Dari mana aku nak start ni ? Orang dok kalut pasal puasa, nak sambut raya, aku nak cerita pasal benda lain. Nak cerita jugak jugak tapi bab ni takdak mukadimah. Cerita terus sajalah. Semalam singgah Alamanda, beli diapers anak-anak. Satu cap Huggies, satu lagi plastik biru yang bikin bayi tidur dengan senyuman kerana tiada bocoran. Dan, aku terjumpa kawan lama. Kami salam-salam. Belum sempat tanya khabar berita, terus dia mengutarakan soklan.
“Wah, dah dapat anak ka ? Cemana dapat anak ? Dulukan kau takdak anak ?”
Aku sinis sangatkah? Taklah, bertahun-tahun aku telan, redah semua bahasa sinikal yang menerjah ke gegendang telinga semata-mata kerana lambat dikurniakan cahaya mata. Dulu-dulu aku percaya bila orang tanya soalan “dah dapat anak ke belum?” aku rasa macam mereka ikhlas mau tahu atau mahu bantu, menjadi pendengar sekurang-kurangnya, jadi aku cakap dengan jujur. Belum. Selepas itu soalan busuk pun menyusul
“Pasai lambat dapat anak ? Sapa mandul ? Hangpa laki bini tak reti main kah ?”.
Keji. Tengik! Aku benci. Jangan senang hukum orang yang lambat atau belum dikurniakan cahayamata itu mandul atau reti main tak reti main, atau benda-benda yang semacam itu. Pelacur misalnya, meladeni karier persundalan berpuluh tahun, tidak jugak mengandung. Mustahil pelacur tak reti main. Malah terpandang hebat oleh minoriti sesat panduan, diangkat menjadi kiblat seks Kelab Isteri Taat, misalnya. Ok melalut. Aku benci Kelab Isteri Taat tu, perihal menyedap kemaluan jantan saja yang mau dikompang, dijaja! La haiiii.. melalut lagik. Kah kah kah.. sowi!!
Balik cerita asal. Lepas tu ada pula yang sedap-sedap buat kesimpulan
“Kowang amik pil perancang ek awal-awal dulu sebab tak nak mengandung lagi nak duduk berdua dulu sampai puas baru pikir anak? Tu la.. tak baik amik pil-pil perancang ni sebab kita menolak rezeki, kan Allah dah hukum. Macam kawan akak tu.. dia dulu macam korang la, baru-baru kawin taknak anak.. pastu amik pil perancang ha end up jadi mcm korang ni laaa…terus tak dapat anak bla bla bla bla “
Aku tak mintak pandangan tapi sangat ramah bercerita seperti mempersialkan kegagalan aku mengandung di awal-awal perkahwinan dengan menggariskan hukumnya sekali. Mudah sungguh membuat persepsi. Kalo aku sadis, aku ingin mendoakan agar anak-anak yang dia ada dijemput pergi, dan dia tak mengandung-mengandung lagi. Menderita kanser rahim barangkali, barah ovari sekali. Mudah-mudahan terang mata hatinya melihat penderitaan orang lain. Tapi aku tak sekejam itu.
Janganlah kalut apa-apa. Biarlah orang tu takda anakpun, atau cuma ada anak seorang pastu tak dapat-dapat lagi selepas tu, tak perlu buat penarafan atau bagi penilaian. Takyah la nak kata orang itu orang ini mantap tak mantap. Siapa kita nak dok hukum orang mantap tak mantap ? Dia punya suka la anak dia sorang ataupun segerabak keretapi. Yang ngangkang dia, yang suap makan anak pun dia sendiri. Jadi kita tak perlulah kalut-kalut sangat dengan rancangan Tuhan untuk hambanya yang lain. Suluh dan telek diri kita sudah. Sebab zuriat ni rezeki dari Allah Taala. Kalau kita dengar ada siapa-siapa yang tak dapat, belum dapat lagi atau tak dapat-dapat maka tak perlulah kita nak dok label dan tuduh orang itu macam-macam. Tak payah lah nak persoalkan effort dia cemana untuk mendapatkan baby. Tak perlu lah nak mengukur usaha dia sejauh mana. Kita sembahyang 5 waktu sehari sebab kita percaya Allah tu ada, kita akui kuasa dan kebesarannya tapi bila mai soal anak tiba-tiba kita jadi lebih pandai dari Dia.
