Wednesday, February 10, 2010

Syukur Dengan Diri Kita Seadanya.

Cerita ini bukan dengan niat untuk mempersenda, jauh sekali untuk mengaibkan sesiapa.

Perbualan ini terjadi antara aku dengan seorang penghidap sengau. Sesungguhnya setiap butir perbualan antara aku dengannya sangat2 menginsafkan sehingga terbit rasa syukur kerana aku dilahirkan sempurna.

Beliau adalah bekas rakan sepejabatku beberapa tahun yang lepas, seorang pegawai kanan.. Sekarang berpindah ke bahagian lain. Baru2 ni dia menziarah aku di tempat kerja sementara menanti rakannya yang ada urusan dengan pihak atasan. Memang dari dulu kalau aku berinteraksi dengannya, aku akan memasang telinga sepeka-pekanya takut tersalah dengar, risau mengundang rasa kecil hati. Namun kadangkala tidak dapat dielakkan jua.. seperti insiden nih..

Dia : Nanya amangamar sengang? (Naja apakhabar sekarang? )

Aku : Baik2 aje En. U. En U cemana skarang? OK? Sihat?

Dia : Manyam miaha.. Mos mahu ni onge? (Macam biasa. Bos baru ni ok?)

Aku : Ok sesangat, alhamdulillah. Boss dulu pun ok. Semua pun ok..

Begitulah mukadimah perbualan sehingga berkisar kepada keluarga dan sebagainya. En U mengatakan beliau bakal menimang cahayamata sulung dalam masa terdekat ni. Alhamdulillah.. semua perbualan pun nampak betul saja.

Sampai satu ketika... aku bertanya, tujuan dia datang ke tempat kerja aku di sini? Mesyuaratkah? Urusan2 lainkah..

Dia : Mungan.. mungan mehuhahat. Haya hungu Enyik Hohing. (Saya tunggu… )

Aku : (Dalam skala ramah ) Eh, Cik Noni skang satu bahagian dengan En U ye… ohh tak tau lah pulak dia dah pindah ke sana. Patut lama tak nampak.

Dia : Mungan. Mungan Hek Hohi.. Enyik Hohing (Bukan Bukan Cik Noni………)

Aku : (Start konpius..) Sapa? (Sambil menggaru2 kepala sendiri Aku sudah mula .. rasa bersalah walaupun pada logik akalnya aku tidak melakukan apa2 kesalahan secara moralnya. Huhhhh…! )

Dia : Nanya nyangap metui-metui.. Enyik Hohing. (Naja cakap betul2..... )

Aku : (Lama bertakafakur sambil otak ligat memikirkan apa yg cuba disampaikan.. bimbang kalu salah sebut nanti, mungkinkah En U akan berkecil ati..) dan akhirnye..

” Ohhhhh.. Encik Nordin.. saya ingatkan En U cakap temankan Cik Noni tadi. Apalah saya nih.. pekak betul telinga ni.. Heheehehhe” ujarku menggaru kepala siku yang tidak gatal. Serasa pahit menelan liur. Tidak mengapalah sekali sekala aku menyalahkan telingaku asal perbualan itu nampak seimbang pada akhirnya. Kesimpulannya bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Monday, February 8, 2010

Besday emak yang ke 55

**Gambar emak dicedok dari FB adik aku..


Pagi2 tadi aku menelefon.. menitipkan salam lalu mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran ke 55 pada hari ini buat emak yang tercinta.. Yang sangat2 ku rindui wajahnya saban masa.. Yang sentiasa meniupkan kekuatan ke dalam relung2 hatiku.. Yang selalu membisikkan kata2 hikmah.. Yang sering mendoakan kesejahteraanku.

Sesungguhnya emak, Tiada yang dapat menggantikan tempatmu di dalam hatiku ini. Semoga Allah memanjangkan usia emakku.. Sebelum letak telefon tadi aku suruh emak dengar lagu Permaidani, nyanyian Aris Ariwatan...

Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini...


Ya, emak seperti hamparan permaidani indah yang memberikan keselesaan kepada anak2nya..



** Drama 2 episod sebelum ni ditamatkan atas sebab2 yang tidak dapat dinyatakan di sini... heh heh heh!

Thursday, January 14, 2010

Cerita Tentang Siapa-siapa.. (B)

B, balu yang kematian suami hampir 10 tahun yang lepas. B tidak berputus asa meneruskan kehidupan di samping 6 cahaya mata yang pelbagai ragam dan upaya. B mengharungi kehidupan dengan mengusahakan beberapa bidang tanah peninggalan suami, juga ehsan ipar duai yang tidak berkira. Ipar duai B berada jauh di kota, meninggalkan amanah kepada B untuk menjaga harta pusaka yang ada di kampung, di samping sedikit sebanyak dapat menikmati hasilnya. Walaupun tidak mewah, cukuplah untuk menampung kehidupan sekeluarga.

B mempunyai ramai kawan. Bagi B, selagi tidak memberi apa-apa masalah kepadanya, B akan menerima siapa sahaja. Sebelum ini B juga menoreh, tetapi bila kesihatan tidak mengizinkan B berhenti menoreh dan berehat sahaja di rumah di samping menguruskan anak-anak kerana ada anak B yang bergelar OKU memerlukan perhatian. Di samping dapat memberi tumpuan kepada kesihatannya yang semakin hari semakin terhakis kesan dari kerja keras sewaktu muda dan faktor peningkatan usia. Lagipun beberapa anak B yang sudah bekerja ada juga menyumbang sedikit sebanyak bantuan kewangan kepada B, jadi agak ringanlah beban B.

B mengupah orang untuk menoreh getah dikebunnya. B tidak dapat duduk diam bila kebun yang selama ini dijaga, ditoreh sesuka hati oleh pekerja yang hanya ingin mengaut untung jangka pendek. Jadi penoreh baru pun bertukar ganti. Sehinggalah pada 2008, B mengupah sepasang suami isteri menoreh dikebunnya, R. Awalnya semua berjalan lancar. R tidak dinafikan memang rajin. Selain menoreh B juga mengupah suami R membaiki rumahnya dan lain-lain. Harmoni sekali.

Langit tidak selalu cerah, lama kelamaan B merasa sangsi dengan R kerana beberapa kali terjadi duit ringgit B hilang, kebetulan pula semasa R berada di rumah B. Awalnya B mengesyaki anak-anak jiran, namun B tidak terburu-buru bertindak. Sehinggalah suatu hari, terjadi satu insiden di mana kepercayaan B benar-benar musnah terhadap R. R pula berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Puas B berfikir bagaimana untuk menjarakkan hubungannya dengan R sehinggalah B mendapat idea.

Kebetulan A yang baru menetap di kampung itu sedang mencari pekerjaan. Jadi B memberikan beberapa alasan kepada R yang dikira masuk akal. R pun berhenti dari menoreh di kebun getah B. Tempatnya diambil alih oleh A. Bermula dari hari itu, hubungan B dengan A menjadi rapat. A suami isteri sangat rajin menolong B, dan pada masa yang sama tidak kedekut memberi bantuan sekiranya diperlukan B, sementelah anak-anak B juga berada jauh dari kampung halaman mencari haluan rezeki masing-masing. Jadi anak-anak B senang sekali dengan situasi tersebut kerana secara tidak langsung ada jugalah orang yang tolong tengok-tengokkan ibu mereka.

Selalu juga bila balik dari menoreh A singgah di rumah B, memasak dan mengemas rumah B. A tidak menuntut sebarang upah kerana anak-anak A yang seramai 3 orang selalu berada di rumah B, selain A tidak lokek mengeluarkan belanja membeli barang dapur. B menerima kehadiran anak-anak A yang menumpang berteduh di situ sementara menunggu rumah mereka siap kerana rumah sementera yang ditumpang oleh A tidak sempurna untuk dihuni. Walaubagaimanapun A dan suaminya tidak pula mengambil kesempatan untuk bersenang lenang di rumah B, sebaliknya hanya anak-anak yang ditinggalkan untuk menumpang tidur.

