Thursday, March 1, 2012

Abe Kahar

Entry ni khas aku tulis buat Abe Kahar.. walaupun aku tau Abe Kahar tak baca tapi mana tau kot dia ada baca. Ayat pesen apantah. Selalu sangat aku underestimet Abe Kahar ni. Sapa Abe Kahar ? Bukan kekasih gelap aku naaaa, tapi memang mengundang gelak ketawa la kalo Abe Kahar berada di samping.. Hahaha. Skandal sangat bunyinya.

Ingat dak lagi, Februari tahun lepas aku pernah mengembara ke Kelantan berthreesome. Dengan Umie dan Yong. Dan pada hari ketiga, separuh perjalanan kami menuju ke Gua Musang dari Dabong, Yong terpaksa mengundur diri dari sesi pengembaraan kami kerana dia telah mendapat seruan untuk pulang bersama keluarga tercinta. Ini tak bermakna aku dengan Umie tidak mempunyai keluarga tercinta, mungkin hati kami lebih kama ketika itu.. maka kami meneruskan perjalanan dengan sisa-sisa spirit yang agak kelemahan menuju ke Gua Musang.

Kami menginap di Chalet Kesedar Inn, penginapan ringkas namun selesa berharga RM55 semalam menawarkan suasana seram yang tak buleh blah ! Pagi esoknya seawal pagi kami keluar ke Pekan Gua Musang, merayau-rayau tanpa arah tujuan. Lepas hilang arah, kami ke Stesyen Teksi dan Kereta Sewa Gua Musang. Dan di sinilah, bermulanya perkenalan kami dengan Abe Kahar, pemandu kereta sapu berusia awal 50an. Daripada asal bertanya-tanya arah dan tempat yang menarik kat Gua Musang, terus dia mengofferkan dirinya untuk menjadi pemandu pelancong kami. Tugasnya yang pertama menghantar kami ke Taman Etnobotani Gua Musang. Dalam perjalalanan macam-macam soklan yang kami tanya dia termasuklah kalo pi Gua Musang dia ada kenal-kenal sapa-sapa ke pendaki tersohor, dan tanpa disangka-sangka terus dia offer diri dia jugak untuk bawak kami masuk Gua Musang. Aiiii...

Aku ngan Umie mula cuak. Bukan apa, sebab masa tu Abe Kahar ni jenis muka dia.. muka yang takdak ekspresi. Buat lawak pun tak senyum, nak kata ramah jauh langsung. Muka dia jenis muka bodigad Najib sejati. Kelat. Kalau dia sengihpun, jenis sengih yang takdak jiwa, mengerikan ! Jadi masa melawat taman herba tersebut yang jugak terdapat burung kasawari (apakah burung kasawari sejenis herba ?? ) aku dan Umie mengatur pelbagai strategi konon-konon kalaulah Abe Kahar punyer niat jahat yang didalangi syaitonnirrojim, bulehlah kami bertindak mengikut Plan A atau B. Contoh perbincangan aku dengan Umie lebih kurang macam ni :

“Katalah dia ada niat nak merogol, dia mesti tuju hang dulu…” kata aku pada Umie.

“Awat dia nak rogol aku dulu ?” Umie tak puas ati

“Hang putih melepak.. harus dia terliur kat hang dulu” kata aku menebarkan teori-teori yang takdak kesahihan.. terel serupa aku pernah jadi perogol pulak. Euwwww !

“Wateva..” sambut Umie, sepatah kata yang menerangkan dia tidak bersetuju dengan teori aku.

“Okla pegi mampos dengan teori aku, tapi andai kata Abe Kahar ada niat jahat macam tu.. hang jangan la melawan. Kita berlakon la konon-konon kita ni jenis redho dan pasrah sampai dia bukak seluaq, time tu.. aku amik kayu ka batu ka aku hampuk Abe Kahar tu sampai terbunuh. Hang setuju ?? Tapi firasat aku mengatakan Abe Kahar tu okey.. firasat hang macam mana pulak ?“.

“Setuju dan aku takdak firasat !” kata Umie dan dengan persetujuan Umie kamipun sebagai memberi nilaitambah terhadap faktor keselamatan, pergi la beli pisau lipat yang berharga dalam RM3.90 di pekan Gua Musang, dengan satu niat ikhlas.. untuk menikam Abe Kahar di atas gua sana sekiranya terjadi apa-apa.

