Monday, May 3, 2010

Balada Jantan Gersang!

Troinggg! Troingggg! Jam 1.25 pagi.. tetiba ada sms masuk. Aku yang terjaga meraba2 dalam kegelapan mencari hp di celah2 bantal maupun selimut.. Dengan mata separa mengantuk gagah jua membaca sms di tengah2 pagi buta.. “ You kat mana ni syg tak smp2 lagi. Lama I tunggu”. Cerah bijik mata aku. Sapa pulak gilababi bersayang2 di tengah malam nih. Memikirkan mungkin insiden salah nombor, aku letak hp kat tepi. Selang je beberapa minit baru nak intro mimpi2 indah tetiba sms masuk lagi. “Why don’t u reply my sms dear?”. Sahhhh! Ni mesti kes serkap jarang tekan sms. Ikut mengena jer ye tak kira sapa. Kalau dah penting sangat takdak maknanya nak dok sabar tunggu bersms, kalau akulah dlm situasi mcm tu, aku call aje. Aku sambung tidur.

Jam 1.35, eh makin rancak pulak sms bertalu2 dengan pelbagai soalan pekak dan yang paling takleh tahan.. “asl pls?” wakakakkakaka! Ini bahasa2 chat zaman dinasor lah. Tadi yo yo o Tanya kat mana dah lama tunggu konon, alih2 soklan asl pls plak dibantainyer. Ini mesti kerja budak2 baru baligh. Bingai! Kerana kerap sangat sms masuk, Rumaisa dan Rasyid pun mula buka mata antara lena dan tidak. Geramnya lah aku baru saja nak tidur dengan nyenyak. Hendak di off kan hp bimbang nanti kalau2 ada panggilan kecemasan di tengah2 malam.. manalah tahu, kan? Hidup ini penuh dgn pelbagai kemungkinan. Dalam tertahan2 mata mengantuk tetiba masuk pulak missed call. Hehhh, ini sudah melampau. Diam seketika tetiba ada lagi panggilan.. cepat2 ku jawap " Hello sapa di sana?” soal aku. Dijawap suara yg sah2 suara budak2 yang ku berani jamin paling tua pun 17 tahun “Saya Iwan… awak sapa?”

“Iwan… mai sini nak habaq. Ni hat hang dok sms ni sebenaqnya mak tiri hang hat baru. Ayah hang tak bgtau ka? “ Tergagap2 dijawap budak yang menamakan dirinya Iwan “Mana ada ayah aku kawin lain, hang bohong…”sempat lg menjawap. “Tanya la ayah hang noooo… jangan dok kacau dah makcik hang nih… Bye2 Iwan. Esok kimsalam kat ayah nooo, kimsalam kat mak hang sekali ” Talian sebelah sana dimatikan tanpa ucapan penutup.

Padan muka!


**Mintak maaf la kat ayah dan mak si Iwan yang haram tak ku kenai.. semoga Iwan pun insaf.

Tuesday, April 27, 2010

62 Petua Amalan Kebahagiaan Rumahtangga..

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah memberi 62 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan
2. Patuh ajaran agama
3. Murah dengan pujian
4. Murah dengan khidmat
5. Murah dengan belaian kasih sayang
6. Murah dengan sentuhan
7. Mencari kebaikan pasangan
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan
15. Tolak ansur
16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin'(intuition) perempuan
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
20. Sanggup berkorban buat pasangan
21. Menghormati pasangan
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
23. PErhubungan seksual yang sihat dan diredhai
24. Menghormati perbezaaan dalam diri pasangan
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
27. Meletakkan hak kepada pasangan
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan
30. Mengawal marah. Buat perjanjian
31. Mencari penyelesaian dalam situasa 'menang-menang'
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan
34. Memahami peranan 'pasangan'
35. Hubungan perasaan sesama pasangan
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri
39. Tujuh kali puji dan satu teguran
40. Sebut 'I love u' sepanjang masa
41. Banyakkan bergurau dan bermesra
42. Sentiasa berterus-terang
43. Beri masa untuk perubahan berlaku-sabar
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
45. Elakkan salah pasangan
46. Cari titik pertemuan
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
48. Lebih banyak memberi daripada menerima
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya
51. Seimbangkan hubungan dari segi :
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
53. Tidak terlalu mengongkong
54. Tidak bertindak bersendirian
55. Memberi peluang untuk berbeza :
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Citarasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif
59. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa)
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga
61. Mencari kelainan dan perubahan positif
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun


*dicedok dari blog KakNora, dengan izin. Terima kasih KakNora.