Sama juga, balik kampung hari tu, kawan mak aku dari kampung sebelah bertandang. Belum sempurna letak duduknya terus bertanya dengan ramah ramah sekali.
“Eh.. sapa balik ?”
“Fizah…”
“Oooo, anak Nah hat menikah tak dapat anak tu ka ?” soalan gampang makcik tu.
“Dapat dah.. dua dah pun anak dia”
“La bila ? tak tahupun! “ kata makcik dengan riak suara ala-ala kagum atau menkaver rasa bersalah, aku tak tahu yang mana.
Emak aku gelak-gelak saja.
“Dah nikah, insya allah ada rezeki beranak la makcik. Hat tak menikah tapi beranak pun melambak-lambak, apa nak heran….” aku bersuara dari dapur.
Aku tak nampak air muka makcik tu cemana. Lepas lalu begitu saja. Bila balik, mak aku cakap lembut-lembut dengan aku yang anak makcik tu ada sorang yang termengandung sebelum sempat dimuktamadkan dengan kontrak perkahwinan bersyariat. Aku tak tau. Hehhhhh…. Mintak maaf mak tapi aku tak rasa kesal terhadap makcik tu. Sepicing pun tidak !
Aku rasa macam sempena raya ni nak tempah banner besar-besar, gantung depan rumah. “Saya sudah beranak dua !” supaya tahun ke depan depan nanti takdak lagi mak aku dengar soalan berkaitan dengan aku dimulakan dengan “... anak Nah hat tak buleh anak tu bla bla bla blahhh".
Psttt... gambar kat atas tu semua gambar anak-anakku, bukan anak-anak angkatku seperti yang disangka segelintir orang !
11 comments:
nk tngk la banner 2 nnti kak ek..hehehe
hiks.. aku setuju dengan semua penyataan hang seperti yang tersebut di atas..:)
owhhh...indahnya entrymu ini..rasa tenang dijiwa, membibit senyum seikhlas habis..
sokong....:)
mai tang bab anak seketoi... terussss menusuk ke kalbu, tulang putih, tulang kelabu, tulang hitam... aku juga benci bila orang dok menilai aku sbb anak aku seketoi... hang kangkang sehari 40x pun kalu ALLAH tak kata KUN FA YA KUN.. tak jdnya...
kak
ayat hang
meladeni, sepicing
syahdu tau! kekeke!
kaklong rai pun tadak anak..dulu dia tension bila orang tanya2..tapi dia untung sebab ada adik macam aku. aku ajaq dia
kalau orang tanya hang bila nak dapat anak hang tanya balik depa
awat tak tanya bila aku nak mati? sebab mana aku nak tau. mati rezeki jodoh kat tangan tuhan.
mesti depa diam! muehehe!
oh satu lagi
give me 5! dinding rumah kita sama!
dear.. sabar k.. memang mulut manusia memang macam tue.. dorang ingat kita yang berbadan besar ni tak boleh ada anak...
aku dulu pun macam tue, family belah arwah siap suh aku p test lagi..
Najaaaaaaaaaa..
setuju 300% dgn semua citer hang di atas.
Iza pun mengalaminya. bila fikir2 mmg geram..tp kena bykkkkkk sabar. bila kita dh ada anak, x nampak lak btg hidung dtg ziarah tgk baby pon. hulur hadiah jauh sekali. sabor je la!!kepochi je lebih kan..
memang ginilah mentiliti org melayu...bukan nak doakan kita,atau cadangkan sesuatu yg elok tuk kita dikurniakan zuriat..
saya pon blom ade anak lg..tension dgn soalan org..stresssssssssss...........
Post a Comment