Semalam semasa sedang lepak2 kat kosyen sambil tangan dok hayun buai Rumaisa tetiba ada sms masuk diiringi bunyi robot transformer *zregzrog.. grokgrekgrokgrek** Zikri menjeling... "awak xde ka tone yg elok sikit ?" aku hanya sengih2.....
Oh sms dari Umie, kawan aku yg di Johor nun. Bila baca sms.. tetiba hati meruap.. sms berbunyi cenih :
i)"tension tul aku. org blakang rumah aku suka dok blasah anak dia. nate sungguh!" -
binatang pun reti sayangkan anak taw.. tu setan... manusia berhati iblis!
ii) "anak dia skola rendah, slalu kena blasah dgn mak dia. aku geram nak repot ja. mak jenis apa xtau la, tp aku xtau nak repot kat sapa & kriteria cemana baru leh repot. esok aku nak tepon balai tanya polis boleh kot" -
kalo nak blasah carik la yg sebaya.. ni blasah budak2 yg kecik xleh nak melawan apa kes.. mak yg takde hati perut.
iii) "laki dia x pernah dengaq sora, xtau la pi mana. mak dia jenis cakap kuang ajaq dgn anak. dia bley kata kat anak dia tu - ko mmg bodo, bangang, sial.. boleh berambus - Mcm2 lagi la. Aku dengaqpun tension. Hari tu dia blasah anak dia lama sangat smp anak dia tak menjerit lagi dah.. Cuma dok cakap allahuakbar berulang2 kali. Sedih aku dengaq. Nak p teguq aku x cukup berani. Jiran2 lainpun x berani nak teguq. Satgi aku nak p ronda tgk no rumah dia. Rumah dia bertemu blakang dgn rumah aku" -
baguslah sangat. gatai nak kawin+beranak. pastu laki bini belasah anak2.. orang cenih patut tembak jer !
iv)"Tadi jiran2 mai dok lepak kat dpn umah aku citer pasai budak tu. Rupanyer tadi bapak dia yang belasah.. bukan mak dia"
v) "Depa tiga beradik laki... Aku xtau sangat sapa yg selalu kena. Nak tanya jiran sebelah rumah dia takut dia syak plak"
Dan kebtulan pagi ni aku tebaca dalam the star kisah sorang guru piano yg mendera anak dia yg berumur 5 tahun... dan ada juga info talian NUR utk laporkan penderaan. So aku soh la Umie tu call talian NUR.. 15999 - dengan jaminan setiap aduan akan disiasat.
Orang2 di NUR cakap " Awak kena tengok dulu ada tak kesan fizikal budak tu dipukul" - Laaa.... Bangang!! Cemana Umie nak p kelebek badan budak tu.. dah tentu budak2 tu bukan dipukul dikhalayak.. jarang2 nampak.. yg dengar cuma suara jeritan. .sakit menahan dipukul. dimaki hamun dsb.... oh aku xtau apa definisi penderaan kanak2 bagi orang2 di NUR. Tanya orang2 di NUR lagi "Ada nampak tak budak tu didera ? " Surelah Umie tak nampak dia cuma dengar jeritan2.. maki hamun dan bunyi seperti orang dicederakan.. Oh tak apalah.... selagi tak nampak kita perlulah mendiamkan diri.. tunggu jadi mayat @ cedera parah patah riuk berdarah2 barulah call NUR. Centu kot ek...
Lepas tu orang di NUR itu cuba pula membuat spekulasi sendiri " Mungkin untuk disiplinkan anak dia orang, mana tau anak dia nakal sangat ke" Oh.. centu ek bentuk disiplin anak yg digunapakai secara standard oleh orang di NUR itu.
Apa fungsi NUR sebenarnyer ? Sepatutnye mereka siasat laporan untuk memastikan samada betul dakwaan2 yg dibuat oleh org yg menghubungi mereka.. bukannyer bagi plak soklan2 yg "bodo tak sekolah" punyer. kalo mcm ni, susahlah nak wujudkan masyarakat penyayang dan prihatin.. baru jer nakt prihatin sudah diajukan dgn soklan2 yg x masuk akal...
Dan kepada mak bapak yang suka sangat dera anak tu.. kalo dah kuat sangat pi la belasah along ka, perompak penyamun ka.. takat nak dok sepak terajang anak apa kelassssss..
Arghhhhhhhh.. aku tension!