Friday, April 23, 2010

Naik Pangkat!

Lama tak menjengah blog.. ayat2 standard untuk mengkaver kelembapan tahap siput sedut.. Alhamdulillah, setelah segalanya selesai (walaupun ada lagi fasa2 lain sedang menanti) aku akan kembali mengaktifkan diri dalam blog nih. Terasa lama sungguh dibiar sepi. Bermacam2 cerita untuk dikongsi..

Aku skarang sudah bertukar status.. naik pangkat lagi. Hehehe dari seorang ibu beranak satu, sekarang sudah bertambah koleksi menjadi dua dengan kelahiran Rasyid Nur Muhaimin pada 7.4.2010, buat menemani kakaknya Rumaisa Nur Milhan yg lahir lebih kurang setahun sebelum itu. Syukur pada Allah, masih lagi diberi peluang melihat donia. Apabila pandang balik ke belakang, sungguh aku tak menduga dan tak pernah terlintas di fikiran aku akan punya anak.. apatah lagi anak-anak.. 5 tahun menunggu cahaya mata hampir2 membuatkan aku terfikir bahawa sudah suratan hidup barangkali aku dan Zikri akan menyendiri sampai ke tua. Namun kuasa Allah mengatasi segala. Siapalah kita untuk merencana takdir.. yang pasti aku bersyukur dgn kurniaan dan anugerah Ilahi ini. Insya Allah akan aku besarkan mereka sarat dengan kasih sayang dan juga kesabaran sebagaimana kedua orang tuaku membesarkan aku.. supaya satu hari nanti dapatlah mereka meniti jalan2 lurus dalam meneruskan kelangsungan hidup. Apa lagi yang aku perlu dalam hidup ini ? Kehadiran mereka sangat2 aku hargai, walaupun untuk kali ini masih ada lg mulut yg ringan bertanya "ehhhh... anak sapa tu?" "ehhh.. bila masa mengandung? tak nampak pun!" dan yang paling parah "ehh, amik anak sapa pulak kali ni?".. yang pasti aku boleh bergembira, tidak penting lagi untuk membuktikan apa2 kepada siapa2..

Kepada kawan2 yang belum punya zuriat, harapan tidak pernah akan mati andai kata kita berusaha sedaya upaya merentas jalan yang ada. Yakinlah bahawa Dia Yang Maha Mendengar tidak akan mensia2kan


Wednesday, February 10, 2010

Syukur Dengan Diri Kita Seadanya.

Cerita ini bukan dengan niat untuk mempersenda, jauh sekali untuk mengaibkan sesiapa.

Perbualan ini terjadi antara aku dengan seorang penghidap sengau. Sesungguhnya setiap butir perbualan antara aku dengannya sangat2 menginsafkan sehingga terbit rasa syukur kerana aku dilahirkan sempurna.

Beliau adalah bekas rakan sepejabatku beberapa tahun yang lepas, seorang pegawai kanan.. Sekarang berpindah ke bahagian lain. Baru2 ni dia menziarah aku di tempat kerja sementara menanti rakannya yang ada urusan dengan pihak atasan. Memang dari dulu kalau aku berinteraksi dengannya, aku akan memasang telinga sepeka-pekanya takut tersalah dengar, risau mengundang rasa kecil hati. Namun kadangkala tidak dapat dielakkan jua.. seperti insiden nih..

Dia : Nanya amangamar sengang? (Naja apakhabar sekarang? )

Aku : Baik2 aje En. U. En U cemana skarang? OK? Sihat?

Dia : Manyam miaha.. Mos mahu ni onge? (Macam biasa. Bos baru ni ok?)

Aku : Ok sesangat, alhamdulillah. Boss dulu pun ok. Semua pun ok..

Begitulah mukadimah perbualan sehingga berkisar kepada keluarga dan sebagainya. En U mengatakan beliau bakal menimang cahayamata sulung dalam masa terdekat ni. Alhamdulillah.. semua perbualan pun nampak betul saja.

Sampai satu ketika... aku bertanya, tujuan dia datang ke tempat kerja aku di sini? Mesyuaratkah? Urusan2 lainkah..

