru nak menerangkan hal sebenar..

“Jommm.. lewat dah ni ! “ tetiba ppo bersuara dengan tegas dan sebagai menghormati ppo dan dengan kekangan masa ppo akupun terus bersalam-salam dengan Sutina.

 “Nanti kita jumpa lagi..”kataku.
 
“Jangan nak habaq tu ayah hang.. aku kenai ayah hang, ayah hang handsome macam P. Ramlee !” kata Sutina dengan senyum penuh keyakinan bahawa ppo tadi adalah suamiku..  Aku hanya mampu sambut dengan gelak ketawa gaya kelampiran, mengilai-ngilai tanpa tema di waktu petang sambil melambai Sutina.

Dalam kereta, sambil memandu aku tergelak sensorang, lucu mengenangkan insiden dengan Sutina tadi.. tetiba ditegur ppo dalam lorat Sik yang dalam..

“Mu dok gelak sorang-sorang dok syok natangplamer, tak besa beli batang paip ka ?  Parah moha orang muda-muda ni” kata ppo dengan bersahaja.


Lepas itu ku simpan gelak dalam perut sampai rumah.  Sepanjang jalan set muka jadi seperti pemikir maha serius sambil memandu pulang ke rumah dengan pasrah !

Friday, March 6, 2015

2C , HPJ

Tajukpun ringkas sebab nak cerita ringkas saja.

Minggu lepas mak telah berkampung di wad kerana Rahman demam. Lama juga di sana dan cemuihnya ya amat, tapi tahankan jua demi nak tengok Rahman sihat walafiat.  Rahman demam disebabkan oleh jangkitan bakteria dalam darah, mengikut kata doktor yang merawat.  Kesian.  Masa mula-mula demam suhu tinggi mendadak sehingga 41.5c.  Kalau rendahpun masih mencecah 39c gitu.  Selepas lima hari di wad, barulah suhunya turun ke 37.9 dan akhirnya setelah dua hari terakhir, Alhamdulillah.. kembali normal. Seminggu jugakla kami dua beranak berkampung di sana.

Rahman diberi katil baby yang ada pagar keliling tu. Aku pula diberi sofa yang empuknya macam duduk dalam kuih pau gergasi.  Tapi oleh kerana Rahman jenis dari kecilnya tidur di lengan mak, maka terpaksalah sofa empuk tu dilupakan dan mak pun join tidur mengerekot dalam katilnya selama seminggu jugak. Nak pula bila sakit, memang taknaklah dia berpisah dari lengan mak yang sado nih.. kihkihkih.  Dan mujurlah sangat katil tu jenis besi padu yang mampu menampung berat mak ni nak oiii.. kalau katil kayu macam baby cot tu aku rasa dari hari pertama lagi katil tu cedera parah patah riuk.  Tapi seksa jangan ceritalah macam mana mak nak menyesuaikan diri duduk dalam katil tu dengan anak lagi.  Hari-hari dok buat gimnastik artistik lentik sana lentur sini demi nak menyesuaikan diri dengan kesempitan katil tu.  Dua hari pertama nangisss.. masuk hari ke tiga dan seterusnya dah selesa kerana mak sudah boleh berkolaborasi dengan katil tersebut.  Kalau sebulan duduk situ, tak mustahil buleh wakil Malaysia ke Sukan Olimpik dalam acara gimnastik artistik di Rio de Janeiro pada 2016 nanti.


Pengalaman di situ Alhamdulillah, doktor dan nurse sangat baik.  Makanan pun sedap.  Kemudahan 5 bintang.  Ada bilik bacaan untuk anak-anak, bilik mainan, bilik menonton TV.  Pendek kata walaupun cemuih tapi takda risiko nak mati kebosanan di sana.  Tapi walau macam mana pun best pun, seboleh-bolehnya tak naklah masuk lagi.. Doakan agar kami sekeluarga sihat-sihat sahaja selepas ni. Amin.


Ni Rahman masa kat sana.. 




Ni pula beberapa menu hospital yang dihidangkan sepanjang kami di sana. Sedapkan...







Dan ini tempat kami berdua beradu..  tengok katil tu.. katil tu... 


Thursday, January 8, 2015

Selamat Tahun Baru 2015





Assalamualaikum 2015.  Akhirnya terbuka juga hati nak sambung tulis blog. Aku bukan tak nak tulis blog. Punyalah banyak benda nak tulis tapi akhirnya aku memilih untuk berdiam seketika.  Ada ramai jugak yang tanya kenapa tak tulis blog lagi.  Bila sebut ramai, janganlah ingat ada beratus-ratus orang yang bertanya.  Untuk blog berskala sendu macam blog aku ni, 15 orang sudah dikira ramai. Kehkehkeh.

