Wednesday, August 12, 2009

Takut Bini?!

**Gambar adalah untuk hiasan


"Wahhhh.. rajinnye laki dia. Time tak keje, memasak kat umah, " puji seorang rakan terhadap suami seorang lagi rakan.

"Rajin apa kebendanye... takut bini la tu!" seorang lagi rakan juga dengan bangganya melontarkan pendapat dia yg dirasakan paling bernas di cakerawala ini.

Persoalannya, benarkah lelaki yang rajin memasak di rumah itu takut bini? Aku langsung tidak setuju. Aku rasa kenyataan lelaki memasak kerana takut bini itu adalah satu kenyataan bengong semata2.. kerana apa? Kerana selama ini tugas memasak secara budayanya adalah tugas kaum wanita ? Jadi apabila kaum suami cuba2 membudayakan acara masak memasak dlm agenda rumahtangganyer, orangpun akan mengutuk dan mengata. Zaman ini ramai sudah yg berfikiran terbuka dengan fenomena ini tetapi rupa2nye ada segelintir lagi puak yang suka duduk di bawah tempurung.. seperti katak ( katakpun dah x larat nak duduk bawah tempurung), pendek kata mmg kolot sungguh la mana2 orang yg berfikiran seperti itu.

Mungkin sebab itu juga maka ramailah lelaki liat ke dapur nak tolong2 isteri memasak, takut nanti dicap takut bini. Aku cam berminat nak kaji sapalah yg mula2 menerapkan dalam fikiran kita ni "suami yang memasak di dapur tu suami yg takut bini". Kalo berjumpa orang itu, teringin sekali aku menyepak dia bertubi2..

Haihhhh!!

7 comments:

yongshaniza said...

aku sokong sgt naja..skrg xde istilah tolong bini kat rumah sbb takut kat bini..bengonggggggg...lelaki skrg dah makin terbuka mindanya..x salah tolong bini..x haram pun di sisi islam..aku rasa..yg berckp tu..nak cover diri sendiri..sbb laki dia x pernah tolong kat rumah..kekekekek...upsssss

Laxmi said...

palerhutak dia la takut bini.. apa dia takdak perut ke nak kena isi? kalo centu baik kita tak masak gak.. better la depa pandai2 carik makan kat kedai.. hampesss sapa la org bunguk itew..
yong.. aku rasa org yg cakap tu yg takut kat bini dia.. dah the truth is revealed!!!

alladiin said...

wa selalu tolong basuh keta bini wa.. sib baik tak de kata yg wa ni takut bini... (sebenornya, wa sayang bini beb..tak sanggup tengok dia bwk keta kotor)

Naja said...

yong - btul yong aku rs centu gak, sebab laki x pernah tlg kat umah.. so bila tgk orang lain laki senang ati menolong... dia pun jeles. dengki. jaki.

laxmi - mungkin takut bini @ saja buat2 takut.. kat belakang ligat.

alladiin - cayalah, lu memang spesis suami misali yang dah makin pupus kat mukabumi ni.

Gabai said...

Bukanya Takut Bini, masalahnya bini tu tak takut kat laki....betui dak

umie said...

hehhehh.. sokong gak.. nabi muhammad pun tolong bini dia kat dapor tau..

Naja said...

gabai - kawin dgn orang, bukannyer kawin dgn rimau nak takut2...

umie - ha, bernas!!