Dia : Mungan.. mungan mehuhahat. Haya hungu Enyik Hohing. (Saya tunggu… )

Aku : (Dalam skala ramah ) Eh, Cik Noni skang satu bahagian dengan En U ye… ohh tak tau lah pulak dia dah pindah ke sana. Patut lama tak nampak.

Dia : Mungan. Mungan Hek Hohi.. Enyik Hohing (Bukan Bukan Cik Noni………)

Aku : (Start konpius..) Sapa? (Sambil menggaru2 kepala sendiri Aku sudah mula .. rasa bersalah walaupun pada logik akalnya aku tidak melakukan apa2 kesalahan secara moralnya. Huhhhh…! )

Dia : Nanya nyangap metui-metui.. Enyik Hohing. (Naja cakap betul2..... )

Aku : (Lama bertakafakur sambil otak ligat memikirkan apa yg cuba disampaikan.. bimbang kalu salah sebut nanti, mungkinkah En U akan berkecil ati..) dan akhirnye..

” Ohhhhh.. Encik Nordin.. saya ingatkan En U cakap temankan Cik Noni tadi. Apalah saya nih.. pekak betul telinga ni.. Heheehehhe” ujarku menggaru kepala siku yang tidak gatal. Serasa pahit menelan liur. Tidak mengapalah sekali sekala aku menyalahkan telingaku asal perbualan itu nampak seimbang pada akhirnya. Kesimpulannya bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Monday, February 8, 2010

Besday emak yang ke 55

**Gambar emak dicedok dari FB adik aku..


Pagi2 tadi aku menelefon.. menitipkan salam lalu mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran ke 55 pada hari ini buat emak yang tercinta.. Yang sangat2 ku rindui wajahnya saban masa.. Yang sentiasa meniupkan kekuatan ke dalam relung2 hatiku.. Yang selalu membisikkan kata2 hikmah.. Yang sering mendoakan kesejahteraanku.

Sesungguhnya emak, Tiada yang dapat menggantikan tempatmu di dalam hatiku ini. Semoga Allah memanjangkan usia emakku.. Sebelum letak telefon tadi aku suruh emak dengar lagu Permaidani, nyanyian Aris Ariwatan...

Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini...


Ya, emak seperti hamparan permaidani indah yang memberikan keselesaan kepada anak2nya..



** Drama 2 episod sebelum ni ditamatkan atas sebab2 yang tidak dapat dinyatakan di sini... heh heh heh!

Thursday, January 14, 2010

Cerita Tentang Siapa-siapa.. (B)

B, balu yang kematian suami hampir 10 tahun yang lepas. B tidak berputus asa meneruskan kehidupan di samping 6 cahaya mata yang pelbagai ragam dan upaya. B mengharungi kehidupan dengan mengusahakan beberapa bidang tanah peninggalan suami, juga ehsan ipar duai yang tidak berkira. Ipar duai B berada jauh di kota, meninggalkan amanah kepada B untuk menjaga harta pusaka yang ada di kampung, di samping sedikit sebanyak dapat menikmati hasilnya. Walaupun tidak mewah, cukuplah untuk menampung kehidupan sekeluarga.

B mempunyai ramai kawan. Bagi B, selagi tidak memberi apa-apa masalah kepadanya, B akan menerima siapa sahaja. Sebelum ini B juga menoreh, tetapi bila kesihatan tidak mengizinkan B berhenti menoreh dan berehat sahaja di rumah di samping menguruskan anak-anak kerana ada anak B yang bergelar OKU memerlukan perhatian. Di samping dapat memberi tumpuan kepada kesihatannya yang semakin hari semakin terhakis kesan dari kerja keras sewaktu muda dan faktor peningkatan usia. Lagipun beberapa anak B yang sudah bekerja ada juga menyumbang sedikit sebanyak bantuan kewangan kepada B, jadi agak ringanlah beban B.

B mengupah orang untuk menoreh getah dikebunnya. B tidak dapat duduk diam bila kebun yang selama ini dijaga, ditoreh sesuka hati oleh pekerja yang hanya ingin mengaut untung jangka pendek. Jadi penoreh baru pun bertukar ganti. Sehinggalah pada 2008, B mengupah sepasang suami isteri menoreh dikebunnya, R. Awalnya semua berjalan lancar. R tidak dinafikan memang rajin. Selain menoreh B juga mengupah suami R membaiki rumahnya dan lain-lain. Harmoni sekali.

