Monday, December 9, 2013

(Ita) Emak dan cawan



Pagi ni teringat sesuatu.  Kecil-kecil dulu pernah bertandang ke rumah kawanku Ita (kalau nama sebenarpun hangpa bukan tau.. haha).  Ita hidangkan aku air, minum bersama sambil sembang-sembang kosong.  Gelak ketawa kanak-kanak, sekolah rendah masa tu darjah 5.  11 tahun.

“Lain kali kalau kawan-kawan hang mai, guna cawan lain.  Jangan pakai cawan tu, cawan tu mahai !”jerit emaknya mematikan seketika suasana ceria kami sambil berlalu pergi.

Aku pandang cawan yang masih separuh berisi teh manis. Secara zahirnya cawan itu memang nampak ‘mahal’nya.  Jenis ini memang tiada di rak cawan rumah aku pada masa itu.  Dalam kabinet kaca di ruang tamu rumah Ita juga penuh dengan deretan set cawan dan pinggan mahal.
 
“Sapa yang dok pakai cawan-cawan tu semua?” tanyaku pada Ita.

“Tu untuk orang-orang luaq yang mai, orang besaq-besaq.  Kami adik beradik dengan  ayah akupun mak aku jamu pakai cawan-cawan biasa ni tau !”jawabnya bersahaja.  Kami sama-sama senyum.


Sambung bersembang dan aku ingat lagi Ita berjanji di depanku bahawa satu hari nanti cawan dan pinggan dirumahnya tiada klasifikasi.  Dia, anak-anak, suami, tetamu siapa sahaja yang datang ke rumah akan dihidangkan dengan pinggan cawan yang sama.  Tiada jenis-jenis cawan untuk ‘orang besaq-besaq’ atau sesuatu yang sepertinya.


**********                     **********                     **********                     **********

Bila dewasa ni aku bertandang ke rumahnya, Ita betul-betul mengotakan janji.  Minum petang dalam set pinggan dan cawan Corelle berbunga biru mengundang senyum aku.

“Lawa..”,kataku sepatah.

“Hang tau.. cawan pinggan ni la yang kami guna seharian untuk seisi rumah dan juga untuk tetamu yang mai, takdak beza” katanya.

“Aku jugak tak dak set pinggan cawan mahal untuk pameran dalam kabinet.  Yang aku beli semua buat guna harian..”ujarnya lagi tersenyum puas.

“Hang macam tu jugak ka ?” tanya Ita.


Hmmm… Aku lupa nak bagitau kat Ita, di rumahku juga tiada klasifikasi pinggan dan cawan untuk ‘orang biasa-biasa’ atau ‘orang besaq-besaq’.  Emak aku jenis perempuan dan isteri yang menghidangkan minum petang dalam set cawan paling cantik untuk pak aku, dan untuk kami anak-anaknya.  Bukan dalam cawan berkerak sisa teh atau kopi yang dihidangkan bertahun.  Pinggan atau cawan paling baru yang dibeli emak selalunya akan berada di rak pinggan kami untuk kegunaan sekeluarga.  Emak juga tiada almari kabinet untuk dibarisi dengan set-set cawan mahalnya, jauh sekali untuk berbangga-bangga atau jadi bahan pameran sebagai halwa mata rakan-rakan yang datang bertandang.  Bagi emak, suami dan kami anak-anaknya inilah ‘orang besaq-besaq’ dalam hidupnya.

Rindu emak !


Hasil carian google

4 comments:

yui said...

rasanya mak2 zaman tu mmg ada simpan certain2 collection kot yg hnya bukak bila perlu..

mak aku pun ada pinggan spesis tu hat jenis buka bila ada tamu, ramai2 org mai, ada kenduri dsb baru pakai klu x dok dalam almari ja laa


tp klu sampai klasifikasi bagai, tamu makan pinggan kaca bercorak anak2 makan pinggan plastik dapat free masa beli colgate... haish itu sedih =p

Naja said...

Hikaru - Mak KakNaja pun ada juga simpan pinggan mangkuk untuk kenduri kendara, buat makan-makan dsb tu.

Tapi memang ada jenis mak-mak yang beli pamer dalam lemari semata-mata nak tunjuk kat jiran dan diguna khas untuk sesapa yang dia rasa dia boleh bermegah dengan koleksi cawan pinggan yang dia ada. Untuk laki dan anak2 suruh guna pinggan free yang dapat masa beli sabun, or ubat gigi. Ubat gigi? Haa.. pandai hang !

TiNiE said...

wei mak aku dulu pon ada set yg baaanyaakkkk utk kegunaan kenduri-kendara. nyampah pasai dulu2 kan, asal jiran or sendiri nk kenduri ke bawa kuaq n kasi bersih. pemalas!

tapi yes, mak aku pon suka beli set pinggan memahal dan dia akan buka n guna sekeluarga tho anak2 nya suka kasi pecah. dulu2 tak tau 'harga' sebiji pinggan. sian mak. huhuhuhu

Naja said...

Tinie - Mak aku pun ada pinggan kenduri berbesen-besen besaq.. pinggan seramik klasik bunga kangkung ! Hihi..

Tapi suka atau tidak, ada jer mak2 yang dok bagi klasifikasi pinggan mangkuk depa, sehingga kadang-kadang marah anak2 or laki sendiri guna set pinggan yang dia dah 'target' untuk orang tertentu jer guna..