Tinggalkan
sekejap projek kitkab yang terbengkalai gara-gara sel otak tidak berfungsi
sepenuhnya masa tu menyebabkan warna yang dipilih sungguh laaaa.. (sambung
sendiri ayat nih.. hehe)
Projek
kedua ialah Peladang Jaya 2014. Hehe. Tajuk takleh blah macam
pengusaha tanaman berekar-ekar luasnya. Padahal cuma sekangkang kera,
kalau betul-betul diukur kangkang kera yang sebenar lebih luas lagi kot
dari port projek tanaman aku kat apartment nih. Tapi itulah, kalau tak
cuba mana nak tau hasilnye ye tak ?
Dulu,
hati aku tertanya-tanya apa bestnya bertanam bunga segala nih bila tengok mak
kat kampung gigih menyiram pokok-pokok tanamannya hampir keliling rumah.
Lebih kurang 45 minit gak mak amik masa setiap pagi berjalan sambil bawa paip
getah untuk memastikan pokok-pokok yang dia tanam boleh berfotosintesis dengan
jayanya bila matahari pagi naik. Aku labelkan hobi mak aku sebagai ‘buang
masa’. Emak kata itu adalah terapi untuk dirinya. Tapi bila balik
kampung, aku tetap tolong emak bersihkan perdu-perdu pokok bunga dia yang
kadang-kadang tak terjaga sebab banyak sangat, atau ketika kesihatan emak tidak
mengizinkan. Berbelas tahun kot aku buat benda yang sama.
Hujung
Disember 2013 aku balik kampung seminggu. Banyak pokok hiasan mak yang
mati, kecut, tak terjaga kerana emakpun bukan sihat benar sekarang. Jadi
seperti biasa projek baik pulih lanskap pokok hiasan emak termasuk dalam agenda
percutian. Insaf rasa di hati bila emak teruja tengok pokok-pokok
hiasannya kembali terjaga. “Bagus la dah cerah rumput-rumput tu, lepas ni
buleh mak siram dan tengok balik pokok-pokok mak ni”. “Dok tengok
pokok bunga lawa-lawa ni pun satu terapi jugak “, kata emak untuk sekian
kalinya tentang terapi. Memang betul-betul terapi bagi mak sebab setiap
pagi selepas itu aku tengok emak gigih menyiram pokok-pokoknya seperti
biasa. Terapi kesihatan, terapi kecerdasan minda dan tubuh badan.
Balik
Putrajaya, aku tengok balkoni di apartment ku yang tercinta ni kosong tak
bernyawa. Fungsi sebagai tempat meletak penyidai kain cuma, juga
tempat mengumpul abuk. Terbiar, tidak terjaga. Tiada yang menarik
di situ. Tetiba terngiang-ngiang di telinga kata-kata emak dok
tengok pokok bunga lawa-lawa pun satu bentuk terapi. Datang idea
nak memenuhkan balkoni yang sekangkang kera dengan tanaman hiasan. Meminjam
sedikit hobi dan minat emak di kampung. Juga ada beberapa tanaman
lain yang ku cuba semai. Contohnya, labu, cabai besaq, dan tomato dan
hati sungguh gembira tak terkata bila tanaman ni naik dengan suburnya.
Satu jer lagi tanaman yang aku semai tak tumbuh-tumbuh iaitu asparagus.
Mungkin belum sampai masa. Tumbuh satu perasaan lain di dalam hatiku ini,
seronok tak terkata. Perasaan inilah kot yang sekian lama emak aku dok kata
terapi terapi tu. Dulu balkoni tempat yang tak pernah aku lepak lebih
dari 5 minitpun, sekarang setengah jam di situpun tak terasa.
Apapun
semoga semangat menghijaukan balkoni sendiri ni bukan sekadar
hangat-hangat ayaq hangat.. Terima kasih kepada EnWTT yang memberi
sokongan moral dan tenaga dalam menjayakan projek tanaman mak nih. Saya
suka, EnWTT pun suka gak kot, anak-anak lagi la suka.
Mai
tengok gambaq : )
Dimulakan dengan pokok pegaga ni yang menjadi masterpiece. Daripada 5 helai daun jer yang disemai pada 3.1, sekarang dah tumbuh dekat 10 helai daun. oh my ;) |
|
Macam-macam ada yang ni pun kategori pokok hiasan |
Yang kuning beli IKEA, yang pink beli di Aeon-Big. Masa beli kecik saja sekarang ni.. sepasu penuhnya. Mak hepi :) |
Tak tau apa nama pokok ni, bunga dia cantik sangat. Yang tumbuh kecik-kecik tu is pokok cabai. |
Anak-anak cabai yang tumbuh subur |
Ni anak pokok labu, lepas ni boleh petik labu kat balkoni. |
Yang terjengoi seketoi dua itu ialah halia |
|
Semoga hidup subur. |
Cinta baru. Terapi baru. |
3 comments:
Besaq ni pun buleh tanam memacam. Rumah aku yang sejuta kangkang kera tu semua pasu kosong. Hahaha
Halaman rumah hang dah buleh jadi ladang.. :)
aslmkm, kak naja tanam pokok semuanya menjadi, ya Allah seronoknya, anak pun comel2
Post a Comment