Nyata, keakraban B dan A tidak disenangi oleh R, jadi tersebarlah cerita-cerita yang bukan-bukan dan tidak masuk akal yang diyakini oleh B bahawa ia dimulakan dari mulut R. Tuduhan-tuduhan bahawa suami A adalah penagih dadah kronik sehingga ketahap menggunakan jarum suntikan sengaja untuk menakutkan B. Suami A juga dikatakan telah menggunakan kereta Kancil milik B untuk mencuri beberapa guni sekerap mengundang rasa musyhkil di hati B. Apabila B cuba mencari di mana puncanya fitnah-fitnah itu, mulut-mulut yang bercerita tidak dapat pula memberi fakta yang sahih, semuanya sekadar daripada cakap dengar sahaja. B berpendapat, sangatlah mustahil untuk menyumbat beberapa guni sekerap ke dalam kereta Kancil kerana sudah tentu akan meninggalkan bau dan juga sisa-sisa. Jadi B tidak ambil pusing akan cakap-cakap tersebut kerana B sangat yakin bahawa cerita- cerita tersebut adalah satu usaha untuk mensabotaj persahabatan yang terjalin diantara dia dengan A.

Sehingga ke hari ini, rutin kehidupan A dan B diteruskan seperti biasa. Bagi B, Allah SWT Maha Mengetahui...

Cerita belum tamat..


Wednesday, January 13, 2010

Cerita Tentang Siapa-siapa.. (A)

A, dari mata kasar adalah seorang ibu yang baik, sangat berusaha keras mencari rezeki demi sesuap nasi. Membanting tulang seawal jam 4 pagi di kebun getah. Menoreh sebelum Subuh dikatakan menghasilkan susu getah yang banyak sementelah waktu ini musim daun getah luruh, produktiviti adalah semakin kurang dari hari ke hari. A sama-sama bekerja dengan suaminya. Oleh kerana pendapatan tidak mencukupi, A menoreh di beberapa kebun getah yang berbeza.

A juga seorang anak yang sangat bertimbangrasa, sanggup meninggalkan kesenangan hidupnya di negeri paling Utara tanahair.. memujuk suami balik ke kampung halaman demi menjaga ibu yang sakit, juga ayah yang sedang uzur. A bertindak demikian kerana selama ini adik beradiknya yang lain yang selama ini tinggal berhampiran dengan ibu bapanya seperti tidak mempedulikan untung nasib kedua ibu bapanya. Manakan tidak, walaupun rumah anak-anak cuma di seberang jalan, namun lalang di halaman rumah ibu bapa sudah setinggi kepala tidak bertebas, sampah sarap bertaburan tiada yang mahu membersihkan. Makan minum tidak dipedulikan. Sedih dengan keadaan itu, insaf dengan kedaifan ibubapanya, A sekeluarga berpindah ke rumah ibu bapanya.

Betul, Allah sentiasa melorongkan rezeki kepada insan-insan yang berbuat baik kepada ibu bapanya. Tidak berapa lama kemudian, A dikurniakan rumah bantuan kerajaan dikenali sebagai Rumah PPRT. Sementara menunggu rumah siap, A menjalani rutin biasa di rumah ibubapanya, menguruskan kehidupan mereka sekeluarga. Makan minum, kesihatan dan kebersihan terjaga. Walaupun keadaan ibunya semakin uzur.

