Friday, December 9, 2011

Batang

Tahun 2006. Cerita di pejabat. Seorang boss berbangsa Cina dan fasih berbahasa Melayu masuk pejabat. Beliau lantas menghulurkan beberapa helai kertas bertulis tangan kepada aku yang sedang terkial-kial hendak membuka bungkusan nasi lemak yang tak cukup lebar daun pisangnya.

“Apabila habis sarapan kamu dipersilakan masuk ke bilik saya sebentar”, ujarnya. Amat bersopan tutur bahasa.

Macam biasa, walaupun boss kata selepas sarapan, seorang pekerja yang baik macam aku, terus tak jadi makan. Sori, terpuji diri sendiri. Maka bungkus kembali nasi lemak tak ikut bentuk asal, buat ikat pocong sahaja. Memang tidak berbakat untuk menjadi penjual nasi lemak. Yang penting nasi tidak bertaburan. Capai buku catatan dan pen terus masuk ke bilik boss.

“Sila duduk. Saya ingin menulis kertas kerja mengenai bla bla bla… merujuk kepada draf tulisan tangan yang saya beri kepada awak tadi. Saya harap awak dapat menyiapkannya sebelum jam 12 tengahari esok”

“Baik boss, saya akan pastikan siap sebelum tengahari ini”

“Boleh begitu cepatkah ?” tanyanya kembali.

Macam tak biasa pulak boss aku ni.

“Kacang je ni boss. See the leg la ...” ujarku tersenyum.

Cakap-cakap itu hanya dalam hati saja. Nak mati cakap macam tu depan boss ? Hehehe. Akupun keluar bilik boss dan bersedia untuk memulakan kerja.

Tetiba boss yang baik tadi menjenguk dari pintu biliknya.

Awak sediakan dalam batang che..” ujarnya.

“Batang whatttttt ?? errrrr…” kesengalan melanda akalku.

Terpikir-pikir binatang apakah itu? Batang apakah tadi yang disebut boss ku itu. Riak wajah jelas terserlah kekeliruan dan dalam fikiran bercelaru dengan bermacam persoalan. Menulis menggunakan batang ?

“BatangChe ialah sejenis font yang seakan-akan tulisan di typewriter, ia terdapat dalam Microsoft Words” kata boss aku dengan tegas. Tiada garis senyum di bibir.

Tandatanya aku hilang serta-merta. Gelak-gelak kecil mengiringi kesengalan yang tercipta secara tidak sengaja. Kadang-kadang terasa rendahnya sahsiah diri sendiri. Dan pencipta font dalam dunia ini pun jadah apa menamakan salah satu jenis fontnya dari sekian banyak dengan ‘BatangChe’ ? Apa tak ada nama yang relevan sikit kah ?

p/s.

Entry ini ditulis menggunakan font ‘BatangChe’.. hehe

2 comments:

intan mansor said...

lau melayu mmg pantang dgr batang...adeh..actually boss tu tak tau makne batang in malay ni double meaning.. :)

Naja said...

bukan pantang dengar.. cuma menimbulkan pelbagai persepsi kalo tidak disebut secara terang dan jelas.

ya, boss mmg tidak tahu double meaning atau buat-buat tidak tahu, lantakkan di sana ! hehehe