Cerita bergambar. Hehe. Malam tadi jam 9.30 gitu. Tatkala sedang lipat kain baju dalam bilik, laju melintas Rumaisa kat depan tivi sana, bawa berus lukisan dan pen. Bimbang dia sorang-sorang kat luar, aku jengah pi tengok, dia berdiri di tepi pintu gelongsor. Hihihi. Skema haihhh mak nih. Okey, sambung. Ni mesti takde lain projek nak conteng dinding. Tak habis-habis. Aku snap gambar dia, selalunya Rumaisa ni kalo snap gambar dia akan berhenti dan lari mai kat aku. Tapi ini dia keras pulak. Berdiri kat situ, tangan dia yang ada berus mula tonyoh-tonyoh dinding. Aku masuk bilik belakang, sambung buat kerja aku.
Sekejap kedengaran bunyi keletung keletang bertukang. Aku panggil nama dia.
“Yaaaaaaaaaa.. kakak di syini. Mak kat maneeeeeeeeeee ?”, dia punya jawapan. Banyak le ko punyer mak kat mana kan ?
Buat la kerjamu nak, asal kau bahagia. Aku terus lipat baju. Selepas beberapa ketika, bunyi bertukang senyap. 5 minit, 6 minit, 7 minit.. eh tak boleh jadi. Kena juga aku jengah kang ada ja aktiviti bawah tanah Rumaisa ni. Aku curi-curi tinjau dari balik dinding, tengok apa yang dia buat. Tepat bagai diduga. Tapi ini projek perintis. Tak pernah-pernah dibuat sebelum ni. Dan dengan bangga sekali, tegak.. tunduk, tegak. Tepuk tangan sendiri. Gelak-gelak. Tunjuk sign best sana sini konon-konon macam baru selesai buat pameran bakat seni dari dalam galeri sendiri. Tersenyum puas ati.
Lihatlah hasil karya saya.
Best! Best!
Lepas snap gambar dia curi- curi, aku keluar dari tempat CSI. Terkejut dia.
“Kakak awat kikis dinding.. cop-cop cermin tu.. habis berabuk lantai, nanti gatal badan, batuk bla bla bla bla….. “
“Mak aleeeeeeeee ?? (mak ada ?) ” tanya Rumaisa dengan pelat-pelat, ekspresi wajah tiada berperasaan !
Argghhhhhhhhhhh… !!
6 comments:
Hamekkk ko! hahahaaa...
yaya - pasrah.... he he he !
ni namanya seni kreatif naja oi.. sila pasrah.. hang ada? hahahaha
cik mai sangat kreatip dan inovatip rupanya......
hahhahhahahhaha sgt2 berbakat anak hang naja oi... siap soklan cepumas dia.. mak ade?? wakkaka i laik!!! bes lah rumaisa nih..
Post a Comment