Langit tidak selalu cerah, lama kelamaan B merasa sangsi dengan R kerana beberapa kali terjadi duit ringgit B hilang, kebetulan pula semasa R berada di rumah B. Awalnya B mengesyaki anak-anak jiran, namun B tidak terburu-buru bertindak. Sehinggalah suatu hari, terjadi satu insiden di mana kepercayaan B benar-benar musnah terhadap R. R pula berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Puas B berfikir bagaimana untuk menjarakkan hubungannya dengan R sehinggalah B mendapat idea.

Kebetulan A yang baru menetap di kampung itu sedang mencari pekerjaan. Jadi B memberikan beberapa alasan kepada R yang dikira masuk akal. R pun berhenti dari menoreh di kebun getah B. Tempatnya diambil alih oleh A. Bermula dari hari itu, hubungan B dengan A menjadi rapat. A suami isteri sangat rajin menolong B, dan pada masa yang sama tidak kedekut memberi bantuan sekiranya diperlukan B, sementelah anak-anak B juga berada jauh dari kampung halaman mencari haluan rezeki masing-masing. Jadi anak-anak B senang sekali dengan situasi tersebut kerana secara tidak langsung ada jugalah orang yang tolong tengok-tengokkan ibu mereka.

Selalu juga bila balik dari menoreh A singgah di rumah B, memasak dan mengemas rumah B. A tidak menuntut sebarang upah kerana anak-anak A yang seramai 3 orang selalu berada di rumah B, selain A tidak lokek mengeluarkan belanja membeli barang dapur. B menerima kehadiran anak-anak A yang menumpang berteduh di situ sementara menunggu rumah mereka siap kerana rumah sementera yang ditumpang oleh A tidak sempurna untuk dihuni. Walaubagaimanapun A dan suaminya tidak pula mengambil kesempatan untuk bersenang lenang di rumah B, sebaliknya hanya anak-anak yang ditinggalkan untuk menumpang tidur.

Nyata, keakraban B dan A tidak disenangi oleh R, jadi tersebarlah cerita-cerita yang bukan-bukan dan tidak masuk akal yang diyakini oleh B bahawa ia dimulakan dari mulut R. Tuduhan-tuduhan bahawa suami A adalah penagih dadah kronik sehingga ketahap menggunakan jarum suntikan sengaja untuk menakutkan B. Suami A juga dikatakan telah menggunakan kereta Kancil milik B untuk mencuri beberapa guni sekerap mengundang rasa musyhkil di hati B. Apabila B cuba mencari di mana puncanya fitnah-fitnah itu, mulut-mulut yang bercerita tidak dapat pula memberi fakta yang sahih, semuanya sekadar daripada cakap dengar sahaja. B berpendapat, sangatlah mustahil untuk menyumbat beberapa guni sekerap ke dalam kereta Kancil kerana sudah tentu akan meninggalkan bau dan juga sisa-sisa. Jadi B tidak ambil pusing akan cakap-cakap tersebut kerana B sangat yakin bahawa cerita- cerita tersebut adalah satu usaha untuk mensabotaj persahabatan yang terjalin diantara dia dengan A.

Sehingga ke hari ini, rutin kehidupan A dan B diteruskan seperti biasa. Bagi B, Allah SWT Maha Mengetahui...

Cerita belum tamat..


Wednesday, January 13, 2010

Cerita Tentang Siapa-siapa.. (A)

A, dari mata kasar adalah seorang ibu yang baik, sangat berusaha keras mencari rezeki demi sesuap nasi. Membanting tulang seawal jam 4 pagi di kebun getah. Menoreh sebelum Subuh dikatakan menghasilkan susu getah yang banyak sementelah waktu ini musim daun getah luruh, produktiviti adalah semakin kurang dari hari ke hari. A sama-sama bekerja dengan suaminya. Oleh kerana pendapatan tidak mencukupi, A menoreh di beberapa kebun getah yang berbeza.

