Gambar hiasan semata
Ini perihal solat berjemaah. Saja aku tulis sebab bulan ni la kot masjid paling ramai dipenuhi jemaah untuk menunaikan solat terawih. Kalo bulan-bulan lain, jemaah ke masjid mungkin ramai namun tidak seramai pada Ramadhan. Aku bujang-bujang dulu suka jugak pi berjemaah di masjid mau pun surau terdekat. Best sebenarnya, selain pahala solat 70 kali ganda berbanding solat secara solo, kita akan bertemu dengan kenalan-kenalan baru iaitu teman jemaah di kiri dan kanan. Hubungan ini akan berkekalan sampai ke luar atau jumpa di mana-mana samada di pejabat atau pasar malam. Mau cari kawan tidak susah sebenarnya, ada macam-macam cara salah satunya ialah rajin-rajin berjemaah di masjid dan surau.
Okey ini barulah kisah sebenar yang mau diceritakan. Apa yang aku tulis ni yang aku nampak di bahagian jemaah perempuan. Benda yang sudah banyak kali aku lalui sebelum ini. Bila imam bagi arahan, luruskan barisan dan rapatkan saf apa yang aku faham ialah makmum hendaklah meluruskan barisan dengan tertib dan merapatkan badan sesame sendiri dengan sisi bahu bertemu sisi bahu dan kedudukan tumit adalah selari untuk menghasilkan satu saf yang lurus, tersusun dan kelihatan tertib. Aku bukan rimas pasal nak rapat-rapatkankan saf ni, memang itu dituntut agama. Tapi yang aku rimas ialah bila ada yang beria-ia mau berhimpit-himpit sampai sesak nafas rakan sebelah. Itu belum lagi bila mau angkat takbir, siku terkena payudara, eh tetek... ok fine, terkena organ-orang jemaah sebelah. Hilang kusyuk. Bukan aku kisah sangatpun benda-benda macam tu tapi kadang-kadang otak mula terpikir macam-macam. Contohnya, wahhh tebalnya span bra kakak sebelah. Chisssst… Tak kusyuk satu hal, dosa satu hal! Mau rukuk dan sujud jadi susah, tertindih peha dan lutut sesame. Belum lagi cerita duduk dua tahiyat yg terpaksa diperbetulkan berkali-kali kerana tertindih betis rakan jemaah.
Pengalaman sendiri, penah sekali aku terpijak telekung makcik tepi aku. Telekung labuh berjurai-jurai, sungguh tak perasan bila bangun hujung telekungnya itu di bawah tapak kaki aku. Dia pun dari duduk tahiyat terus bangun dengan laju, tersentak di situ sampai terlentang ke belakang. Kasian. Aku sendiripun pernah terkena, selepas sujud sama2 bangun dan rakan tepi tak sedar dia terpijak telekung aku makanya bila bangun terus kepala terberluih dari telekung, gara-gara getah telekung dah agak loose. Ini semua kerana apa, kerana salah konsep merapatkan saf kot, sampai jadi berhimpit-himpit, berpanas-panas dan bersesak nafas. Dugaan sungguh. Ada satu kali tu kejadian kat masjid besar, memang ramai orang. Duduk di tengah-tengah antara jemaah dewasa adalah kanak-kanak berusia dalam lingkungan 4-5 tahun aku agak, mungkin emaknya di sebelah dan di sebelah lagi jemaah yang lain. Sepanjang solat dia hanya berdiri tegak, nak duduk takde ruang nak bangun terhimpit antara dua jemaah… last-last seperti dia sedang digantung tak bertali di tengah-tengah. Terkebil-kebil. Sumpah aku yang dibelakang tak dengar imam baca apa dah kat depan. Lari fokus !
Perlukah berhimpit-himpit sampai menimbulkan ketidakselesaan atau sebenarnya kita sudah tersalah mempraktikkan luruskan barisan dan rapatkan saf itu secara berlebih-lebihan daripada yang dituntut ? Aku rasa tidak guna bersolat jemah di masjid maupun surau kalo telekung pun belum tertanggal lagik tapi dalam hati asik dok maki jemaah sebelah kita, atau paling muliapun merungut-rungut dalam ati. Sudah lari konsep dan tujuan solat berjemaah itu. Wallahualam !
1 comment:
Aku rasa terpanggil untuk mengomen di ruang ini tentang solat berjemaah. Aku rasa tak ramai yang faham tentang KONSEP SOLAT BERJEMAAH. APa yang mereka kejarkan ialah pahala 27 X. Tapi dia orang lupa konsep sebenar. Selepas solat, perlu bersalaman dengan tertib (jgn hanya bersentuh hujung jari sahaja), mata perlu bertentang buat seketika sambil senyum. Dan apabila terdapat jemaah yang uzur perlulah bertanya khabar atau membuat lawatan. Yang aku MUAK mereka ni lebih-lebih dari segi lain. Kalau wirid bukan main kuat lagi ada kala maamum lebih kuat dari Imam.. entahlah kalau nak cerita memang tak akan habis mengenai perangai dia orang ini. Terutama sekalai dari kalangan orang-orang PAS.
Post a Comment