2014 yg sudah lebih seminggu ditinggal pergi ialah tahun yang penuh suka duka.  Yang banyak merubah sruktur-struktur kepercayaan aku tentang beberapa perkara yang tidak ingin aku kongsi di sini. Walaupun tidak nampak jelas, tahun 2014 ni Allah sudah jelmakan banyak perkara kepada aku seorang hambaNya sebagai pedoman-pedoman dan juga ingatan untuk aku meneruskan kehidupan.  Tahun lepas aku sudah rancang banyak perkara yang pada awalnya aku rasa dapat dilaksanakan, berbaris-baris nota impian aku catatkan.  Terasa gah kaki melangkah dan rasa kuat sebab ada perancangan.  Namun takdir Allah mengatasi.  2014 lebih kepada tahun suram, tahun dugaan buatku, tahun yang kena kuat percaya pada diri dan juga pada ketentuan Ilahi. 

Moga aku dan kita semua sama-sama kuat untuk mengharungi 2015 yang entah bagaimana lagi cabaran yang menanti.  Insya-Allah !


Monday, December 1, 2014

Aishah



Hari tu masa menyertai acara berakit, kami singgah di Kampung Kuala Triang, dalam daerah Bera di Pahang sana untuk program CSR Kementerian Kewangan pada keesokan harinya.  Pengalaman indah yang terpahat di ingatan selagi tak nyanyuk.  Insya Allah.

Pada hari program CSR tu, team aku ditugaskan membersih dan mengecat tadika Kemas di Kampung Kuala Teriang.  Oleh kerana team kami sangat efisyen, maka kami bergotong royong membersihkan kawasan sekitar dengan menebas segala rumput lalang yang  tumbuh meliar di belakang tadika tu.  Siap tanam bunga lagi.  Moga lepas ini tadika Kemas tersebut akan bersih berseri.  Budak-budak pun hepi nak datang dan cikgu-cikgupun ada semangat nak mengajar.

Sepanjang program, aku diekori oleh seorang anak kecil bernama Aishah.  Aishah ialah anak penduduk sekitar, berusia 6 tahun.  Teringat pula kat anak sendiri.  Aishah ni sangat peramah, bertanya itu ini.   Kakak keja apa, sapanya di awal bicara.  Aku kata Aishah panggil makcikpun okey sebab Aishah sebaya dengan anak makcik yang sulung.  Dia senyum-senyum saja.   Jadi aku ceritalah serba sedikit perihal Rumaisa dan menunjukkan gambar-gambar Rumaisa dalam hp aku kepada Aishah.

“Kalau satu hari nanti saya besar dan masuk universiti, saya harap saya boleh berkawan dengan anak makcik di universiti nanti” katanya sambil dalam hati aku mengaminkan doanya semoga mereka berdua dapat masuk universiti.

“Makcik pandai lukis ?  Kalau boleh makcik lukislah sesuatu untuk saya jadi kenangan kita pernah berjumpa..” kata Aishah.  Petahkan ?   Moga Aishah membesar menjadi anak soleh dan bijak, berjaya dalam pelajaran juga hidup.  Ada rezeki bertemu lagi.

 
Anak-anak comel di Kampung Kuala Triang. Kiri Fatin, kanan Aishah.

Aishah dan gambarnya yang aku cuba lukis.  Hehe.

Wednesday, September 17, 2014

Cerita di sebalik baju merdeka Rumaisa ;)


Hari Rabu minggu lepas, Rumaisa balik rumah terus menghulurkan borang penyertaan untuk pertandingan pakaian beragam bertemakan hari kebangsaan.  Hari itu 10 September, aku tengok borang tersebut seimbas lalu.  Daftar 11 September, hari perlawanan 12 September.  Maknanya kalau nak masuk, ada satu hari saja untuk siapkan apa-apa costume yang relevan dengan tema.  Jadi secara automatik otak akupun mentafsirkan jawapan “Tak payah masuk !”. 

“Mak, cikgu suruh saya masuk.  Saya pun nak masuk, kesianlah saya mak.  Buleh la yer saya masuk pertandingan tu ?” tetiba suara mendayu Rumaisa memujuk. 

“Kakak, kita ada selai je bendera.. mana sempat nak cari dah.  Kalau seminggu sebelum tu sempat la mak buatkan..” kataku memberi jawapan tidak.  Maka cerita pujuk memujuk habis di situ saja.

Tengah malam jam 12.30 aku terjaga dari tidur, tekak rasa dahaga terus menuju ke dapur.  Di ruang tamu bibik masih berjaga.  Di depannya ada sehelai bendera terhampar, gunting di tangan.

