Itu adalah perasaan aku pada ketika ini..
Kalo di rumah aku suarakan rasa boring aku.. Zikri akan kata "Bacalah Quran".. aku tak tahu ikhlas @ tidak tapi selalunya suruhan seperti itu akan disertai dengan senyum leret panjang.. nak nak plak time tu tengah kusyuk tawaduk mengadap tebesyen.. konpomlah menyindir. Tapi tu la hakikatnyer suami isteri... sapa lagik nak perli @ kenen2 kita kalo tidak pasangan sendiri.
Dan, bila dia capai rokok nak gi 'charging' kat beranda.. aku akan menghantar dengan pandangan yang dia sendiri bley tafsirkan - i hate smoker! - dan selalunya dia akan cakap "boring" walopun tidak ditanya.. pada ketika ini aku akan memulangkan balik apa yg dia selalu cakap "Bacalah Quran kalo boring. Bukannyer merokok" dan tentu senyumnya meleret lebih panjang berbanding ketika dia senyum semasa menyuruh aku baca Quran.
1 comment:
hakhakhak...zasss jer. janji bahagia.
Post a Comment