Friday, June 27, 2014

Sesak nafasku





Pagi tadi hala nak datang kerja turun lif ada sorang lelaki masuk lif sama-sama.  Mungkin kerana cuaca panas dan kuat berpeluh  bau ketiak dia buleh tahan walaupun di pagi hari.  Aku bernafas pelan-pelan untuk meminimumkan sebanyak mungkin tersedut bau ketiak dia.  Tapi tak berjaya.  Sederap nafas ku ambil maka disedut bersama bau yang tak menyenangkan itu, mungkin terlupa pakai deodoran.  Bukan.. bukan aku nak hina bau ketiak dia.  Pada pendapatku masalah ketiak berbau ialah masalah global dan menjadi rahsia umum bagi kebanyakan orang.  Mungkin tak pernah ada sesapa bagitau ketiak dia berbau puaka kalau berpeluh.  Selalunya pun orang (termasuk diriku) memang sanggup hidu bau ketiak rakan sebelah, sambil berpura-pura menipu diri sendiri menikmati bau haruman syurga daripada bercerita hal sebenar kepada tuan empunya badan.  Yang kuat semangat saja sanggup pi cakap ketiak kawan dia busuk kepahit-pahitan.. moralnya sila tonyoh deodoran sebelum ada yang terbunuh.

Sambung cerita awal pagi tadi.  Sampai ke pintu kereta, cepat-cepat aku sedut inhaler asthma.  Salur nafas rasa ketat. Terbatuk-batuk sambil whatsapp boss mohon pelepasan sejam sementara nak reda batuk-batuk dan bernafas normal seperti biasa.  Setahun dua  ini paru-paru aku memang super sentap dengan bau-bau kuat yang mencucuk.  Bau rokok, bau kasut atau stoking yang lembab dan lama tak berbasuh , bau hancing yang melampau, bau kebanyakan perfume  dan entah apa-apa lagi.  Semua bau-bau itu kalau tersedut memang automatik akan bawak aku  ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.  Bau air freshener dalam bilik pejabat akupun telah lama dimatikan masa zaman dok mengandungkan si Rahman, termasuk bilik boss aku.  Tahap serius juga rasanya sampai klinik gomen kat Presint 3 yang aku dok pi tu bagi temujanji  hospital untuk  buat ujian bagi mengesahkan samada aku mengidap COPD. COPD is chronic obstructive pulmonary (PULL-mun-ary) disease.  Harap-harap tak adalah sampai ke peringkat tu.  Sekarang agak terkawal.  Alhamdulillah. Sebab tu kalau lepas EnWTT merokok samada di balkoni rumah atau sewaktu berpergian (ecehhh.. berpergian le sangat) aku akan ingatkan dia.. berkumur banyak-banyak, basuh muka, basuh tangan.  Sekali nampak memang cerewetnya bini, tapi demi nyawa aku okey. Aku tak kisah orang lain tak sayang nyawa aku, tapi aku memang sayang nyawa dan kesihatan aku !  Eh, macam keluar tajuk pula, kekeke. Takler..  Titik.  
 



Gambar sebagai hiasan duniawi dari webpage http://www.aaaai.org/

No comments: