Saturday, March 12, 2011

Pengembaraan ke Kelantan - Bahagian 1

Seperti yang dijanjikan dalam entry terdahulu, kali ini aku akan berkongsi pengalaman yang tak seberapa sepanjang 5 hari sesi 'backpacking' dengan sebahagian besarnya di Negeri Che Siti Wan Kembang.. Perjalanan pada hari pertama bermula pada jam 8.30 pagi 23 Februari 2011. Dengan dihantar oleh En WTT, iaitu suami tercinta ke LCCT Sepang, aku dan kawanku Umie sempat bersarapan di sana sementara menunggu sorang lagik anggota rombongan iaitu Yong. Selepas itu Yong join sarapan.. kami sempat mengumpat seround sampai senget-senget mulut sementara menunggu untuk boarding! Topik adalah global..


**Aku, Umie dan Yong besarapan di LCCT. Muka aku tak masuk plak..
jurugambar profesional harus mengalah.. hehehe


Perasaan tatkala ini adalah bercampur baur, sangat gembira mengenangkan pengembaraan yang bakal bermula.. juga berselang dgn hati yang berbalam2 kerana meninggalkan anak2ku Rumaisa dan Rasyid serta En WTT. Ikhlas aku cakap masa ni mcm sedikit penyesalan kerana mengenangkan keletah anak2 yang bakal kehilangan ibu selama hampir 5 hari, tak penah-penah ya aku buat kerja gila nih. Anak-anakpun tak pernah tido tanpa aku di sisi.. hadoiiiii! Oh tak mengapa, En WTT memberi kata-kata semangat yang sangat jitu lagi padu untuk aku meneruskan perjalanan. Ya Naja, berilah peluang kepada En WTT untuk menunjukkan bakatnya menjadi ayah mithali.. wokehhh setel satu krisis dalaman!!




Sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.. kami terbingung2 sekejap. Masa ni mula terpikir nak pegi ke mana dan nak buat apa dulu. Memang gila kalo difikir2kan, perancangan pun ntah apa2.. sesuai dengan konsep backpack yang julung-julung kali dilakukan.. redah dan terjah, juling nak pikir! So sila redah mana2 yang terlintas difikiran. Mujur sebelumnya kat LCCT aku telan secawan kopi kaw-kaw punye.. kopi sangat membantu meningkatkan kecekapan otak memproses tindakan seterusnya, itupun dibantu oleh otak-otak Yong dan Umie.. especially otak Umie. Ikhlas, aku respek sangat kat Umie kerana kawan aku yg sorang ni sudah merangka sedikit sebanyak aktiviti untuk ke Kelantan ni secara agak tersusun.. jadi tidaklah kami seperti unta masuk kampung. Eh unta ye ? Aku dah tak ingat peribahasa tu.. sila buat pembetulan sendiri kalo rasa unta tu sangat penting dalam penceritaan ini. Mak dah tak koser noks nak pikir hal unta tu.. Perjalanan diteruskan ke Kota Bharu dengan destinasi utama ialah Pejabat Perbadanan Pelancongan Negeri Kelantan. Kalo sudah sesat merata-rata, haruslah kembali ke pangkal jalan. Dalam kes ni, rasanya kami belumpun bermula tapi sudah sesat di awal-awal cerita.. apa kes lah !



**Kakitangan Perbadanan Pelancongan Malaysia di Kota Bharu
yang
sungguh ramah tamah dan sangat berinformasi.
Layanan adalah berkelas 5 bintang!

Selepas mendapat petunjuk serba sedikit, pada hari pertama kami merayau di sekitar bandar Kota Bharu yang pesat membangun. Suasana adalah tenang, bercampur deruan kenderaan berselang seli dengan hiruk pikuk suara warganya yang menjalankan pelbagai urusan harian. Sila layan gambar-gambar..

