Monday, November 2, 2009

Entry Khas untuk Kak Na

Kepada satu2nye kakak kandung ku seibu sebapa, aku ingin mengucapkan tahniah dan selamat jalan kepada beliau satu keluarga yg mungkin pada saat ini telah tiba di Humberside, England, UK untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Dia pergi bersama2 dengan suami iaitu Abg Hayan dan juga anak2 Zaid Harisah dan juga Abu Dzar.. (lepas ni Rumaisa takleh nak gelak mengekek2 dengan dua orang sepupunye itu)

Semalam kami beramai2 menghantarnya di KLIA. Suasana ceria pada awalnya bertukar sayu pada saat2 ingin berpisah.. Fuhh mmg la sedihkan. Walaupun aku dan kakak aku kdg2 berbeza pendapat, ideologi mahupun sudut pandang dalam banyak perkara namun sebagai adik beradik yang lahir dari perut ibu yang sama sudah tentunya keakraban itu jelas terasa dan menimbulkan rasa perit pedih ketika berpisah.. Benarlah perpisahan itu sesuatu yang menyakitkan.

Doa aku semoga beliau sekeluarga selamat di sana dan dapat mengharungi rintangan dan cabaran di negara orang. Keazaman dan tekad beliau dalam usaha menimba ilmu ke peringkat tertinggi sesungguhnya menjadi satu inspirasi senyap2 buat diriku.

Tahniah kak Na.

6 comments:

TiNiE said...

betoi weih..
selalu adik badik yg kuat kelai nih, akrab sebenonya...huhuhu

tahniah kak na..and good luck!

fiena said...

semoga kak na berjaya dgn cemerlang dlm pelajarannya di sana dan selamat pulang ke tanah air nanti...

Naja said...

tini - kecik2 dulu ya la kuat kelai.. la ni dak dah, kelai dlm cara yg lebih matang kot ;)

fina - thanks fina

Laxmi said...

huhuhu ngalir air mata aku dah naja.. good luck to kak na.. semoga everything will be smooth n cepat la 4thn tu over.. positip ye naja!

Laxmi said...

huhuhu ngalir air mata aku dah naja.. good luck to kak na.. semoga everything will be smooth n cepat la 4thn tu over.. positip ye naja!

AMIRZA said...

Sabar ya Naja... InsyaAllah semuanya akan selamat dan aku doakan hang dpt jumpa balik kak hang nanti. Smg hangpa satu famili akan kembali bersama.

Gunakanlah teknologi skang utk selalu berhubung... hehehe.. leh cik mai beramas mesra dgn sepupu sepapat dia selalu