Konflik tiba bila ayah A mengurniakan sebidang tanah kepada A, untuk A dan suami mencari rezeki. Penghargaan barangkali kerana pengorbanan A meninggalkan kesenangan hidupnya dan balik mengharungi kesusahan bersama-sama mereka. Malangnya, adik-beradik A tidak bersetuju. Dengki dan hasad berlumba-lumba di dalam diri mereka. Iri dengan keistimewaan yang diberikan oleh si ayah, maka bermulalah episod-episod duka dalam diri A. Salah seorang abang A adalah tukang rumah yang diamanahkan oleh kontraktor untuk menyiapkan rumah projek PPRT tersebut, kerana sakit hati, abang si A menarik diri dari menyiapkan rumah tersebut. Tinggallah rumah trebengkalai, namun masalah tersebut selesai bila kontraktor utama cepat mencari pengganti. Abang yang seorang lagi pula kebetulan baru pencen dari pasukan keselamatan, balik ke rumah ibu bapa tersebut dan menuntut rumah yang dihuni oleh ibu bapanya dengan alasan semasa pembinaan dahulu, beliau juga ada menyumbang beribu-ribu ringgit. Hendak tidak hendak, terpaksalah si ayah menurut kata, bila tenaga sudah tiada.. hilang daya upaya. Anak-anak yang tidak mengenang budi mula pijak kepala. Pada masa yang sama, si ibu juga kembali ke rahmatullah. Bertambah sedih si A. Kemuncaknya A sekeluarga dihalau keluar dari rumah tersebut.

Mujur ada orang kampung yang sudi memberi tumpang kepada mereka. A tinggal di rumah kosong milik seorang penduduk yang bersimpati. Dan A meneruskan rutin biasa, bekerja mencari rezeki menampung kehidupan mereka sekeluarga. Namun malangnya, A dilarang dari menziarahi ayahnya oleh adikberadik yang berkuasa. Ayah yang sangat uzur tidak berdaya hendak membantah kehendak abang-abang A. Tinggallah A berendam airmata, hanya mampu menzahirkan kasih sayang kepada ayahnya dari kejauhan. Selama ini dia yang menjaga makan minum dan pakai serta kebajikan ayahnya tentulah amat terasa dengan kekangan-kekangan tersebut. Sekali sekala bila dapat berjumpa, masing-masing meluahkan perasaan...

Anak-anak yang bodoh dan ego pula mendabik dada dengan kemenangan mereka, lupa bahawa hati naluri ayah yang sudah uzur dahagakan kasih sayang dari tangan anak-anak yang benar-benar ikhlas menjaganya, bukan kerana sekeping tanah atau duit pencen atau sebagainya..

Sadiskan, ini bukan drama swasta! ** Sambung nanti.... **

Tuesday, January 12, 2010

2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Oleh kerana terlalu banyak benda yg nak dicerita sehingga ke tahap serabut dan berselirat, sedar tak sedar takde satupun entry dalam blog aku pada bulan Januari 2010 ini.. Tinggallah blog ini sunyi sepi berabuk dan bersawang..

Insya allah sehari dua lagi, akan kembali seperti biasa.. Oh ye, selamat tahun baru untuk semua.



Wednesday, December 9, 2009

Serai dan Jaskow





Serai ini dijual di JJ Taman Ekuin..

Tengok pada item di mesin pengimbas itu serai ni jadiknye English Parsley, tapi bukan itu yang menjadik isunye... wat aku dengan Zikri ternganga ialah harganya yang sungguh kebaboooom.. pastu tidak dapat menahan gelak. Kalo lah 3 batang serai semahal itu harganye, pasti sekarang orang pakat2 berebut tanam serai.


Pendek kata senarionye mcm harga getah tengah melambung tinggi tahun lepas iaitu sekitar RM4.50 sekilogram.. memang orang kampung yang kerja menoreh getah tersenyum panjang setiap kali menjual hasil torehan mereka. Mau nye tidak, dalam 3-4 hari menoreh.. hasilnya paling kurang RM1K++.. itu kalo kebunnya sekangkang kera.. kalo berkangkang-kangkang kera.. cemana? Mestilah lagi lumayan.


