Thursday, May 12, 2011

“Jangan marah, tumpang makan sikit saja…”

Pagi tadi. Jam 3.15 pagi. Aku bangun nak buat susu Rasyid dan Rumaisa. Malas buka lampu kerna cahaya samar-samar dari luar pun dah cukup menerangi suasana dapur. Elok sampai di tengah-tengah rumah tetiba dengaq bunyi zapppppp.. pintu peti ais ditutup ( Aku cam bunyi tu sebab sudah beratus-ratus kali aku dengar bunyi yang sama bila aku bukak tutup peti ais. Dah boleh hafal. ) dan selepas itu diikuti oleh bunyi tudung periuk terpelanting ke lantai. Cuak jugak. Jenguk tengok adik aku yang tido depan TV, elok saja dia di situ dah lelap pun. Bibik kot, bangkit sahur barangkali kerana sudah jadi amalan dia berpuasa Isnin dan Khamis. Tanpa rasa takut, akupun terjah ke dapur tapi tak ada orang. Dalam samar-samar cahaya tu aku nampak tudung periuk yang aku buat tutup baki lauk dalam kuali tu elok landing kat atas lantai.

Tanpa syak apa, dok bersangka baik walopun ada rasa seram jugak, akupun tundukla nak angkat tudung periuk tu balik, tetiba macam ada sora seperti di angin lalu berdesir-desir, cam berbisik-bisik lembut di telinga aku “Jangan marah, tumpang makan sikit saja…” huhuhuhuhuhuhu. Copot jantung mak oiii. Tak berani nak kalih belakang, tegak badan tangan capai suis lampu. Cerah sudah. Cepat-cepat buat susu untuk anak-anak, tutup lampu dan terus jalan ke bilik. Dalam hati aku ni dok berdialog sorang-sorang, dok kata janganla ikut aku masuk bilik plak. Tetiba lagi sekali ada macam suara bisik-bisik “ tak lah, sampai sini saja…” apa lagi laju aku pulas tombol pintu masuk duduk sengap. Abis bagi anakanda berdua tu minum, aku yang terkebil-kebil takleh tido sampai jam 5++

Dalam rumah aku ada apa sebenarnya ? Ingatan aku balik ke kejadian-kejadian lebih kurang tiga minggu lepas. Ada beberapa malam, anak-anak aku asyik gelisah tido malam. Rumaisa plak tiga malam berturut-turut tengah tido tetiba buleh bangun dan meraung sekuat-kuat hati. Pujuk tak makan. Bagi susu tak nak. Pastu buleh pulak, tengah-tengah jerit tergolek-golek, aku baca surah Ayatul Qursi kat dia ulang tujuh lapan kali.. last-last dia berhenti nangis dan terpisat-pisat pastu gelak-gelak macam takdak apa yang berlaku sebelum tu, sambung tidur balik dengan nyenyak sekali sampai terkulai kakitangan. Celah-celah tu EnWTT pi outstation, tengah-tengah malam ada bunyi orang lempar-lempar barang di luar bilik. Benda jatuh-jatuh ke lantai. Nak sedapkan ati, aku anggap la bibik yang dok buat kerja kat luar sebab tido tak lena. Tanya dengan bibik, dia pun nak sedapkan ati sendiri dok anggap aku yg dok kat luar tengah mengemas. Kejadah apa nak mengemas tengah-tengah malam buta kui 1-2 pagi. Benda-benda macam ni, lama-lama sekali dia mai jugak. Ingat ka takdak dah.. haihhhhhhh!

9 comments:

AMIRZA said...

hayoooooooo... seremmmm... huhuhu

emak. bukan penari tiang said...

tikuih kot kak naja...

kataku cuba menyedapkan hati sendiri

kahkahkah! aku penakut, ok? mau kata aku dah pengsan lama dah!

Naja said...

Miza - tak tahan daulat.

Raina - kalo tikuih, nak gak la kaknaja tau sapa cikgu dia sebab pandai berbisik.. kekekeke

Fuuhhhh la la ..... said...

seram aih bulu roma k.nora baca entry ko nih.... pasang jelah cd al ruqiah tu naja.. selain kedamaian dapat gak halau benda2 yang tak dijemput tu... mudah2 an...

emak. bukan penari tiang said...

sungguh gak la..

terror la plak tikuih kalau buleh bisik2..

kak naja, hang pindah la!

wah! terus suh pindah..macam pindah rumah tu benda enteng! haha

tak pun hang jawab..tak pa aihhhh makan la nak makan banyak punnnn...memang aku masak bagi kat hang lebih ni..

berani?

:P

june said...

Naja.. aku baca pun bulu roma aku dah menegak.. banyak kan baca yasin k.. buat lah air pastu siram kat keliling umah...

emak. bukan penari tiang said...

kak naja..hang hantaq la entry ni kat peej burhan untuk expose mistik malam jumaat dia..

Afifa Suib said...

seereemmm tuh kaq..hehe...kiter ni pown bace jer dh takowt giler..btol kew bende nieh...

Laxmi said...

najaaaaaaaaaa.. aku baru baca entry nih.. NO COMMENT beb.. kalo aku dah jadi mental kot!!! ko memang strong!!! huhuhu