Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Esok aku dah start bercuti, balik kampung. Yeahooooooo.... saat yang ditunggu2. Skang ni memang dlm mood beraya. Pepagi on pc pun terbayang hari raya je takde benda lain dah. Tahun ni aku tak buat baju raya, pakai yg tahun lepas punyer.. sebabnye, aku tak lalu nak pi pilih2 baju.. Kasik chance kat Rumaisa aje lah, agaknyer tahun ni tiga pat pasang jugak baju raya untuk dia.. aku dah beli sepasang baju kurung, maklong dia beli 2 pasang baju kurung... makteh plak beli sehelai gown.. cukup la, dah banyak sangat tu.

Kedatangan hari Raya disambut dengan bermacam2 perasaan.. bergantung kepada environment jugak.. ada yg hepi, ada yg tiba raya je mcm nak berperang laki bini sebab berebut giliran.. sebenarnya kalo ikut giliran takkan jadi perang tapi masalahnyer kalo ada satu2 pihak yang asik nak giliran rumah keluarga dia aje tiap kali beraya... tak adil kan. Dah nama pun berumahtangga, kenalah bertolak ansur.. Aku timbulkan soal ini kerana kesian pada seorang kawan yang dituduh derhaka kerana enggan ikut suami balik beraya di rumah mentua pada tahun ini, padahal tahun lepas sudah beraya di sana. Suami pula bila time nak raya ni lah tetiba jadi tidak matang.. Mementingkan diri sendiri, ikut emosi. Asyik pentingkan emak sendiri.. Hukum ikut suka ati.. Menangis jugaklah kawan ni. Asyik dia aje yg berkorban perasaan.. Pada fikiran aku yg tak cerdik sangat ni, aku rasa hati ibu kenalah dijaga kedua2 belah pihak tidak kira ibu sendiri atau ibu mentua. Tak ada pulak dalil-dalil atau nas-nas dalam Al Quran mahupun hadis yang mengatakan hanya hati ibu di sebelah2 pihak tertentu je yang perlu dijaga.. sedangkan lagi satu kita boleh abaikan.

Menjadi pemimpin di dalam rumahtangga haruslah bersikap adil dan saksama.. muhasabah diri haruslah sentiasa ada, sentiasalah tambah ilmu pengetahuan di dada agar tidak menghukum yang bukan2.. semata untuk memenuhi tembolok dan kepentingan sendiri. Pendek kata, kalau bertolak ansur adalah kemanisannye di situ. Jika tidak mahu bergilir2 menyambut hari raya di rumah ibu sendiri atau rumah ibu mentua, boleh saja balik asing2 kalau dah nak sangat momen2 bersalam dengan ibu di pagi hari raya tidak dapat dikecualikan... tidak ada yg salahnyer asal hati merelakan dan saling meredhai. Janganlah berat sebelah.. hehehhee
Oh dah le.. semoga semua pun menyambut hari raya dengan penuh ceria dan gembira pada tahun ini. Di kesempatan ini aku nak minta maaf zahir dan batin kalo tersalah cakap, kerana ada masanyer akupun sengaja mengutuk dan mengata.. mengumpat pun ya, mengadu domba.. 'cicah daging busuk' sekali sekala.. kerana putaran kehidupan kita tidak pernah ada yg sempurna. Dan, semoga berbahagia di samping keluarga tercinta, sanak saudara, sahabat handai.. kerana kita sentiasa mengimpikan sambutan hari raya yang sentiasa ceria lagi bermakna.

2 comments:

Laxmi said...

Naja.. Selamat Hari Raya.. maaf zahir dan batin.. muahh (kat tangan hang mintak ampun if aku dah cakap apa2 yg buat hang tersinggung...) semoga perjalanan balik kg hang safe and smooth.. kim salam kat mak hang.. enjoy n take care darling :)

alladiin said...

Selamat hari raya naja.. saya sefamili cam biasa, raya pertama mesti di rumah sendiri...