Friday, July 18, 2014

Entry rojak



Ni tulisan rambang.

Perkara pertama :  Aku ni pandai menulis je, bukan pandai sangat nak bega-bega rupa paras blog.  Sekali dah membega entah apa yang ditekan sampai taktau dah nak setting balik celah mana nak bagi normal semula.  Now dah rupa OKU dah blog ni... entry ada di sana sini.  Aku tengok sendiri pun pening. Tunggu nak clear sehari dua lagi.. buat masa sekarang kawan yang nak tolong secara sukarela tu tengah bizi buat kuih raya. Maka kenalah tunggu masa dia betul-betul free.  Hehehe.. 


Juga selamat berpuasa untuk semua.  Sebut pasal Ramadhan, mak rasa haibat juga tahun ni punya Ramadhan sebab belum sekalipun menjengah ke param beli juadah di sana atas beberapa faktor yang selalunya menjadi faktor kepada orang lain jugak untuk membataskan diri ke param.  Sebab mahal, sebab tak banyak makanan sedap ( nak cari yg sedap tu susah), sebab selalu dapat makanan basi, sebab taknak bersesak-sesak dan pelbagai macam lagi.  Juga sebab utama, sudah ada bibik yang cekap memasak di dapur. Hehehe.  Aku sangat berterima kasih dengan bibik Sumini kerana melancarkan perjalanan Ramadhan kami sekeluarga kali ni.  Alhamdulillah.  Semoga Allah membalas jasa-jasanya.


Itu saja..

Friday, June 27, 2014

Sesak nafasku





Pagi tadi hala nak datang kerja turun lif ada sorang lelaki masuk lif sama-sama.  Mungkin kerana cuaca panas dan kuat berpeluh  bau ketiak dia buleh tahan walaupun di pagi hari.  Aku bernafas pelan-pelan untuk meminimumkan sebanyak mungkin tersedut bau ketiak dia.  Tapi tak berjaya.  Sederap nafas ku ambil maka disedut bersama bau yang tak menyenangkan itu, mungkin terlupa pakai deodoran.  Bukan.. bukan aku nak hina bau ketiak dia.  Pada pendapatku masalah ketiak berbau ialah masalah global dan menjadi rahsia umum bagi kebanyakan orang.  Mungkin tak pernah ada sesapa bagitau ketiak dia berbau puaka kalau berpeluh.  Selalunya pun orang (termasuk diriku) memang sanggup hidu bau ketiak rakan sebelah, sambil berpura-pura menipu diri sendiri menikmati bau haruman syurga daripada bercerita hal sebenar kepada tuan empunya badan.  Yang kuat semangat saja sanggup pi cakap ketiak kawan dia busuk kepahit-pahitan.. moralnya sila tonyoh deodoran sebelum ada yang terbunuh.

Sambung cerita awal pagi tadi.  Sampai ke pintu kereta, cepat-cepat aku sedut inhaler asthma.  Salur nafas rasa ketat. Terbatuk-batuk sambil whatsapp boss mohon pelepasan sejam sementara nak reda batuk-batuk dan bernafas normal seperti biasa.  Setahun dua  ini paru-paru aku memang super sentap dengan bau-bau kuat yang mencucuk.  Bau rokok, bau kasut atau stoking yang lembab dan lama tak berbasuh , bau hancing yang melampau, bau kebanyakan perfume  dan entah apa-apa lagi.  Semua bau-bau itu kalau tersedut memang automatik akan bawak aku  ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.  Bau air freshener dalam bilik pejabat akupun telah lama dimatikan masa zaman dok mengandungkan si Rahman, termasuk bilik boss aku.  Tahap serius juga rasanya sampai klinik gomen kat Presint 3 yang aku dok pi tu bagi temujanji  hospital untuk  buat ujian bagi mengesahkan samada aku mengidap COPD. COPD is chronic obstructive pulmonary (PULL-mun-ary) disease.  Harap-harap tak adalah sampai ke peringkat tu.  Sekarang agak terkawal.  Alhamdulillah. Sebab tu kalau lepas EnWTT merokok samada di balkoni rumah atau sewaktu berpergian (ecehhh.. berpergian le sangat) aku akan ingatkan dia.. berkumur banyak-banyak, basuh muka, basuh tangan.  Sekali nampak memang cerewetnya bini, tapi demi nyawa aku okey. Aku tak kisah orang lain tak sayang nyawa aku, tapi aku memang sayang nyawa dan kesihatan aku !  Eh, macam keluar tajuk pula, kekeke. Takler..  Titik.  
 



Gambar sebagai hiasan duniawi dari webpage http://www.aaaai.org/

Thursday, June 19, 2014

Pokok bunga pukul sepuluh






Seingat aku, sedar-sedar dunia ni aku selalu tengok pokok bunga pukul sepuluh.  Tapi pada masa itu pandang sebelah mata sebab masa sesi memandang tidak disertakan dengan penghayatan penuh.  Jadi tak nampak di mata cantiknya, tidak sedar di mana uniknya. 

Sehinggalah bila usia meningkat 36 ni, tatkala proses pereputan pun semakin sinonim dengan usia tetiba mak menggilai pokok bunga pukul sepuluh ni.  Dulu seronok tengok bunga takat kalau pi Cameron Highlands tu borong jugak le bunga ros dua tiga berkas balik letak dalam pasu.  Letak Panadol  dalam pasu bukan kerana ia sakit kepala tapi sebab dapat ajaran sesat entah dari mana kalau nak bagi pokok dan bunga ros tahan lama bagi ia makan Panadol.  Tapi memang tahan jugak la, tahan layu seminggu.  Sekarang ni tahap gila naik setingkat, gila tengok dan gila nak beli.  Tapi tiada niat nak tanam pokok bunga rose sebab berduri.  Tiga empat kali jari tercangkuk duri pokok bunga ros memang menyakitkan hati. 

Berbalik pada cerita pokok bunga pukul sepuluh tadi, EnWTT telah sudi membelikan anak-anak pokok ini di nursery di Kajang sana.  Tiga anak pokok dengan warna berbeza berharga RM10.  Ada juga yang aku pujuk-pujuk tokey nursery tu bagi free.. Haha.  Jadi dapatlah beberapa warna yang sekarang dengan cantiknya menghiasi balkoni.  Balik rumah, Sumini rajin membega pula maka hasilnya sungguh la memuaskan hati.  Tapi untungnya pokok bunga pukul sepuluh ni senang sangat nak idop. Cucuk la celah manapun dalam pasu-pasu lain menumpang hidup, pasti ia akan tumbuh subur

Selain daripada orkid, pokok bunga pukul sepuluh ini menjadi penyeri.  Sekian, entri rengkas.. bukan nak cerita sangat sebab nak kongsi gambar bunga je.. ;)  Sapa nak benih pokok bunga pukul sepuluh ni (especially rakan2 sepejabat** - sebab dekat, bolehlah mintak ye jangan segan-segan)


Sekian, terima kasih.