**Kakak yang menjual etak dan juga ubi kemili.
"Sa, siyar.." harganya! Tih tih tih


** Antara wajah2 yang mewarnai suasana

Selepas merayap-rayap dalam skala sederhana, kami check in di Hotel Azam, di tengah Kota Bharu. Niat asal untuk tidur di motel-motel yang bernuansa 'backpakers' (nuansa ko.. ) adalah tidak kesampaian kerana tahap ngeri yang terlampau! Hehehe. Servis di Hotel Azam adalah sangat selesa, jangan plak expect suasana hotel 5 bintang atau dengan kata lain, lupakan sebentar sifat-sifat diva anda di sini.

Selesai urusan mendapatkan penginapan, kami menaiki bas ke Tumpat. Niat mau tengok Pekan Tumpat apa yang ada.. tapi sedar2 sudah sampai ke Pengkalan Kubor. Kami diceramah free oleh driver yang asalnya hairan tengok kami tak turun2 dari bas bila sampai ke Tumpat. Masalahnye Tumpat tu pun kitorang tak tau kat mana.. driver pun tak cakap dah smp ke Tumpat. Apa nak buat, jodoh sudah di Pengkalan Kubor, maka layan jer la.. bayar tambang tambahan.. driver bas yg mesra alam itu minta tambahan RM1 untuk tiga orang. Hantam sajalah..



**Adik comel yang punya cerita tersendiri sepanjang menaiki bas
dari Kota Bharu ke Tumpat.


**Sling bag Umie yang bertajuk Batu Keras!
Ibarat azimat cinta la kot pemberian En Suami katanya.


**Signboard ke TISKU Kota Bharu


**TISKU.. taraaaaa! Sker tul aku tengok tulisan jawi ni..


**Umie dan Yong - model ANTM yang tak lepas saringan... hihihi


**Di Pengkalan Kubor, tersadai di pagar sempadan.. mak keletihan noks!


**Perkhidmatan bas dari Kota Bharu ke Tumpat/ Pengkalan Kubor yang
bertajuk City Liner.. motif aku letak gambar ni?? uhikksss..



**Butik Gedik Fesyen.. dah pakai harus la gedik!

**Selamat datang ke Kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor..
harga barang sama jer dengan kawasan tak bebas cukai!



**Suasana di Pengkalan Kubor pada waktu petang.. time ni dah jam 530pm..
sudah sunyi, banyak kedai dah tutup


Lepas balik dari Pengkalan Kubor, pada sebelah malamnya kami merayap-rayap di pasar malam yang ada pada setiap malam di Kota Bharu.. pendek kata setiap malam adalah ada pasar malam.. atau dengan kata lain pasar malam pertama kami di Kota Bharu.. ! Arghhh bab-bab penaakulan mantik ni, aku memang failed! Sila buat-buat faham!




**Umie disamping sotong gelek ? giling ? gilis? Sedap jugak.. buleh layan!

Aktiviti kami pada malam itu adalah meronda-ronda pasar malam dan juga satu pasar malam yang aku rasa terkenal dengan panggilan Pasar Malam Padang Bas , tempat menjual bermacam-macam juadah tradisi Kelantan yang terkenal seperti sotong pulut, taik itik, akok, lompat tikam, ayam percik dan segala-gala yang buleh dipercik.. dan lain-lain... Alahmak, gambar-gambar makanan adalah dalam kamira Umie plak, kalo tidak buleh dah uplod di sini.. jadik sila imajinkan mengikut citarasa anda.

Oleh itu, tamatlah sudah untuk bahagian ini. Bahagian kedua akan menyusul kemudian.. semoga berpuas ati dengan persembahan yang tak seberapa ini.. Sekian, terima kasih, Berjumpa lagi di lain siaran.

Tuesday, March 1, 2011

'Backpack' ke Kelantan..

