Hari Rabu
minggu lepas, Rumaisa balik rumah terus menghulurkan borang penyertaan untuk
pertandingan pakaian beragam bertemakan hari kebangsaan. Hari itu 10 September, aku tengok borang
tersebut seimbas lalu. Daftar 11
September, hari perlawanan 12 September.
Maknanya kalau nak masuk, ada satu hari saja untuk siapkan apa-apa
costume yang relevan dengan tema. Jadi
secara automatik otak akupun mentafsirkan jawapan “Tak payah masuk !”.
“Mak,
cikgu suruh saya masuk. Saya pun nak
masuk, kesianlah saya mak. Buleh la yer saya
masuk pertandingan tu ?” tetiba suara mendayu Rumaisa memujuk.
“Kakak,
kita ada selai je bendera.. mana sempat nak cari dah. Kalau seminggu sebelum tu sempat la mak
buatkan..” kataku memberi jawapan tidak.
Maka cerita pujuk memujuk habis di situ saja.
Tengah
malam jam 12.30 aku terjaga dari tidur, tekak rasa dahaga terus menuju ke dapur. Di ruang tamu bibik masih berjaga. Di depannya ada sehelai bendera terhampar,
gunting di tangan.
“Sum nak
buat apa ?” tanyaku.
“Entah
lah ibu, saya tengah memikirkan baju Rumaisa ni. Kesian dia, nak masuk pertandingan tu !”
kata Sumini termanggu-manggu.
Okey,
sebagai emak haruslah aku rasa sedikit tercabar. Bibik tengah sibuk memikirkan baju apa untuk
Rumaisa pakai, aku pulak dari awal-awal lagi sudah tarik diri kerana tak
sanggup. Sapa lagi semangat nih ? Huhu.
“Saya
buat sajalah gown Elsa Frozen tu, buat asal jadi sudah. Kesian dia bu.. “ kata Sumini lagi.
“Sum
pergi tido, nanti esok saya fikir!” kataku.
“Tapi
borang penyertaannya cikgu nak esok !” kata Sumini lagi.
“Okey,
esok pagi saya fikir !”.
Dan esok
paginya, masa membelek-belek borang penyertaan, mata terpandang syarat utamanya
ialah baju mestilah baju tradisi rakyat Malaysia seperti baju melayu, kurung,
kebaya, sari, ceongsam atau sesuatu yang seangkatan dengannya. Maknanya gown Elsa tinggal mimpi saja. Frozen dan Elsa tidak termasuk dalam tema
hari merdeka rakyat Malaysia.
Masa
berfikir tinggal lagi 5 minit sebelum Rumaisa ke sekolah. Terus isi ruang nama tema baju dengan “baju
kebaya Seri Merdeka” la sangat… yang sebenarnya haram nak nampak rupa cemana
lagi. Lepas tu roger EnWTT di pejabatnya
minta tolong beliau cari bendera. EnWTT
pun khabarnya memohon ehsan kawan-kawan di pejabatnya mendermakan secara
paksarela bendera mereka. Hahah. Thanks
ye kawan-kawan EnWTT. Akhirnya dapatlah 3
helai bendera untuk mak fikirkan rekaan yang mungkin buleh menawan hati para
juri sekalian.
Lepas
habis kerja malam itu paksa anak-anak tidur seawal jam 9.30 malam untuk mak mulakan
operasi. Seumur hidup aku ni kali
pertama aku buat baju kebaya. Buat
kebaya ni bukan pakai ukuran tapi pakai naluri.
Asal nampak macam rupa kebaya sudah.
Sesungguhnya aku memang tak pernah ada kemahiran khusus menjahit
pakaian. Sekadar jahit kain batik dengan
jahitan lurus tu memang bolehlah. Dan hasilnya
seperti dijangka walaupun dah nampak rupa kebaya tapi ada senget sana sini,
jenuh nak ekjas supaya sepadan dengan Rumaisa.
Tarik sana sini senget, tarik sini belah sana terangkat. Dan jenuh pula nak ekjas tiga helai bendera
untuk menghasilkan sepasang kebaya yang bercirikan hari Kemerdekaan Malaysia ke
57.
Apapun
sebagai emak, aku sangat berpuas hatilah kerana berjaya menunaikan impian
Rumaisa mahu masuk pertandingan pakaian beragam, dengan sokongan kuat daripada
bibik Sumini. Kalau tak kerana bibik,
memang tak jadi jugak. Dia orang kuat,
tulang belakang. Tolong jaga anak-anak
bila aku sibuk menjahit sampai jam 2 pagi.
EnWTT pun, tolong cari penderma bendera. Dan kepada cikgu yang bagi
borang 2 hari sebelum bertanding, terima kasih jugak kerana berjaya buat mak
meong 2 hari tak cukup tidoq !
Di bawah ini gambar pagi-pagi masa nak pi kelas tadika dia. Kiranya masa hari pertandinganlah. Pertandingan dalam sekolah, ibu bapa tak dijemput untuk menonton. Kalau tidak mak memang sanggup amik cuti pi bagi sokongan moral. Hehe
Bunga sanggul hantam bibik punya. Selonggok atas kepala :) |
Selamat hari merdeka. Selamat hari Malaysia ! |
Dan pada petang harinya Cikgu Ct iaitu salah seorang cikgu kelas Rumaisa telah sudi men'whatsapp'kan gambar-gambar Rumaisa pada hari pertandingan. Dan kata cikgunya Rumaisa telah menang, sebagai emak tentulah gembira bila Rumaisa menang. Ini gambar-gambar Rumaisa dan kawan-kawannya yang ikut bertanding seperti yg dikirim Cikgu Ct ;)
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan misi ini secara langsung dan tidak langsung.
Selamat ulang tahun hari kemerdekaan ke 57 dan selamat hari Malaysia.