Hari ni dah masuk hari ke 5 umat Islam berpuasa, menunaikan kewajipan dan tuntutan agama. Alhamdulillah, aku dpt melaluinyer walopun ada masa mcm nak terkantoi jugak.. tapi masih mampu bertahan. Dah baby pun sporting.. Syukur pada Allah Taala. Ini juga hari pertama aku masuk kerja selepas bercuti panjang dari balik kg.. Tahun ni sambutan berganda di kg.. sambut merdeka kat kg, 1st day sambut puasa pun di kg. Dapatlah berbuka puasa dengan emak dan adik beradik. Best best..! Rasa macam puas lah jugak dok kat kg walopun kalo boleh nak cuti lagi dan lagi tp bila dipikir2kan cuti nak simpan untuk raya pulak maka dengan berat atinyer petang 3hb tu berangkatlah kami berdua dari kg, sesambil keta ditumpang oleh jiran dpn umah zikri kat kg jugak. Kiranye berempatlah kami dalam keta tuh. Oklah time2 puasa ni ramai2 dalam keta takde la mengantuk sangat.
Aku sempat masak sambal petai dgn ikan bilis untuk berbuka semasa dalam perjalanan nanti, pastu emak mentua pulak bekalkan bermacam2 jenis lauk pauk siap dgn nasik satu tupperware besaq cukup untuk 6 orang makan pun... termasuk la kuih muih. Kami try lalu jalan lama, keluar dari kg aku terus ke Baling ikut Grik , Kola Kangsar dan kuar di Sg Perak.. lebih kurang macam tu la bab2 jalan ni mmg aku tak terel langsung. Dan yang bestnyer berhenti berbuka kat R&R di tepi tasik kat area2 Lenggong tu kot. Best. hehhehe. Best dalam seram sebab orang takdak.. di tambah dgn hujan renyai2 sepanjang perjalanan.
Semalam 4hb, aku terkojol kat rumah, pepagi bangun tak boleh nak jalanpun, kaki bengkak2 dan kejang.. pinggang pun rs cam nak putuih ( ni penangan gulai ikan masin + terung lah aku rs ditambah dgn dok dalam keta lelama )terus sms boss mohon EL, pehtu dan2 dakap bantal dan tido.. bestnyer! Hari ni nak buat lagi mcm tu melampaulah sangat.. hehehe. Jadi nak tak nak terpaksa la terjah mai kerja dgn penuh keberatan nyer.
4 comments:
naja..pas aku baca citer hang ni ..baru aku tau..bukan pasai gulai ka hapa..pasai hang dok lam keta lamaaa...kaki tergantung mmg laaa kaki bengkak....tetambah ngan saiz hang yg comey ittteewww..mmg tak dpt dinafikan...bukan salah gulai ibu mertua!!! wakakakak
hishh aku tak kata pun salah ibu mertua. faktor2 gulai tu penambah laaaa.... isk isk isk!
aku kata gulai laaa..bukan ibu mertua...cuba baca balik bebetoi...
maksud akupun gulai ibu mertua. aku faham la apa yg hang smp kan tuh tini.. heheheh xper dun wori
Post a Comment