Wednesday, October 23, 2013

Kostinum


Masih lagi cerita cuti Aidil Adha.  Kali ni aku dan EnWTT ke Gurun menghantar seorang saudara mara untuk balik ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja.   Masih awal pagi masa kami sampai ke Gurun, jadi pusing-pusing cari sarapan dulu sebelum ke stesen bas.  Dalam jam 10 macam tu dah naik bas.  Aku pulak nak cari barang sikit, dan EnWTT pulak macam biasa amik kesempatan nak snap gambar bas dua tiga pam katanya.

Maka berpisah kami di pasaraya berhampiran.  Usai shopping segala aku menapak ke stesen bas berhampiran menunggu EnWTT yang tetiba berada pula di Guar Chempedak sana. Hadoihhh.  Masa dok tunggu EnWTT ni la tetiba mai sorang  lelaki yang ku kira usia dalam awal 40-an.  Dia kalut-kalut tanya pasal satu bas yang ditunggu-tunggu tapi tak sampai-sampai.

“Dalam tiket kata bas kui 9.30 ni dah kui 10.30 tak sampai-sampai lagi.  Pi mana pun taktau… “ bebelnya sorang-sorang.

Dengan harapan aku dengar la kot sebab aku jer yang ada kat situ.  Duduk betul-betul di sebelahnya.  Tepi kami ada seekor kucing bohjan yang sedang mengiau miang tak reti diam.
           
“Nak pi mana ?  Tunggu bas gak ka ? “ kali ni dia tanya aku.

“Dak aih.. saya tunggu suami mai ambik”.

“Ha ni saya pun dok tunggu bas tak mai-mai dari tadi.  Lama dah ni, nak pi tanya kaunter.. kaunter tinggai ternganga orang takdak !”jawabnya laju, nada geram.  

“Naik bas apa?” tanya aku.

“Kostinum !” jawabnya konfiden.

“Kostinum ?” soalku.  Mata ke atas, dahi berkerut memikirkan sesuatu.

“Bas apa ? Kampeni bas baru ka ?” tanyaku lagi.

“Baru apa diaaaaa.. lama dah haih ! Bas merah tu satu Malaysia semua dia pi.  Awat, hang tak besa dengaq ka tak besa tengok ka ?” dengan nada-nada menjengkelkan.  Ni jenis marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Brader nih mengalami tekanan perasaan bas yang dia nak naik tak datang-datang.  Mungkin ada urusan penting yang menyebabnya kekalutan.  Kalut perbuatan dan kalut perasaan.  Aku senyum, ya kat mulut senyum.. dalam hati ku maki berkarung jugaklah.  Macamlah aku ni tuan punya bas Kostinum tu hang nak membebel depan muka aku..  Lama juga senyap dalam lima minit sambil aku mengSMS EnWTT, menceritakan perihal brader ni.  Mengumpat dalam versi IT gitew !

“Cuba hang try tengok sat tiket ni.. betui dah kan ?” katanya tiba-tiba selepas lama sengap.
 
          “Setau saya takdak kot bas ekspres nama Kostinum ni bro.. Ka kampeni bas baru beroperasi yang saya tak pernah tengok ?” aku cuba berbasa-basi.

“Laaa.. lama dah! Lama dah.. try tengok tiket. Tengok tiket” katanya laju-laju sambil tangan menyua-nyuakan tiket ditangannya supaya aku ambil dan tengok. 

“Sebut Kostinum ni semua orang tau aihhhh…” sambungnya. 

Kerana menghormati, akupun ambil la tiket bas yang dia bagi sambil membelek-belek.. ya la buleh belek jer la pun, mana aku buleh buat apa. Bas datang tak datang ni sungguh la di luar kemampuan aku untuk memastikannya.

Pastuh, demi terpandang tulisan besar di muka depan tiket tu, aku rasa macam nak lempang brother ni laju-laju.  Mata aku memandang, mulutpun mengeja pelan-pelan kampeni bas yang tertera di tiket.

K.O.N.S.O.R.T.I.U.M…

Bunyinya konsortium le brader, bukan Kostinum ! Tapi hanya mampu berkata-kata dalam hati je. Nak marah dan nak tergelak sama banyak. Perasaan nak tampar orang pun sungguhla berkobar-kobar time ni.

“Ohhhh.. bas Konsortium la. Bas KBES.  Bukan Kostinum !” kataku pelan-pelan.

“Best apa ? Best ka tak best ? Lambat !” ujarnya lagi dengan tangan tergawang-gawang.  Energetik sungguh brader ni.. kata hatiku.

          “Bukan.. maksud saya KBES.. Konsortium Bas Ekspres Semenanjung Berhad. Nama pendek dia Konsortium.. “, kataku memberi sedikit fakta.

“Haaa.. sama la tu, hangpa orang-orang mengaji nih susah gak sebut Kostinum pun taktau !” katanya yakin, mencelah ayat-ayat aku tadi.  Ecehhh… nak jugak Kostinum dia.  Mungkin berbelit lidah nak sebut Konsortium.

Aku senyum-senyum geli hati.  Buta huruf barangkali brader nih tapi tak mengapalah. Kostinum pun Kostinumlah..  Cumanya aku tak pasti bas Konsortium ni masuk Gurun ke tak, atau dia mungkin silap stesen bas kot.  Lantak pi di sana. Tapi pun, sebesar-besar alam tulis kat badan bas tuh.. Konsortium.  Kostinum jugak yang dipandang brader nan bertuah tu.

Sehubungan itu, marilah layankan gambar bas ‘Kostinum’ yang sebenar..


Bas Konsortium. Single deck.  Enjin HINO RM 2KSKA.  Body bas buatan Tact Coach


Double deck.  Gila ciwi dulu tengok bas dua tingkat rasa macam dok London.  Apatah lagi buleh naik.. la ni dah biasa.  Bas ni dikuasakan dengan enjin MAN 24-460 HOCLN.  Badan bas dibina oleh Super Trans Marketing.



P/s :  Gambar bas dicilok dari external hard disk yang menyimpan puluhan ribu gambar-gambar bas kepunyaan EnWTT, amik sengap-sengap.  En WTT, kalau tak puas ati.. I'll see u in court, bebeh ! Dah katanya laki bini, gambaq bas pun harta sepencarian kot.. Wahahaha ! 

1 comment:

Shima said...

terbaik! tiap2 hari up n3 dlm blog ye Naja. Setiap n3 hang buat aku tersenyum..... penulisan yg bersahaja, ayat2 sempoi tp kena dgn susunannya.