Sunday, May 1, 2011

Cop Mohor!


Rumaisa ini anak yang keras hati. Manja tapi brutal. Suka bersendirian, buat hal sendiri. Rasyid pula hati kapas. Manja juga dan sensitive pula. Suka menempel dengan sesiapa saja dalam rumah ni terutama dengan kakaknya. Sudah sifat kakak, pantang adiknya mau bergesel kalau sudah tahap rimas memang didebiknya Rasyid. Aduih!

Ni kejadian semalam dua beradik ni main macam-macam bersama-sama. Rebut bola. Rebut mainan. Rebut robot. Rebut itu ini. Sampai satu peringkat, dua-dua berebut nak naik sofa yang sama. Sofa empat segi, adik-beradik sofa L. Rasyid walaupun baru setahun tapi tenaganya kuat. Berebut dengan kakak siapa dulu mau naik. Kakak rasa tergugat. Terus ditolaknya Rasyid ke tepi. Rasyid terjatuh. Hidung dan pipi tersagat di tepi meja kipas. Semuanya terjadi dalam sekelip mata. Tak sampai seminitpun.

Hidung Rasyid sedikit berdarah dan lebam-lebam. Kakak tengok dengan penuh penyesalan. Bila Rasyid menangis, kakakpun menangis sama. Selepas itu cepat-cepat ambil botol susu untuk memujuk Rasyid. Dua jam jugak kakak tidak bercakap, hanya diam menyesal barangkali. Rasyid selepas itu oke macam biasa emosinya kembali ceria tetapi sudah bertampung-tampung muka Rasyid.

Nak marahkan si Rumaisa pun tak boleh, cuma pesan dengan dia berkali-kali jangan tolak-tolak adik. Main elok-elok. Rasyid sayang kakak, kakakpun kena sayangkan Rasyid. Hari-haripun cakap. Betullah kot cakap Dr Fadzillah Kamsah, berpesan sesuatu kepada anak-anak sekurang-kurangnya kena ulang benda yang sama sebanyak 500 kali untuk anak-anak baru lekat masuk dalam kepalanya. Aku rasa aku baru buat tak sampai lagi 30 kali. Ada lagi 470 kali lagi.. hahahaha! Kena sabar tahap dewa ni.

Normal kot kan? Sedangkan yang dewasa punya akal dan fikiran pun gaduh-gaduh sampai terbang nyawa. Anak-anak kecil ini apalah yang dia reti. Cepatlah membesar anak-anak sayang. Emak sayang kamu berdua, sama rata !

6 comments:

emak. bukan penari tiang said...

kesian rasyid !

baru tadi bincang dengan mrboss pasai ni! gila cuak affan kecik lagi, dah nak ada adik..dah la otak tu slalu imaginasi dia tu otromen..satgi duk imaginasi adik tu botjiya, wajib dijulang dan dihempas, naya!

rumaisa kakak, kira soft gak la kan? ada rasa simpati kat adik gak..lps tgk adik menderita, kira ada rasa menyesai la gak..haha! comey!

affan ni tengok baby laen pun tak mau! mati aku, kak!

AMIRZA said...

xpa naja... dia akan faham lain kali... smg rasyid cepat sembuh ya... smg dua2 jd anak soleh n solehah....

umieliza said...

sian rumaisa.. sian rasyid.. tp ok la.. atleast.. dua2 dapat pengajaran. proses nak blajar berkompromi.. luv rasyid & rumaisa.. muah..muah..muah

Naja said...

Raina, tu la esok leh tengok cemana affan gomoi adik dia. harapnya pas dapat adik terus affan jadi 'lelaki ini'.. macho dan gentleman. hehe

miza - beigtulah harapanku.

umie - betoi tu, kesian kedua-duanya. hehe

Fuuhhhh la la ..... said...

ehehhehe adik beradik tak gaduh tak sah le naja.... dah nama pun budak2 kan...ehehhehe... insya-allah besar skit nanti cim mai faham le kasih sayang kakak n adik nih.... cian rasyid... cepat2 letak minyak kasi kering skit luka tu ......

Laxmi said...

aku baru dan nak belek blog hang naja.. huhuhu sadisnyer tengok muka rasyid.. budak2 naja.. kenot escape.. lagi2 jenis tak bole nak share.. i hv to rascals at home!!! sama cam cik mai n rasyid.. huhuhu