“Sum nak buat apa ?” tanyaku.  

“Entah lah ibu, saya tengah memikirkan baju Rumaisa ni.  Kesian dia, nak masuk pertandingan tu !” kata  Sumini termanggu-manggu.


Okey, sebagai emak haruslah aku rasa sedikit tercabar.  Bibik tengah sibuk memikirkan baju apa untuk Rumaisa pakai, aku pulak dari awal-awal lagi sudah tarik diri kerana tak sanggup. Sapa lagi semangat nih ? Huhu.

“Saya buat sajalah gown Elsa Frozen tu, buat asal jadi sudah.  Kesian dia bu.. “ kata Sumini lagi.
“Sum pergi tido, nanti esok saya fikir!” kataku. 
“Tapi borang penyertaannya cikgu nak esok !” kata Sumini lagi.
“Okey, esok pagi saya fikir !”.


Dan esok paginya, masa membelek-belek borang penyertaan, mata terpandang syarat utamanya ialah baju mestilah baju tradisi rakyat Malaysia seperti baju melayu, kurung, kebaya, sari, ceongsam atau sesuatu yang seangkatan dengannya.  Maknanya gown Elsa tinggal mimpi saja.  Frozen dan Elsa tidak termasuk dalam tema hari merdeka rakyat Malaysia.

Masa berfikir tinggal lagi 5 minit sebelum Rumaisa ke sekolah.  Terus isi ruang nama tema baju dengan “baju kebaya Seri Merdeka” la sangat… yang sebenarnya haram nak nampak rupa cemana lagi.  Lepas tu roger EnWTT di pejabatnya minta tolong beliau cari bendera.  EnWTT pun khabarnya memohon ehsan kawan-kawan di pejabatnya mendermakan secara paksarela bendera mereka. Hahah.  Thanks ye kawan-kawan EnWTT.  Akhirnya dapatlah 3 helai bendera untuk mak fikirkan rekaan yang mungkin buleh menawan hati para juri sekalian.    

Lepas habis kerja malam itu paksa anak-anak tidur seawal jam 9.30 malam untuk mak mulakan operasi.  Seumur hidup aku ni kali pertama aku buat baju kebaya.  Buat kebaya ni bukan pakai ukuran tapi pakai naluri.  Asal nampak macam rupa kebaya sudah.  Sesungguhnya aku memang tak pernah ada kemahiran khusus menjahit pakaian.  Sekadar jahit kain batik dengan jahitan lurus tu memang bolehlah.  Dan hasilnya seperti dijangka walaupun dah nampak rupa kebaya tapi ada senget sana sini, jenuh nak ekjas supaya sepadan dengan Rumaisa.  Tarik sana sini senget, tarik sini belah sana terangkat.  Dan jenuh pula nak ekjas tiga helai bendera untuk menghasilkan sepasang kebaya yang bercirikan hari Kemerdekaan Malaysia ke 57.

Apapun sebagai emak, aku sangat berpuas hatilah kerana berjaya menunaikan impian Rumaisa mahu masuk pertandingan pakaian beragam, dengan sokongan kuat daripada bibik Sumini.  Kalau tak kerana bibik, memang tak jadi jugak.  Dia orang kuat, tulang belakang.  Tolong jaga anak-anak bila aku sibuk menjahit sampai jam 2 pagi.  EnWTT pun, tolong cari penderma bendera. Dan kepada cikgu yang bagi borang 2 hari sebelum bertanding, terima kasih jugak kerana berjaya buat mak meong 2 hari tak cukup tidoq ! 


Di bawah ini gambar pagi-pagi masa nak pi kelas tadika dia.  Kiranya masa hari pertandinganlah.  Pertandingan dalam sekolah, ibu bapa tak dijemput untuk menonton.  Kalau tidak mak memang sanggup amik cuti pi bagi sokongan moral. Hehe
 

Bunga sanggul hantam bibik punya. Selonggok atas kepala :)


Selamat hari merdeka.  Selamat hari Malaysia !

Dan pada petang harinya Cikgu Ct iaitu salah seorang cikgu kelas Rumaisa telah sudi men'whatsapp'kan gambar-gambar Rumaisa pada hari pertandingan.  Dan kata cikgunya Rumaisa telah menang,  sebagai emak tentulah gembira bila Rumaisa menang.  Ini gambar-gambar Rumaisa dan kawan-kawannya yang ikut bertanding seperti yg dikirim Cikgu Ct ;)







Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan misi ini secara langsung dan tidak langsung.


Selamat ulang tahun hari kemerdekaan ke 57 dan selamat hari Malaysia.