Saturday, November 12, 2011

Fafa, Fufu dan Immortals

Tadi petang ke GSC di Alamanda. Selepas seminit beratur, dua tiket citer lain-lain tajuk sudah selamat di tangan. Satu citer Tower Heist lakonan Ben Stiller dilangsaikan malam tadi (buleh gelak tanpa segan silu dalam panggung sebab semua orang gelak) Satu lagi Immortals. Immortals ni satgi shownya, jam 12 tengahari. Eh, baru aku sedar dah kui 3.35 pagi sekarang ini. Okey, aku beli siap-siap tiket sebab aku taknak melangut di row paling depan sampai kejang urat marikh !

Aku beli tiket tu dengan penjual tiket yang muda belia. Filem Immortals tu spesifikasi 18 ++. 1Malaysia tahu maknanya hanya untuk 18 tahun ke atas saja. Yang jual tiket tu mungkin baru kerja sehari dua sebab masih memakai tag pelatih, agak terkial-kial.

“Terima kasih, selamat menonton” katanya yang bernama Fafa ( bukan nama sebenar dia) selepas menghulurkan dua keping tiket.

“Eh, ko kena cakap dengan customer citer ni untuk 18 tahun ke atas” tiba-tiba kawannya di kaunter sebelah menyergah, bernama Fufu (macam biasa, pun bukan nama sebenar)

Fufu ni rasanya dah lama kerja. Sejak bulan April hari tu aku tengok muka dia dah ada kat sana. Dah berkali-kalipun aku beli tiket dengan dia. Hari tu aku tonton The Three Musketeers, tiketnya aku beli dengan si Fufu. Tonton Real Steel, In Time, Trespass sebelum ni juga beli tiket dengan Fufu. Oh, mungkin taraf senioriti Fufu memberanikannya menyergah Fafa yang aku rasa sebaya umur mereka.

“Tapi kat tiket kan dah cop 18 ke atas, kena cakap lagi ka ? Dorang tau la” kata Fafa membela diri.

Logik dalil si Fafa. Aku sokong dalam hati sambil menunggu duit baki.

“Ko kena cakap gak, kadang-kadang dorang ni bukan reti bahasa. Redah beli jugak walopun tak cukup umur ! Kadang-kadang tolong beli untuk orang lain. Ko kena cakap setiap kali dorang beli tiket Immortals ni !! “ kata Fufu.

Fufu cakap tak toleh kiri kanan. Tegas. Keras nadanya. Buntang-buntang mata dia menggayakan ketegasannya terhadap Fafa. Depan-depan aku.

Eh, akukah yang tak reti bahasa itu? Sumpah terasa diri diperbabikan seketika. Aku jadi ragu dengan niat original si Fufu ni berkata macam tu depan-depan aku yang masih menunggu duit baki. Benar-benar mau tunjuk ajar sama Fafa atau nak tunjuk pandai ? Kelabu seketika penilaianku. Fafa pandang aku. Aku pandang Fafa. Fufu pun pandang aku, aku pandang jugak Fufu. Pandangan kami saling bertemu tiga penjuru seumpama tiga dimensi, macam 3D.

“Ala dik.. dah cop situ 18++, semua orang taulah. Akak tengok wayang ni start dari umor kau dok kencing dalam pempes lagik. Semua jenis penarafan filem dah hafal pun ! Tak baik la cakap akak tak reti bahasa, sentap la macam ni…“ kataku bersuara lemah-lembab macam watak heroin drama-drama adaptasi novel di tivi akhir-akhir ini.

Rasionalnya, tak berbaloi nak bertekak dengan Fufu. Fufu adalah remaja yang sedang merasakan dirinya sangat arif dengan profesionnya saat ini. Aku harus menyapot keterujaan Fufu meladeni kariernya sebagai penjual tiket wayang yang tersohor. Mana tahu satu hari nanti Fufu akan punya panggung wayang sendiri. Hidup Fufu.

Dan aku ? Sedang berbangga tak maki orang… hahahaha !

Eh, mujur Tower Heist tu best !!

1 comment:

marstories said...

ja..si fufu tu sebenarnya nak kata hang ni nampak muda macam umur 16 tahun..hehe.. :P