Hujung Ogos baru-baru ini membawa ke ulang tahun
hari kemerdekaan Malaysia yang ke -57, aku berpeluang mengikuti ekspedisi jabatan tempat kerja ke
Kenyir. Terima kasih kepada Puan Boss
yang memberi peluang untuk mengikuti aktiviti ini, sesungguhnya trip ini memang
tiada penyesalan.
Bertolak dari pejabat pada jam 3.30 petang 29 Ogos
yang lalu dengan dua buah bas berkonvoi membawa
seramai lebih kurang 60 orang, kami tiba di Lake Kenyir Resort sekitar
jam 12.30 malam. Makan malam yang
sepatutnya dijadual pada 9.00 malam bertukar menjadi sahur di tengah malam
kerana masing-masing mengisi perut pada jam 12.45 tengah malam ke jam 1.00
pagi. Alhamdulillah.
Lake Kenyir Resort
menjanjikan penginapan yang sangat selesa namun kami tak dapat nak
manfaatkan sangat kemudahan dan keindahan di sekitar resort kerana tempoh 3
hari dua malam berkampung di sana semata-mata untuk perkara-perkara asas
sahaja. Hari siang dipenuhi dengan
aktiviti sekitar Tasik Kenyir, pun tiada penyesalan kerana keindahan Tasik
Kenyir yang sungguh menawan hati. Gambar
bilik dan persekitaran Lake Kenyir Resort pun tak sempat aku ambil. Kalau teringin nak tengok juga silalah bertanya
dengan En.Google kerana beliau tak pernah menghampakan. Memang penuh sungguh aktiviti kami di sana :)
Dan mak pun malas nak cerita panjang, biarlah
gambar sahaja dengan sedikit penerangan yang berbicara untuk entry kali ini.
|
Perjalanan seawal pagi menuju ke Kelah Sanctuary, lebih kurang 35km daripada pangkalan di Lake Kenyir Resort. |
|
Rumah bot yang kami jumpa dalam perjalanan. |
|
:) |
|
Pemandangan indah menghala ke Kelah Sanctuary |
|
Air tasik kehijau-hijauan |
Dan di bawah ini antara flora dan fauna yang buleh ditemui sepanjang perjalanan ke Kelah Sanctuary. Mendarat di jeti, perjalanan ke Kelah Sanctuary memakan masa lebih kurang setengah jam lagi untuk sampai ke sana melalui denai hutan dan juga canopy-walk yang sebahagian besarnya masih dalam pembinaan.
|
Kenyir dandelion ? hehe |
|
Separuh daripada laluan ke Sanctuary Kelah. Dalam gambar di atas ialah Kak Aiziah, senior secretary kat jabatan kitorang ;) |
|
Canopy-walk nala punya jauh, dan tinggi. Kalau jenis gayat aku rasa mau merangkak nak sampai ke hujung sana. |
|
Sebahagian daripada ahli rombongan |
|
Lagi ahli rombongan. |
|
Sampai ke destinasi. Semua teruja mandi-manda dan bermanja dengan ikan kelah ! |
No comments:
Post a Comment