Dah berapa hari Tun Abdullah bersara.. baru aku sempat buat entry ni. Apapun semoga dipanjangkan usia, dapat bersara dalam penuh ketenangan.. menjalani kehidupan dengan penuh harmoni.
Walau pelbagai kontroversi tercatat sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 5, dan kadang2 aku pun tak tau nak mengklasifikan tindakan2nye sebagai 'apa' dan 'mengapa'.. jauh di sudut hati aku, aku berterima kasih kepada PakLah kerana semasa era pemerintahan beliaulah.. perkhidmatan awam di Malaysia diperkasakan, banyak penambahbaikan berlaku yg sesetengahnyer terlihat sangat memberi keuntungan dan kebaikan kepada pekerja-pekerja sektor awam. Contohnye : hari bekerja adalah 5 hari seminggu berbanding sebelum ini 6 hari seminggu.. dan gaji kakitangan awam dirombak ke tahap yang lebih baik sehinggakan sekarang ini ramai orang berebut2 untuk berkhidmat dalam perkhidmatan sedangkan suatu ketika dulu ramai yang memandangnyer sebelah mata. Pekerja perkhidmatan awam pernah diklasifikasikan sebagai pekerja kelas ke dua kerana tangga gaji yg corot dan jauh berbeza dari swasta.. tetapi tidak lagi sekarang.
Terima kasih Paklah... dan kita tunggu pula apa peranan Dato' Seri Najib yg mengambil alih tampuk pemerintahan.
3 comments:
Terima kasih Paklah... ;-)
naja..terima kasih kerana mempromotku utk keje gomen..heheheh..disebabkan hang..aku terdampar di sini..yehhhhh
fina & yong - syukur pada allah yg mengurniakan rezeki buat kita semua. amin
Post a Comment