Tuesday, April 12, 2011

Cerita tentang punch card, pintu dan sarapan pagi.. :)

Pagi ni siap awal-awal pagi dengan tujuan mai awal ke opis, jadi tidaklah terkejar-kejar pandu kereta cilok sana sini semata-mata nak kejar punch card. Aku pilih WP2, jadual kerja yang memberi pilihan kepada kakitangan kerajaan untuk menguruskan masa kerjanya mengikut kesesuaian masing-masing. Sila rujuk jadual di bawah ( Hehehe.. siap jadual ko, yang ni harus ada fakta) Fleksibel kan ? Jadi yang sibuk hantar anak ke taska, sekolah pepagi tidaklah terbabas merah di punch card nya.

(WP)

Hari

Waktu

Bekerja

Waktu

Rehat

Waktu

Bekerja

WP1

Isn - Kms

7.30 pg – 1.00 ptg

1.00 ptg - 2.00 ptg

2.00 ptg - 4.30 ptg

Jumaat

7.30 pg – 12.15 tgh

12.15 tgh - 2.45 ptg

2.45 ptg - 4.30 ptg

WP2

Isn - Kms

8.00 pg – 1.00 ptg

1.00 ptg - 2.00 ptg

2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat

8.00 pg – 12.15 tgh

12.15 tgh - 2.45 ptg

2.45 ptg - 5.00 ptg

WP3

Isn - Kms

8.30 pg – 1.00 ptg

1.00 ptg - 2.00 ptg

2.00 ptg - 5.30 ptg

Jumaat

8.30 pg – 12.15 tgh

12.15 tgh - 2.45 ptg

2.45 ptg - 5.30 ptg

Jadual 2: Waktu Bekerja Berperingkat di Agensi Kerajaan Persekutuan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Berbalik kisah tadi, sampai di pejabat tekan lif dan terkejar-kejar ke pintu , waktu untuk punch card tinggal lagi 3 minit.. memang sempat sangatlah. Sampai di pintu, aku touch pass keselamatan di pintu, tergedik-gedik. Pintu tak jugak bukak, sistem down kot. Atau pass keselamatan aku yang bermasalah ? Berkejar ke pintu yang satu lagi, touch jugak lagi sekali pass keselamatan, pun tak dapat bukak jugak. Cemas sudah. 2 minit lagi, mesin punch card akan bernyanyi menandakan jam 8. Lalu pantas dail henpon, mau mintak tolong rakan sepejabat buat kerja haram, tolong punch card. Hehehe. Secara prinsipnya memang salah tapi kalo dalam keadaan darurat begini, halal la kot tindakan aku. Aku bukannya lewat, cumanya pintu itu yang memisahkan aku dengan mesin punch card. “ Ala Naja, pintu tu memang takleh bukakpun pagi ni. Rosak. KakRos dok sarapan kat kantin ni.. moh le sini ?” sayup-sayup suara KakRos di telinga aku. “Abis KakRos punch tak ?” “Tak le, cemana nak punch.. nak masukpun tak boleh!” dan oh, bukan masalahku sorang!

Pendek cerita, hari ni dalam sejarahlah tak pernah-pernah aku lepak sarapan di kafe sejak dari 2005, pagi ni dengan duduk santai minum teh dan makan roti canai telur sambil bersembang-sembang, bersarapan dengan kadar lepak-lepak pada waktu kerja ketika jam menunjukkan 8.30 pagi. Terasa sangat pelik! Selalu pagi-pagi, aku, KakRos dan kak Ziyah berjemaah pergi kafe beli bungkus dan laju-laju naik makan di pantry opis kami.

Pada jam 9 pagi barulah kami dapat masuk ke bilik masing-masing apabila sistem pintu automatik siap dibaiki. Alhamdulillah…


5 comments:

umieliza said...

wah.. i like.. suspen giteww

Anonymous said...

K naja tu pintu sebenar atau sekadar hiasan..hihihii...
ris...

Naja said...

umie - cardiac excercise, i pun laik!

ris - hiasan semata. tak koser nak g snap gambar pintu tu.. tapi sistem keselamatannya hampir samalah.. touch-touch gitu! hehe

marshmallow said...

hehehe..mmg gempak la kak...

Naja said...

Intan Tengah - leh buat drama sebabak! hehehe