Thursday, October 22, 2009

Sejadah Berdiri atau Didirikan ??

Kebelakangan ini macam menjadi satu trend pulak, fenomena pelik sejadah berdiri.. kalaupun buleh dikatakan pelik. Mengikut pendapat aku yg tak bersangkut dengan pendapat2 orang lain... aku rasa benda itu diada2kan, mungkin untuk mendapat publisiti percuma, menimbulkan kekecohan atau sebagainya mengikut niat orang yang melakukannya.
Kalau ada sehelai sejadah yang berdiri itu mungkin juga buleh percaya.. kalaulah buleh, tetapi kalau tiba2 ada beberapa helai sejadah yang membentuk sebuah jemaah yang konon2nya sedang bersolat.. wallahualam. Akal singkat aku sukar menerima, tambah pulak tiada bukti2 yang dapat menyokongnya. Yang peliknye kenapa sejadah material keras sahaja yg buleh terbentuk seperti orang duduk tahiyat ataupun bersujud, setakat ini takda lagi sejadah kain2 nipis seperti yg banyak kita lihat di surau maupun dimasjid2 dapat berdiri sendiri.. adakah kerna material kain sejadah itu mempengaruhi keupayaannye berdiri atau 'orang2' tertentu yg suka menimbulkan kekecohan itu tidak mampu untuk mendiri atau membentuk sejadah2 tadi menggunakan kain lembut.. Yer la, pakar2 gubahan hantaran pengantin pun jarang menggunakan kain sejadah lembut yg nipis melayang untuk membentuk hantaran mereka. Semuanyer memilih material sejadah kain keras supaya senang dibentuk. Yang peliknye, semua fenomena sejadah berdiri ini adalah yang telah siap, maknanya tak ada plak yg kita boleh nampak atau tengok secara live ia sedang bergerak sendiri membentuk kedudukan2 seperti itu.
Kepada individu2 yang suka menimbulkan kekecohan tolonglah berhenti.. buatlah kerja lain ! Janganlah ditebalkan lagi unsur2 syirik dan khurafat yang sudah pun sekian banyak dalam masyarakat kita ini. Syaitan pun punya R&D yang hebat juga untuk memesongkan akidah umat manusia.

2 comments:

marstories said...

betul...aku pun setuju gak.. lagipun dia cuma macam duduk antara dua sujud jer.. bukan ada video tunjuk sejadah tu tengah solat betul2... tapi yang baby kuar ayat2 quran pada badan dia tu memang dasyat kan? SubhanaAllah...

Naja said...

rini - tu la, Masya Allah...!