Petua.
Aku nak share satu petua
berdasarkan satu cerita. Petua jenis ni agak
misteri nusantara kaedahnye.. tih tih
tih.
Hampir setahun lebih jugakla nasi yang ditanak oleh emak di kampung sana
cepat benar basinya. Setiap hari. Tanak nasi pagi, tengahari dah mula
berbau. Kalau sampai ke petang memang
kompom tak buleh makan langsung dah.
Nasi akan jadi lembik, berair, dan berbau. Pendek kata basilah. Yang hairannya, nasi masih panas dalam periuk
pun tetap basi juga.
Maka pelbagai usaha kami cuba
untuk mengelakkan nasi menjadi basi.
Cuci keseluruhan periuk setiap kali memasak, tidak berjaya. Jadi kami tukar beras, konon-konon faktor
beras yang menyebabkan nasi cepat basi walaupun selepas dua jam dimasak. Segala jenis beras dicuba pun tidak berjaya jugak, daripada Faiza
kepada Jasmine, Budaya, Merbuk, Rambutan dan segala macam tajuk beras hasilnya
tetap sama. Kadang-kadang termakan juga
nasi yang nak basi sebab dah penat nak
masak lagi berulang-ulang kali. Akhir
sekali tukar pulak air. Kat kampung aku
ada dua jenis paip. Satu paip yang
salurkan air bukit, air ni di pakai sudah turun temurun.. bersih, jernih, sejuk. Free.
Bayarpun bila kes paip besaq tersumbat atau apa, jadi kutipan sebanyak
RM2 akan dijalankan oleh AJK kampung untuk memberi saguhati kepada team yang pi
kerabat bukit nak baik pulih saluran di atas sana. Satu lagi air paip SADA. Bayaran ikut rate semasa. Bab masak nasi tadi, gunalah mana-mana air
paip pun masalah tetap sama.
Sehinggalah balik kampung dengan
Sumini akhir bulan Januari hari tu, bila
dia nak suap anak-anak makan tengahari tergendala kerana nasi yang dimasak awal
pagi sudah basi. Aku ceritakan serba ringkas masalah yang dihadapi oleh emak
berkaitan nasi yang cepat sangat basinya.
“Ohhh
mari kita cuba petua orang Jawa Tengah ni ibu, Insya Allah pasti berhasil dan
emak(merujuk pada emak aku) jangan khuatir tiada lagi masalah seperti ini
selepas ini,”katanya sambil mengambil segenggam garam kasar dan juga segenggam
lada hitam bijik lalu dibacakan AlFatihah dan 3 Qul, selepas itu ditaburkan di
tempat yang selalu emak parkingkan periuk nasik beliau.
Alhamdulillah, hari pertama petua
dicuba, nasi yang dimasak bertahan sampai petang. Hari kedua, tahanlah dari pagi membawa ke
malam, tak basi. Hari ketiga dan
seterusnya.. syukur, masalah yang bertahun-tahun dialami emak sudah selesai.
“Mana Sum
dapat petua tu,” soalku pada hari yang lainnya.
“Sebenarnya
tak ada petua khusus ibu, aku cuma syak tempat masak nasi emak tu jadi tempat
jin dan syaitan berak dan buang air.
Sebab itu nasi cepat benar basinya!”.
Tempat berak jin dan
syaitan? Nauzubillah ! Moga kami tidak
termakan benda-benda kotor yang mendarah daging. Terima kasih kuucapkan pada Sumini kerana berjaya
menyelesaikan masalah emak di kampung yang makan masa bertahun tu. Mungkin ya mungkin tidak telahan Sumini, yang
penting masalah sudah setel.