Entry kali ini adalah berkaitan dengan aktiviti ber’backpacking’ yang telah aku lalui beberapa hari lepas.. bermula dari 23 Feb sehingga 27 Feb 2011. Sangat menerujakan bagi diri aku kerana impian zaman remaja belasan tahun dulu2 akhirnya telah direalisasikan sekarang setelah usia menjangkau 33. Keseluruhan destinasi backpack kali ini adalah sebahagian besarnya di Kelantan iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pengkalan Kubor, Dabong, Jelawang, Jeli, Kuala Balah, Gua Musang , dan berakhir di Kluang. Pengangkutan yang digunakan juga adalah pelbagai dari kapai terbang, teksi, kereta sewa, kereta sapu tak sapu, dan keretapi!

Penyertaan kali ni cuma bertiga iaitu aku, Umie dan Yong, itupun setelah keahlian dibukak kepada rakan2 terdekat, namun komitmen masing2 terhadap keluarga membataskan.. takpa, next time kita cuba lagik! Mak faham noks,bukan senang nak tinggalkan anak2 kecik kat umah dan jugak suami, berhari2 pulak tu. Untuk suami2 yg memahami dan belajar menghargai minat dan kecenderungan pasangan masing2 dalam aktiviti yg sebegini, terima kasih yg tak terhingga. Syukur juga pada Allah yang telah memudahkan segala urusan sepanjang kami beraktiviti kerana agenda semua pun adalah berunsurkan terjah mana sempat disebabkan perancanganpun bersifat ala2.. gitu ! 1st time lagipun, tak tahu nak rancang apa2.. bak kata Umie, draft2 je dulu! Tapi pujian harus diberikan pada Umie kerana dia yang banyak merancang pejalanan nak mula dari mana dan ke mana, aku cuma gurisan mengikut sahaja.. so jangan banyak bunyik!! Yang pasti, sepanjang perjalanan, kami ditemukan dengan orang2 yang baik.. yang sangat senang berurusan dan menyenangkan segala urusan. Mak insaf noks, niat yang baik pasti akan dipermudahkan Allah..

Next entry akan diceritakan dengan lebih lanjut aktviti2 sepanjang backpacking itu..

Thursday, February 10, 2011

Blog, Hobi dan Bla bla bla...

Lama tak menulis di blog ini.. Memang lama.. terakhir aku menulis pada May 2010... giler punyer lama. Alasan aku.. aku sibuk ! Kat opis aku sibuk dgn kerja2, kewujudan FB jugak kadang2* (dibaca selalu) mengalih perhatian aku terhadap blog. Aku buat blog ni dulu bagi memanifestasikan rasa cinta aku terhadap dunia penulisan.. Memang aku ada cita-cita mau jadi penulis.. kurang2 kalo tak setara Usman Awang, Keris Mas maupun Shahnon Ahmad ataupun Abdullah Hussain, koman2 macam Ramlee Awang Murshid pun jadilah.. haaaaa, idola tak menahan kau! Masa tu aku fikir, kalo takat tulis kisah cinta meleleh, konar sana sini... jiwang tiga pat lapis, nangis tungging-tungging mmg tak main la... Masa tu la! Dari kecik2 lagi aku disogokkan dengan novel2 berat hasil penulisan tokoh2 yang aku sebutkan di atas. Novel2 yg memenangi hadiah sastera negara mmg dalam tangan seperti Srengenge, Tulang2 Berserakan, dan macam2 lagik.. Dalam banyak2 tu pada usia aku 6 tahun, aku sangat keliru dengan satu novel bertajuk Keluarga Gerilya tulisan Pramoedya Ananta Toer, sasterawan dari Indonesia... tebal dengan bahasa Indonesia, dah namapun novel Indon, aku pulun jugak baca sampaikan akhirnya akal budak aku time tu mentafsirkan Keluarga Gerilya tu cerita tentang seekor gorila, tapi musykil sampai sudah kerna dalam novel tu tidak ada sebaris ayat pun menceritakan perihal gorila. Bila dah besar sikit usia jengah tingkatan2.. aku baca lagi sekali novel tu, baru la faham... Keluarga Gerilya ni cerita menyayat hati pasal tentang perjuangan, bagaimana hancurnya sebuah keluarga kerna peperangan... jauh beza naaa pemahaman kecik2 aku tentang Keluarga Gerilya, mmg sungguh tiada seekor gorila pun! Heehhehee...

