Friday, April 1, 2011

Menonton Sucker Punch!!



Dua hari lepas gi tengok Sucker Punch. Aku taktau nak cakap citer ni cemana.. nak kata best sangat pun tidak, tak best pun sangat pun tak jugak.. buleh laaa mengisi malam-malam yang bohsan. Kalo tak bohsan jangan pi tengok cerita ni.. buat aktiviti lain yang lebih berfaedah bersama suami dan anak-anak ya kengkawan….

Sucker Punch cerita separa fantasi mengenai Baby Doll yang lari dari kekejaman bapa tirinya selepas kematian emaknya, tapi tak berjaya kerana ayah tirinya lebih cekap dan dia disumbat ke dalam hospital mental yang bersifat 2 in 1, yang mana pada sebelah malam hospital ini beroperasi sebagai tempat hiburan untuk golongan atasan di mana pesakit-pesakit mental tadi dilatih untuk menjadi pompuan-pompuan cabaret oleh Madam Gorski.. adehhh, aku nak tulis pun mental!

Selepas tu Baby Doll mula merancang untuk melarikan diri daripada bapak ayam yang kejam bernama Blue bersama rakan-rakannya iaitu Blonde, Amber, Rocket dan SweetPea yang senasib dengannya dengan mendapat petunjuk bagaimana untuk melarikan diri melalui tarian yang dia persembahkan. Gitulah kekdah.. ! Babak-babak ni lebih bersifat fantasi seolah-olah ‘video game’ kerana ada lawan-lawan pedang, lawan robot-robot, naga dan askar-askar zombie dan ntah apa menatang yang agak seram-seram gitu.

Di akhir cerita agak sadis, Blondie dan Amber telah ditembak mati oleh Blue kerana dianggap mengkhianatinya dan Rocket terkorban ditikam oleh tukang masak semasa misi mencuri pisau, Baby Doll masih terperangkap di sana dan hanya SweetPea yang berjaya keluar. Eh ntah la, taktau nak cerita cemana.. hihihii! Aku bagi 2 bintang + 1 bintang serpih2 untuk cerita ni… best dan tak best adalah sama banyak!

Watak utama Baby Doll harus la menyerlah sebab dia heroin kan, tapi bagi aku watak Rocket adalah lebih berkarektor kerana dia mcm banyak konflik dalam diri dia.. dan ada tapi jugak lagi, lagu popular Eurythmics, Sweet Dreams yang dimainkan di awal cerita adalah sangat menusuk kalbu! Ohhh..

6 comments:

umieliza said...

cam best jer nih.. hmm mau terjah jugak ler.. tp tunggu lepas exam.. eh.. bukan ka katanya mau nonton *** dlm botol..camner bleh jd sucker punch lak

Naja said...

titik-titik dlm botol tu dah abis tayangan di waktu malam.. siang je ada! pasrah tapi best jugak la citer sucker punch tu kalo sapa minat lawan2..

mya said...

sucker punch tu cerita imaginasi la ek kak..
kalau semua masalah blh diselesaikan dgn imaginasi, pasti semorang kaya raya kan.. :D

Naja said...

mya, tu la.. kalo leh setel dgn cara berimaginasi aku haram tak nak lawan2 tu..

tak nonton sucker punch pun selalu dok imajinasi memacam... tih tih

marstories said...

hehehe..aku suka review hang naja..tapi citer yang hang tengok ni, aku x suka..kihkih

Naja said...

marini - yang penting hang suka aku! kekeeke