Cerita ini bukan dengan niat untuk mempersenda, jauh sekali untuk mengaibkan sesiapa.
Perbualan ini terjadi antara aku dengan seorang penghidap sengau. Sesungguhnya setiap butir perbualan antara aku dengannya sangat2 menginsafkan sehingga terbit rasa syukur kerana aku dilahirkan sempurna.
Beliau adalah bekas rakan sepejabatku beberapa tahun yang lepas, seorang pegawai kanan.. Sekarang berpindah ke bahagian lain. Baru2 ni dia menziarah aku di tempat kerja sementara menanti rakannya yang ada urusan dengan pihak atasan. Memang dari dulu kalau aku berinteraksi dengannya, aku akan memasang telinga sepeka-pekanya takut tersalah dengar, risau mengundang rasa kecil hati. Namun kadangkala tidak dapat dielakkan jua.. seperti insiden nih..
Dia : Nanya amangamar sengang? (Naja apakhabar sekarang? )
Aku : Baik2 aje En. U. En U cemana skarang? OK? Sihat?
Dia : Manyam miaha.. Mos mahu ni onge? (Macam biasa. Bos baru ni ok?)
Aku : Ok sesangat, alhamdulillah. Boss dulu pun ok. Semua pun ok..
Begitulah mukadimah perbualan sehingga berkisar kepada keluarga dan sebagainya. En U mengatakan beliau bakal menimang cahayamata sulung dalam masa terdekat ni. Alhamdulillah.. semua perbualan pun nampak betul saja.
Sampai satu ketika... aku bertanya, tujuan dia datang ke tempat kerja aku di sini? Mesyuaratkah? Urusan2 lainkah..
Dia : Mungan.. mungan mehuhahat. Haya hungu Enyik Hohing. (Saya tunggu… )
Aku : (Dalam skala ramah ) Eh, Cik Noni skang satu bahagian dengan En U ye… ohh tak tau lah pulak dia dah pindah ke
Dia : Mungan. Mungan Hek Hohi.. Enyik Hohing (Bukan Bukan Cik Noni………)
Aku : (Start konpius..) Sapa? (Sambil menggaru2 kepala sendiri Aku sudah mula .. rasa bersalah walaupun pada logik akalnya aku tidak melakukan apa2 kesalahan secara moralnya. Huhhhh…! )
Dia : Nanya nyangap metui-metui.. Enyik Hohing. (Naja cakap betul2..... )
Aku : (Lama bertakafakur sambil otak ligat memikirkan apa yg cuba disampaikan.. bimbang kalu salah sebut nanti, mungkinkah En U akan berkecil ati..) dan akhirnye..
” Ohhhhh.. Encik Nordin.. saya ingatkan En U cakap temankan Cik Noni tadi. Apalah saya nih.. pekak betul telinga ni.. Heheehehhe” ujarku menggaru kepala siku yang tidak gatal. Serasa pahit menelan liur. Tidak mengapalah sekali sekala aku menyalahkan telingaku asal perbualan itu nampak seimbang pada akhirnya. Kesimpulannya bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
7 comments:
hahahahaha.....
marini nakal ek sb gelak... tak elok lah.. kesian dgn en u.. org mcm ni mmg selalu rasa rendah diri. Tapi, apakan daya, dia telah dilahirkan begitu..
sori En. Ashri..bukan gelak pada En. U tu tapi gelak sebab terbayang muka x-roomate saya tuh...macam boleh nampak macam mana muka naja masa tu..heheh..
ya allah naja-- naik pecah perut aku membaca.....buka nak gelak tetapi memNG dah tergelak....kesian kita patut bersyukur kan gehtuh....hahahaha
Apapun tahniah krn sungguh prihatin dan peka dgn keadaan..hehe
Exchange link jom.. sy dh add blog anda.. follow us too ya.. URL posting yg kat atas tu dh ditukarkan..tqvm :)
kira syukur sgt kita ni blh cakap smpurna ye...xdpt bygkan kalau jd en.u. dl naik wheelchair pn org tgk smacam. skrg xdh. blh lari tau. alhamdulillah
Post a Comment