Nak share dengan kengkawan semua, semalam tengok National Geographic, kisah kejam yang terjadi di Rawalpindi.. daerah pedalaman Pakistan. Citer pasal Zahida Parveen (bukan Zahida Rafik ok) wanita Pakistan yang diseksa dgn kejam oleh jantan yg bernama suami. Dituduh berlaku curang, suami yang tebal dgn fahaman fundamental Islam yang songsang telah memotong telinga, mengerat hidung dan mencungkil keluar 2 bijik matanyer tanpa rasa belas kasihan.. masa tu Zahida sedang mengandung 3 bulan. Alasannyer sebagai suami dia berhak menghukum isterinya isterinya dengan apa saja cara.. Itu adalah haknya. Dan isteri bagi depa adalah lembu.. keldai.. kambing dan harta yang boleh dibuat sesukahati. Isteri adalah hamba.. ! Isteri hanya tinggal di rumah tak boleh keluar, dinafikan hak belajar.. bersuara dan membela diri. Haiyooooooooo...
Zahida terselamat, kisahnyer tersebar ke seluruh dunia. Dan dia satu2nye wanita yg berjaya menyeret suaminye ke muka pengadilan sedangkan beribu2 lagi wanita senasib dengannya tinggal tidak terbela.. dinafikan hak mereka oleh sistem yang tidak memandang wanita sebagai individu tetapi sebagai harta yang boleh diperbuat apa saja. Tetiba aku terpikir apalah nasib2 wanita2 Malaysia yg bley jatuh hati dgn Mat2 Pakistan yang dok usung karpet jual merata kg. Di sini berlagak baik, balik Pakistan esok... lebih teruk dari hamba jadiknyer. Simpang malaikat 44 jadi kat keturunan + adik beradik aku!
Dan.. oh ye, jantan yg paling kejam itu yang bernama Mehmood Ikbal.. pada aku patut dihukum seberat2nyer bukan setakat penjara 14 tahun kerana selain dr selain dari kejam dia sudah menconteng cat hitam kepada institusi perkahwinan dan jugak kesyumulan Islam itu sendiri. Orang2 macam inilah yang menyebabkan Islam itu nampak ganas.. terkebelakang.. ortodoks. kejam dan menindas! Memang babi sial punyer laki!
1 comment:
Ya Allah kejamnya laki dia...kejam dari binatang kesian dgn Zahida Parveen ni kan
Post a Comment