Saturday, March 12, 2011

Pengembaraan ke Kelantan - Bahagian 1

Seperti yang dijanjikan dalam entry terdahulu, kali ini aku akan berkongsi pengalaman yang tak seberapa sepanjang 5 hari sesi 'backpacking' dengan sebahagian besarnya di Negeri Che Siti Wan Kembang.. Perjalanan pada hari pertama bermula pada jam 8.30 pagi 23 Februari 2011. Dengan dihantar oleh En WTT, iaitu suami tercinta ke LCCT Sepang, aku dan kawanku Umie sempat bersarapan di sana sementara menunggu sorang lagik anggota rombongan iaitu Yong. Selepas itu Yong join sarapan.. kami sempat mengumpat seround sampai senget-senget mulut sementara menunggu untuk boarding! Topik adalah global..


**Aku, Umie dan Yong besarapan di LCCT. Muka aku tak masuk plak..
jurugambar profesional harus mengalah.. hehehe


Perasaan tatkala ini adalah bercampur baur, sangat gembira mengenangkan pengembaraan yang bakal bermula.. juga berselang dgn hati yang berbalam2 kerana meninggalkan anak2ku Rumaisa dan Rasyid serta En WTT. Ikhlas aku cakap masa ni mcm sedikit penyesalan kerana mengenangkan keletah anak2 yang bakal kehilangan ibu selama hampir 5 hari, tak penah-penah ya aku buat kerja gila nih. Anak-anakpun tak pernah tido tanpa aku di sisi.. hadoiiiii! Oh tak mengapa, En WTT memberi kata-kata semangat yang sangat jitu lagi padu untuk aku meneruskan perjalanan. Ya Naja, berilah peluang kepada En WTT untuk menunjukkan bakatnya menjadi ayah mithali.. wokehhh setel satu krisis dalaman!!




Sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.. kami terbingung2 sekejap. Masa ni mula terpikir nak pegi ke mana dan nak buat apa dulu. Memang gila kalo difikir2kan, perancangan pun ntah apa2.. sesuai dengan konsep backpack yang julung-julung kali dilakukan.. redah dan terjah, juling nak pikir! So sila redah mana2 yang terlintas difikiran. Mujur sebelumnya kat LCCT aku telan secawan kopi kaw-kaw punye.. kopi sangat membantu meningkatkan kecekapan otak memproses tindakan seterusnya, itupun dibantu oleh otak-otak Yong dan Umie.. especially otak Umie. Ikhlas, aku respek sangat kat Umie kerana kawan aku yg sorang ni sudah merangka sedikit sebanyak aktiviti untuk ke Kelantan ni secara agak tersusun.. jadi tidaklah kami seperti unta masuk kampung. Eh unta ye ? Aku dah tak ingat peribahasa tu.. sila buat pembetulan sendiri kalo rasa unta tu sangat penting dalam penceritaan ini. Mak dah tak koser noks nak pikir hal unta tu.. Perjalanan diteruskan ke Kota Bharu dengan destinasi utama ialah Pejabat Perbadanan Pelancongan Negeri Kelantan. Kalo sudah sesat merata-rata, haruslah kembali ke pangkal jalan. Dalam kes ni, rasanya kami belumpun bermula tapi sudah sesat di awal-awal cerita.. apa kes lah !



**Kakitangan Perbadanan Pelancongan Malaysia di Kota Bharu
yang
sungguh ramah tamah dan sangat berinformasi.
Layanan adalah berkelas 5 bintang!

Selepas mendapat petunjuk serba sedikit, pada hari pertama kami merayau di sekitar bandar Kota Bharu yang pesat membangun. Suasana adalah tenang, bercampur deruan kenderaan berselang seli dengan hiruk pikuk suara warganya yang menjalankan pelbagai urusan harian. Sila layan gambar-gambar..