Berbalik pada cerita serai tadi, semoga JJ Taman Ekuin dapat lah membetulkan kesilapan teknikal yang berlaku kerana dikhuatiri ada yang terkena sakit jantung semasa sedang seronok2 bershopping di sana gara2 harga serai yang tidak masuk akal.





Apapun shopping di JJ memanglah best... kalo duit banyak, berganda2lah bestnya.. Heheeheh.


Friday, December 4, 2009

I Dah Bley Drive Tau!!

Yeyehhhhhh.. buleh pegang stereng!



Jom.... nak ikut tak?




Ini adalah gambar Rumaisa yang terkini. Sekarang dia sudah dapat kaki... jalan sana sini! Kalau dalam kereta, istilah 'gila stereng' sesuai la kot untuk dia..



Semoga anak emak membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Menghormati ibu bapa, kaum keluarga dan masyarakat. Aminnn...

Monday, November 30, 2009

Gaduh Laki Bini.




Alamak.. tajuk tak hengat. Nak kata takde kene mengena dgn aku.. tipulah! Tapi entry ni sempena menjawap pertanyaan seorang teman yang sedang menghadapi saat2 perang dingin dalam rumahtangga... pepagi lagi SMS masuk dengan soklan cepuplatinum " Ko pernah gaduh dgn laki tak?"


Okfos la bebeh! Rumahtangga ni banyak dugaan.. saat manis zaman bercinta pun kita leh gaduh dan bertengkar lintang pukang segala.. apatah lagi dalam berumahtangga. Tetapi rasanye bila sudah berumahtangga, rasanye tahap gaduh itu sudah mencapai satu fasa gaduh dengan matang even ada tindakan2 dalam pergaduhan itu yang tidak berapa matang. Itulah realitinya.. sebab setiap yang bernyawa dan hidup sama2 pasti ada benda yg mendatangkan persoalan.. pertikaian.. perdebatan. Senang cerita, kehidupan berumahtangga realitinya bukan macam dalam filem2 cinta meletup ala2 Hindustan yang laki bini bley menari pusing2 padang bergolek turun bukit bukau 24 jam tanpa sebarang masalah! Semuapun nampak hepi ajeee.



Tinggal lagi samada impak pergaduhan itu membawa kesan positif or negatif, masa yang menentukan. Ada masa pergaduhan mahupun pertengkaran terjadi kerana satu pihak gagal menerima mesej yang disampaikan secara aman damai, pendek kata kalo cakap elok2.. tak lut! Jadi pergaduhan adalah sebagai jalan keluar untuk menyatakan sesuatu dengan tegas dan jitu, padat dengan efek2 boleh ditafsirkan dengan mudah oleh pasangan berbanding kalo disampaikan secara lemah lembut diiringi dengan elemen sabar sabar sabar...





Itulah saja jawapan aku. Agak2 Fadzilah Kamsah nangis tak kalo baca tulisan aku ni?

Monday, November 23, 2009

Aku dan Sesuatu..

Hari ini aku ada melakukan sesuatu.. sesuatu yg pada dasarnya salah.. tp aku tidak ingin meminta maaf, juga tidak ingin merasa bersalah. Namun aku tidak berbangga melakukannya, aku cuma menurut kehendak hati dan naluri, kerana ia adalah sesuatu yg aku inginkan pada waktu ini.. Aku tidak menyalahkan siapa-siapa atau cuba untuk membandingkan kecil besar kesalahan orang lain demi untuk menidak2kan tindakan aku itu yang bersalah itu.

Yang pasti.. aku puas ati! Hik hik hik hik!!


Thursday, November 19, 2009

Ikan Bakar Lemon

Sudut A - alamak! gelap plak...



Sudut B - pencahayaan sempurna... hikhik. Poyo!

Jelita tak rupaparas ikan bakar ni ? Hasil pembikinan Zikri... aku tukang makan ajeeee!