A juga seorang anak yang sangat bertimbangrasa, sanggup meninggalkan kesenangan hidupnya di negeri paling Utara tanahair.. memujuk suami balik ke kampung halaman demi menjaga ibu yang sakit, juga ayah yang sedang uzur. A bertindak demikian kerana selama ini adik beradiknya yang lain yang selama ini tinggal berhampiran dengan ibu bapanya seperti tidak mempedulikan untung nasib kedua ibu bapanya. Manakan tidak, walaupun rumah anak-anak cuma di seberang jalan, namun lalang di halaman rumah ibu bapa sudah setinggi kepala tidak bertebas, sampah sarap bertaburan tiada yang mahu membersihkan. Makan minum tidak dipedulikan. Sedih dengan keadaan itu, insaf dengan kedaifan ibubapanya, A sekeluarga berpindah ke rumah ibu bapanya.

Betul, Allah sentiasa melorongkan rezeki kepada insan-insan yang berbuat baik kepada ibu bapanya. Tidak berapa lama kemudian, A dikurniakan rumah bantuan kerajaan dikenali sebagai Rumah PPRT. Sementara menunggu rumah siap, A menjalani rutin biasa di rumah ibubapanya, menguruskan kehidupan mereka sekeluarga. Makan minum, kesihatan dan kebersihan terjaga. Walaupun keadaan ibunya semakin uzur.

Konflik tiba bila ayah A mengurniakan sebidang tanah kepada A, untuk A dan suami mencari rezeki. Penghargaan barangkali kerana pengorbanan A meninggalkan kesenangan hidupnya dan balik mengharungi kesusahan bersama-sama mereka. Malangnya, adik-beradik A tidak bersetuju. Dengki dan hasad berlumba-lumba di dalam diri mereka. Iri dengan keistimewaan yang diberikan oleh si ayah, maka bermulalah episod-episod duka dalam diri A. Salah seorang abang A adalah tukang rumah yang diamanahkan oleh kontraktor untuk menyiapkan rumah projek PPRT tersebut, kerana sakit hati, abang si A menarik diri dari menyiapkan rumah tersebut. Tinggallah rumah trebengkalai, namun masalah tersebut selesai bila kontraktor utama cepat mencari pengganti. Abang yang seorang lagi pula kebetulan baru pencen dari pasukan keselamatan, balik ke rumah ibu bapa tersebut dan menuntut rumah yang dihuni oleh ibu bapanya dengan alasan semasa pembinaan dahulu, beliau juga ada menyumbang beribu-ribu ringgit. Hendak tidak hendak, terpaksalah si ayah menurut kata, bila tenaga sudah tiada.. hilang daya upaya. Anak-anak yang tidak mengenang budi mula pijak kepala. Pada masa yang sama, si ibu juga kembali ke rahmatullah. Bertambah sedih si A. Kemuncaknya A sekeluarga dihalau keluar dari rumah tersebut.

Mujur ada orang kampung yang sudi memberi tumpang kepada mereka. A tinggal di rumah kosong milik seorang penduduk yang bersimpati. Dan A meneruskan rutin biasa, bekerja mencari rezeki menampung kehidupan mereka sekeluarga. Namun malangnya, A dilarang dari menziarahi ayahnya oleh adikberadik yang berkuasa. Ayah yang sangat uzur tidak berdaya hendak membantah kehendak abang-abang A. Tinggallah A berendam airmata, hanya mampu menzahirkan kasih sayang kepada ayahnya dari kejauhan. Selama ini dia yang menjaga makan minum dan pakai serta kebajikan ayahnya tentulah amat terasa dengan kekangan-kekangan tersebut. Sekali sekala bila dapat berjumpa, masing-masing meluahkan perasaan...

Anak-anak yang bodoh dan ego pula mendabik dada dengan kemenangan mereka, lupa bahawa hati naluri ayah yang sudah uzur dahagakan kasih sayang dari tangan anak-anak yang benar-benar ikhlas menjaganya, bukan kerana sekeping tanah atau duit pencen atau sebagainya..

Sadiskan, ini bukan drama swasta! ** Sambung nanti.... **

Tuesday, January 12, 2010

2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Oleh kerana terlalu banyak benda yg nak dicerita sehingga ke tahap serabut dan berselirat, sedar tak sedar takde satupun entry dalam blog aku pada bulan Januari 2010 ini.. Tinggallah blog ini sunyi sepi berabuk dan bersawang..

Insya allah sehari dua lagi, akan kembali seperti biasa.. Oh ye, selamat tahun baru untuk semua.