**Kakak yang menjual etak dan juga ubi kemili.
"Sa, siyar.." harganya! Tih tih tih


** Antara wajah2 yang mewarnai suasana

Selepas merayap-rayap dalam skala sederhana, kami check in di Hotel Azam, di tengah Kota Bharu. Niat asal untuk tidur di motel-motel yang bernuansa 'backpakers' (nuansa ko.. ) adalah tidak kesampaian kerana tahap ngeri yang terlampau! Hehehe. Servis di Hotel Azam adalah sangat selesa, jangan plak expect suasana hotel 5 bintang atau dengan kata lain, lupakan sebentar sifat-sifat diva anda di sini.

Selesai urusan mendapatkan penginapan, kami menaiki bas ke Tumpat. Niat mau tengok Pekan Tumpat apa yang ada.. tapi sedar2 sudah sampai ke Pengkalan Kubor. Kami diceramah free oleh driver yang asalnya hairan tengok kami tak turun2 dari bas bila sampai ke Tumpat. Masalahnye Tumpat tu pun kitorang tak tau kat mana.. driver pun tak cakap dah smp ke Tumpat. Apa nak buat, jodoh sudah di Pengkalan Kubor, maka layan jer la.. bayar tambang tambahan.. driver bas yg mesra alam itu minta tambahan RM1 untuk tiga orang. Hantam sajalah..



**Adik comel yang punya cerita tersendiri sepanjang menaiki bas
dari Kota Bharu ke Tumpat.


**Sling bag Umie yang bertajuk Batu Keras!
Ibarat azimat cinta la kot pemberian En Suami katanya.


**Signboard ke TISKU Kota Bharu


**TISKU.. taraaaaa! Sker tul aku tengok tulisan jawi ni..


**Umie dan Yong - model ANTM yang tak lepas saringan... hihihi


**Di Pengkalan Kubor, tersadai di pagar sempadan.. mak keletihan noks!


**Perkhidmatan bas dari Kota Bharu ke Tumpat/ Pengkalan Kubor yang
bertajuk City Liner.. motif aku letak gambar ni?? uhikksss..



**Butik Gedik Fesyen.. dah pakai harus la gedik!

**Selamat datang ke Kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor..
harga barang sama jer dengan kawasan tak bebas cukai!



**Suasana di Pengkalan Kubor pada waktu petang.. time ni dah jam 530pm..
sudah sunyi, banyak kedai dah tutup


Lepas balik dari Pengkalan Kubor, pada sebelah malamnya kami merayap-rayap di pasar malam yang ada pada setiap malam di Kota Bharu.. pendek kata setiap malam adalah ada pasar malam.. atau dengan kata lain pasar malam pertama kami di Kota Bharu.. ! Arghhh bab-bab penaakulan mantik ni, aku memang failed! Sila buat-buat faham!




**Umie disamping sotong gelek ? giling ? gilis? Sedap jugak.. buleh layan!

Aktiviti kami pada malam itu adalah meronda-ronda pasar malam dan juga satu pasar malam yang aku rasa terkenal dengan panggilan Pasar Malam Padang Bas , tempat menjual bermacam-macam juadah tradisi Kelantan yang terkenal seperti sotong pulut, taik itik, akok, lompat tikam, ayam percik dan segala-gala yang buleh dipercik.. dan lain-lain... Alahmak, gambar-gambar makanan adalah dalam kamira Umie plak, kalo tidak buleh dah uplod di sini.. jadik sila imajinkan mengikut citarasa anda.

Oleh itu, tamatlah sudah untuk bahagian ini. Bahagian kedua akan menyusul kemudian.. semoga berpuas ati dengan persembahan yang tak seberapa ini.. Sekian, terima kasih, Berjumpa lagi di lain siaran.

2 comments:

NaharTinie said...

aarrgghhh emosi!
sgttlaah besss...

naja, aku rasa hang takyah terlalu formal buleh dak dlm penceritaan ini. sangatlah bukan hang! hahahaha

just my 2cents :)

Naja said...

Ok ok Tini, Tq ya atas pendapatan hang tuh. Aku sangat failed kalo bercerita dgn gambar2 kerana tersekat aktiviti mau menulis panjang2.. Terjadi forma coz semua cerita harus disesuaikan dengan gegambar.

Pas ni back to normal.. jangan kata hang, aku sendiri baca pun macam pelik.. hahahaah!