Tinggal dulu cerita novel, skang ni mai part hobi plak.. Orang kata hobi maupun minat ni lama2 bley jadik lupus dan pupus kalo tak diasah.. mungkin kot ada benarnya! Dulu nak tulis apa senang2 ja idea datang mencurah, skang ni dok menung2 sejam pun lum tentu leh tulis sebaris. Menciiii! Mungkin status ibu (salahkan status... lak, kekeekeke) adalah satu penyebab tak dapat melayan hobi2 dengan jitu, anak2 kecil mmg menuntut diladeni dgn sepenuh hati.. usia2 awal pertumbuhan harus begitukan, time ni la apa yg kita ajar dan kita terap akan jadi acuan pada anak2.. OK, satu alasan bagus meredakan galau hati! Hobi buleh dilayan kemudian...!

Monday, May 3, 2010

Balada Jantan Gersang!

Troinggg! Troingggg! Jam 1.25 pagi.. tetiba ada sms masuk. Aku yang terjaga meraba2 dalam kegelapan mencari hp di celah2 bantal maupun selimut.. Dengan mata separa mengantuk gagah jua membaca sms di tengah2 pagi buta.. “ You kat mana ni syg tak smp2 lagi. Lama I tunggu”. Cerah bijik mata aku. Sapa pulak gilababi bersayang2 di tengah malam nih. Memikirkan mungkin insiden salah nombor, aku letak hp kat tepi. Selang je beberapa minit baru nak intro mimpi2 indah tetiba sms masuk lagi. “Why don’t u reply my sms dear?”. Sahhhh! Ni mesti kes serkap jarang tekan sms. Ikut mengena jer ye tak kira sapa. Kalau dah penting sangat takdak maknanya nak dok sabar tunggu bersms, kalau akulah dlm situasi mcm tu, aku call aje. Aku sambung tidur.

Jam 1.35, eh makin rancak pulak sms bertalu2 dengan pelbagai soalan pekak dan yang paling takleh tahan.. “asl pls?” wakakakkakaka! Ini bahasa2 chat zaman dinasor lah. Tadi yo yo o Tanya kat mana dah lama tunggu konon, alih2 soklan asl pls plak dibantainyer. Ini mesti kerja budak2 baru baligh. Bingai! Kerana kerap sangat sms masuk, Rumaisa dan Rasyid pun mula buka mata antara lena dan tidak. Geramnya lah aku baru saja nak tidur dengan nyenyak. Hendak di off kan hp bimbang nanti kalau2 ada panggilan kecemasan di tengah2 malam.. manalah tahu, kan? Hidup ini penuh dgn pelbagai kemungkinan. Dalam tertahan2 mata mengantuk tetiba masuk pulak missed call. Hehhh, ini sudah melampau. Diam seketika tetiba ada lagi panggilan.. cepat2 ku jawap " Hello sapa di sana?” soal aku. Dijawap suara yg sah2 suara budak2 yang ku berani jamin paling tua pun 17 tahun “Saya Iwan… awak sapa?”

“Iwan… mai sini nak habaq. Ni hat hang dok sms ni sebenaqnya mak tiri hang hat baru. Ayah hang tak bgtau ka? “ Tergagap2 dijawap budak yang menamakan dirinya Iwan “Mana ada ayah aku kawin lain, hang bohong…”sempat lg menjawap. “Tanya la ayah hang noooo… jangan dok kacau dah makcik hang nih… Bye2 Iwan. Esok kimsalam kat ayah nooo, kimsalam kat mak hang sekali ” Talian sebelah sana dimatikan tanpa ucapan penutup.

Padan muka!


**Mintak maaf la kat ayah dan mak si Iwan yang haram tak ku kenai.. semoga Iwan pun insaf.