Wednesday, September 28, 2011

Tiga Rasa !

Gambar hiasan dunia semata...

Jumaat tengahari baru-baru ni aku pi satu tempat makan. Order nasik putih, tingin makan lauk temenung tiga rasa. Murah je semua tu RM4.50. Lepas bayar aku pi order air pula dekat satu lagi stall yang jual bermacam jenis minuman. Jus epal + asam boi. Gila murah lagi rega dia adalah RM1.80 sahaja. Air banyak, ais pulak seadanya saja bukan macam sesetengah tempat air 1/5 dari gelas.. selebihnya ais!

Usai mengoder air minuman, makananpun siap. Laju. Suka. Hikhik. Dan sesuai dengan tahap kebuluran aku pun mula ngap ngap ngap tak tengok kiri kanan. Sedap-sedap kunyah tetiba terasa macam ada alien dalam mulut. Runcing, liat dan keras. Cepat-cepat aku luah balik.

Erkkk.. dalam kepekatan kuah tiga rasa yang masuk ke mulut, tetiba buleh ada satu benda ala-ala apa ya.. ha, berus jamban! Bukan berus seketui tu tapi sehelai bulu berus jamban. Cemana aku kata tu bulu berus jamban ? Aku buat CSI sikit-sikit la. Kalo sapa-sapa yg pernah cuci dan berus sendiri jamban memang akan hapal benar ciri-ciri fizikal berus jamban, terutama berus jamban yang sudah digunakan berkali-kali dengan efek tonyohan dasat. Bulunya, tidak lurus. Ada kesan-kesan bulu berus itu menghadapi episod-episod sengsara di situ, bulunya rebah OK!

Efeknya kat aku tetiba rasa seperti tekak mengembang dan memanjang mcm tekak unta. Mau muntah di situ jugak. Mau tanya sama makcik yang menyediakan hidangan itu, masa adalah tidak cukup kerana waktu rehat tengahari sudah hampir tamat. Tapi mungkin aku tersilap perhitungan, mungkin jatuh dari mana-mana, terpelanting masuk ke dalam hidangan aku tuh. Maka hidangan tengahari yang menggamit-gamit selera pada awalnya itu ditinggal begitu sahaja. Dari rasa teruja dengan ikan tiga rasa, aku rasa macam dipaksa-paksa makan bulu berus jamban tiga rasa. Urrrrrrrr !

Friday, September 23, 2011

Ba. Alif. Ba. Ya di arus perdana...


Tajuk takleh blah! Kekekkeeke.

Definisi dan efek babi memberi maksud berbeza pada lain-lain individu. Ada yang dengaq babi sajapun dah meluap dan membuak-buak rasa kejinya secara otomatik. Ada yang biasa-biasa saja. Dulu, sumpah nak sebut babipun kita macam terpikir-pikir dua tiga kali. La ni, nahhh… babi dah menjadi mainan di bibir. Nak puji pun babit dengan babi, nak keji pun turut diheret si babi. Ni aku nak citer dalam lingkungan orang-orang kitalah, orang-orang yang tak makan babi.

Kita selalu dengar ayat-ayat ni dalam percakapan harian kita. Ayat contoh bagi babi yang mewakili ekspresi rasa dan perasaan

“ Hari ni letih gila babi la… macam-macam kena buat!”.

Takpun, “Jom p makan, lapaq gila babi dah ni sampai ketaq lutut”.

Yang ini plak contoh babi yang dikeji

“Awat dak tau perangai dia tu lahanat ada serupa babi gak, geram aku haihhh!”.

Dan ini pulak contoh babi yang dipuji

“ Huiiii, wongi gila babi perfume ni.. babipun tak wongi macam ni!”

Babi pernah wangi kah ? Begitulah bila babi tak boleh lari dari kehidupan. Haram. Busuk. Kotor. Geli. Keji. Disebut jugak.

Bukan nak mengata orang, akupun sama. Dulu masa zaman mengaji-mengaji, pernah gak terkeluaq babi depan pensyarah bila dia tanya aku

“Boleh buat tak assignment yang saya bagi tu ?”.

Jawapan aku “Ok gak encik tapi tu la susah gila babi la nak cari bahan bla bla bla…”

Teka apa selepas tu? Harusla aku kena tarbi.

Dengan emak mertua pun pernah sekali selepas memuji masakan dia dengan super duper punya rasa tulus ikhlas…

”Best gila babi rebung pekasam yang mak buat nih !” dan emak mentua aku “Hang nih, besaaaaa la sangat babi dok kat mulut!” ayat mencantas yang tak perlu disangkal lagi efeknya serasa sekor rasaksa dipanah laser Otromen! Tih tih tih!

Kalau telefon mak, “Mak, cek rindu kat mak.. rindu gila babi ni…” dan mak aku akan tanya “Rindu kat mak ka rindu kat babi ?” Dan kami sama-sama ketawa, efek kelucuan dua beranak yang entah apa-apa, tapi bahagia . Ya babi kadang-kadang mengundang kemesraan, memecah kebuntuan.

Apapun, akhir-akhir ini aku menjaga percakapanku di depan anak-anak. Kemesraan berbual bersama kawan-kawan rapat tidak buleh lagi senang-senang dibabit dengan babi bilamana pernah sekali aku bercakap di telefon dengan seorang rakan rapat menceritakan perihal keseronokan terjah tengok midnite “best gila babi cerita tu” dan Rumaisa yang duduk kat tepi aku dan-dan sambung “Hishhhh mak nih, babi hayammmm…” sambil kelip-kelip mata sucinya tanda hairan. OK, babi haram. Fullstop! Aku insaf…

Pengalaman mengajar kita erti hidup, dan hidup menjadi indah bila ada bermacam rencah dan rasa!