Macam
baru sangat lagi aku hantar Rumaisa pi masuk tadika kat tepi rumah tu. Tadika Perpaduan. Masih terasa-rasa akan kerisauan di hati
mengenangkan boleh ke tidak Rumaisa menyesuaikan diri dengan persekitaran
baharunya. Sekali ha.. relaks jer anak
mak tu. Steady jer dia pergi sekolah
hari-hari. Mak jer yang berlebih-lebihan
melayan kerisauan di hati. Dan pejam
celik pejam celik, hampir tamat sudah sesi pengajian beliau di Tadika Perpaduan
ni.
Hari
Ahad baru-baru ni, tadika beliau telah mengadakan hari Konvokesyen untuk semua
pelajar-pelajarnya dalam wilayah Putrajaya.
Sebagai mak bapak tentulah aku
dan EnWTT sangat teruja menyaksikan anak kami berkonvo. Walaupun level konvo tadika, tahap lega dan
berbangga tak tau nak cerita. Rasa macam
weeeee… wauuuuu.. weeeehuuuu ! Anak aku
dah konvo. Gembiranya selevel dengan mak
bapak yang anak memasing berjaya memperoleh ijazah pertama dengan keputusan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang barangkali. Tahun depan sudah masuk
pra-sekolah. Tadika untuk 5 tahun ini
bagaikan titik mula untuk beliau melangkah lebih jauh.
Walau
bagaimanapun, sedikit malang aku tak dapat mengambil gambar Rumaisa di pentas
semasa menerima sijil graduasinya atas masalah-masalah teknikal yang nanti akan
ku perincikan di lain entry. Untuk mengubat kekecewaan kerana tidak dapat
mengabadikan detik-detik bersejarah di pentas tersebut, maka sebagai emak yang gigih akupun meminjam jubah
konvo daripada Cikgu Saselin iaitu cikgu yang mengajar Rumaisa di tadikanya, dan pada petang harinya kami bawa Rumaisa untuk
sesi bergambar di sekitar Putrajaya.
Agak tergesa-gesa kerana hari sudah lewat petang bila kami keluar,
sekarang ni jam 7 dan gelap gelita. Bimbang
nanti nampak gigi saja.
Di
sini ingin aku kongsikan detik-detik kegembiraan Rumaisa yang menjadi
kegembiraan kami jugak. Tahniah anak
emak. Masih jauh perjalanan di
hadapan. Semoga terus menjadi anak yang
tabah menghadapi liku-liku perjalanan sepanjang jalan kehidupan. Doa mak dan ayah sentiasa mengiringi dalam
setiap langkah mengharungi kehidupanmu.
|
Jubah dah cantik, selipar Dora plak tak nak tinggal.. |
|
Saya sudah berkonvo hari ni |
|
Besar nanti kakak nak jadi ahli bomba. Cita-cita masa umur 5 tahun. |
|
Tersadai di rumput |
|
Peace yo ! |
|
:) |
|
Entah apa perasaan Rumaisa bila berada di sini. Berkali-kali minta nak bergambar kat sini. |
|
Nak masuk maghrib sudah, mari kita pulang... |
5 comments:
pandai anak kak naja posing..sifat semulajadi barangkali..
tahniah untuk anak kak naja..
Zuera - fotogedik.. hehehehehe
Tahniah mak dan Rumaisa! Terharu, bersungguh2 mak nak rakam gmbar Rumaisa pakai jubah....
Hebat nooo konvo tadika pun ada outdoor photoshoot hehhe...
Shima - Hehehe harusla gigih Shima, taun depan dia dah masuk pra sekolah.
Amy - ha, zaman skang xyah tunggu pi universiti dapat ijazah baru nak buleh outdoor photoshoot.. kekekek
Post a Comment