Sampai masa yang dijanjikan kamipun ke gua, sumpah aku menyangkakan nak masuk Gua Musang ni macam masuk Gua Keris dan beberapa lagi gua di Dabong yang tak lah kamikaze sangat laluannya. Dan Abe Kahar, jenis pemandu pelancong ataupun pemandu pelencong akupun taktau mana satu sebab dia punyer laju berjalan tu mengalahkan masuk acara jalan kaki peringkat Olimpik. Aku dengan Umie berlari-lari bapak mengekori beliau. Melalui tebing yang curam, berbatu-batu dan adakalanya pendakian menegak 90 darjah, buat aku dengan Umie kecut perut. Kami berura-ura berpatah balik tetapi dihalang Abe Kahar. Kata dia, awal-awal memang macam ni nanti bila dah dekat-dekat dengan pintu gua senang saja. Buleh jalan lenggang-lenggang. Termakan kata-kata Abe Kahar kamipun teruskan jugak. Terketar-ketar lutut usah cerita la, sambil mendaki sambil pandang bawah.. rasa mau terbang nyawa. Kenyataannya, semakin tinggi mendaki semakin sukar perjalanannya. Untuk berpatah balik memang tak berbaloi. Dan, Abe Kahar ni sangat cekap mendaki. Aku rasa trek mendaki ke Gua Musang ni macam kacang jer kot bagi dia. Berkali-kali kami putus asa dan berkali-kali juga Abe Kahar memberi motivasi sampai akhirnya kami berjaya masuk ke dalam Gua Musang tu dan turun dengan selamatnya. (ada insiden di pintu masuk gua, nanti aku cerita… hehehe)

Dalam perjalanan turun, barulah kami sempat berkenalan dengan Abe Kahar. Berapa anaknya, dan semua-semualah dan yang paling takleh blah..

“Abe Kahar dulu kerja apa.. sebelum bawak keta sapu ni ?” soal aku.

“Errr.. abe dulu kijo askar”, katanya.

“Tukang masak askar? Hahahaha..”. Celupar mulut aku kan ?

Dia gelak-gelak. Mujur tak sentap.

“ Bekas komando ”

“Komandooooo ? Puhyoooo…”

Oh patutla.. patutla.. patutla, patutla merentas laluan berbahaya ke Gua Musang tu sangat macam kacang bagi beliau. Patutla mendaki batu batan curam tu kata dia macam lalu jalan tepi umah dia saja. 100x lebih azab daripada tupun aku rasa seorang komando pernah lalui, apa lah sangat dengan mendaki Gua Musang. Aku dengan Umie saling berpandangan dan tiba-tiba kami merasakan bahawa pisau lipat yang kami beli di pekan buat melindungi diri tu, bagai buleh dikunyah-kunyah jer oleh Abe Kahar. Ya, apalah sangat pisau lipat RM3.90 tu dengan kepakaran dan tenaga seorang bekas komando. Wakakakakakakakaka !!

Walau apapun, Abe Kahar memang seorang insan yang terbaik di antara yang terbaik sepanjang kami berkelana ke Kelantan. Walahhhh !! Entry ni sebagai melepas rasa bersalah kerana menyangka yang bukan-bukan terhadap beliau, tapi sebagai wanita tidak salah kita berada pada tahap berwaspada dan bersiap siaga menghadapi apa jua yang mendatang. Gitew.

Mari layan gegambar.




Gua Musang dari arah depan.. mendongak langit !




Pemandangan sebahagian kecil Gua Musang dari dalam. Gelap.

Fz40 sangat membantu tatkala ini. FZ40? Sobs…



Abe Kahar. Sumpah, beliau seorang yang sangat cool.



Belanja beliau makan nasik lemak di Gua Musang, sebagai menghargai jasa-jasanya menjadi pemandu pelancong kami dengan bayaran yang sangat berpatutan


dan....

jeng jeng jeng....













Pisau yang kami beli untuk menikam Abe Kahar ! Memang kompom beliau kunyah jer pisau ni tanpa sebarang masalah!

6 comments:

emak. bukan penari tiang said...

nama pun KAHAR ok? apakah lagi nak dipersoalkan?

PertMuffin said...

mati2 ai ingat itu tempat kikis kuku kaki yang kat pengetip kuku. objek pembunuhan rupanya.. kikikikih!!

marstories said...

hahahahahaha...

ZUERA said...

nampak menarik melancong di gua kan?

TiNiE said...

wei hang kata dia senyum takdak jiwa..aku tgk pic dia chomey jerr senyum...hiks

harada said...

Ko nk dia senyum macamana lg kak? X kan nak mcm ko.. mmg x laaa.. komando kot.. bukan pa...