Thursday, May 31, 2012

Maintenance



Imej hasil 'penggoogle'an


Aku nak mencarut tak sampai  hati.  Tak mencarut, lagilah tak sampai hati.  Last last aku mencarut dalam hati, lagilah kesian.. kesian pada hati sendiri.

Kronologi ceritanya macam ni, bulan Januari hari tu aku pergi buat aduan kat syarikat penyelenggaraan yang dilantik untuk buat kerja-kerja di kuarters kerajaan yang sedang aku duduki ni.  

(Bab kuarters kerajaan ni, kalau tak duduk rumah kuarters kerajaan memang terduduk gak nak bayar sewa rumah.  La ni mana nak dapat dah rumah selesa luas terbentang dengan bayaran  sewa RM100 sebulan atau paling mahalpun tolak sebanyak elaun rumah yang diperuntukkan?  Busuk-busuk flet hijau kotak dekat Presint 9, Putrajaya yang sudah jadi flet antarabangsa tu pun RM650 sebulan – tu harga sewa pada 2004.  La ni aku tak tau berapa. Okeh, terima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan kemudahan sedemikian.

Nota nak dapat kaki : Sila abaikan perenggan ini kalau rasa tak buleh hadam.

Berbalik pada cerita tadi, aku buat aduan lantai parquet kat dalam bilik utama sudah mereput dan tercabut.  Banyak jugak lubang-lubang ternganga di lantai.  Kalau tersepak, bukan setakat berdarah, buleh terkeluaq isi kaki dibuatnya.  Setelah menunggu lebih kurang seminggu aku pi tanya kat pejabat dia.  Seperti diduga, aduanku sebelum ni hilang  entah ke mana.  Buat lagi sekali.  Mak pasrah.  Janji manis yang diberikan “kami akan datang buat pemeriksaan dalam masa terdekat dan amik ukuran keluasan bilik untuk kerja-kerja pasang parquet baru ” aku pegang sebagai janji.

Sebulan dua bulan tunggu, tak jugak datang-datang.  Aku pergi lagi dan lagi ke pejabat tu.  Jawapannya sama berulang-ulang.  Dan pada awal Mei hari tu aku pi lagi untuk kesekian kalinya.

Puan dikehendaki buat aduan lagi sekali kerana untuk pengetahuan puan, kami perlu melantik kontraktor terlebih dahulu untuk menjalankan kerja-kerja penggantian parquet tersebut”.

“Aduan-aduan yang saya buat sebelum ni ?”

“Itu tak dikira.  Puan isi borang ni lagi sekali… bla bla bla”

“Nak tunggu aduan yang macam mana baru nak diambil kira ? Tunggu saya bakaq parquet tu dalam rumah ? “ soal aku sambil berbabi-babi tidak terkira banyaknya di dalam hati. 

“Errr, Puan…”

“Takpalah, tak payah cakap apa-apa.  Saya akan buat aduan selepas kontraktor yang dimaksudkan dilantik tapi bila ?”.

“Errr, ntah la kat boss saya…”

Wakakakaka, bestnya jawapan dia !

Yang sebenarnya, aku tak tau apa kaitannya masalah dia nak lantik kontraktor tersebut dengan aduan aku sebelum ini?  Tak logik langsung alasan yang diberi,  dah sememangnya korang tu kontraktor yang dilantik untuk buat kerja-kerja tu.. nak tunggu lantik hat lain pulak apakejadahnya ?  Tapi bagai dikatalah kalau nak bertekak pun macam takdak efek yang memberangsangkan.  Macamkan lepas gaduh-gaduh terus dorang hantar kontraktor mai pasang parquet baru, takdak maknanya !

Lepas tu dua hari lepas, ada terima call dari pejabat maintenance ni tapi tak tanya hal parquet, sebaliknya tanya pasal pemegang tingkap yang sudah tercabut yang aku buat aduan pada Februari lepas.  Sudah gantipun pada April hari tu.  Takdak buat rekod ka ?

Baru-baru ni aku buat aduan tombol pintu yang pulas-pulas tu sudah melekat-lekat tak boleh nak pulas lagi, keras macam batu.  Laju-laju pekerja yang ambil aduan cakap nak datang pagi esoknya jam 9.  Esoknya bila aku balik dari pejabat, tanya dengan bibik ada tak orang datang ganti tombol. Katanya tak ada.  Bila aku telefon pejabat maintenance, beria-ia mereka cakap sudah datang ganti.  Siap katanya borang worksheet telah ditandatangan tuan rumah. Bertekak-tekak jugaklah.  Konpius mak nih. Bila masa aku bela saka atau hantu raya, buleh plak tolong tandatangan bagi pihak tuan rumah.  Tak lama lepas tu, ada beberapa pekerja syarikat datang rumah, tersengih-sengih mintak maaf.

“Maaf kak tadi kami pergi rumah ni tapi di tingkat enam, tersalah rumah.  Siap ganti tombol pintu rumah orang tu.  Tuan rumah tu pun tak kata apa-apa.  Lepas kami tukar dia sign je borang ni.  Bodoh sungguh !” katanya sambil tunjuk form yang telah ditandatangan tuan rumah yang nombor rumahnya sama dengan nombor rumah aku tapi duduk kat tingkat 6.
Rumah aku di tingkat empat.  Bodoh orang je dia kira, bodoh sendiri tak nak mengaku.

“Bila masa rumah saya pindah pi dok kat tingkat 6 lak ?” 

“Kami salah rumah.  Tapi tuan rumah tu nama sama dengan akak cuma bintinya saja yang lain-lain.  Tu yang kami tak perasan tuh..” katanya memberi alasan.

Serious aku syak depa ni isap gam..  lalok !  Tapi walaupun marah,  lepas pekerja-pekerja ni ganti apa yang patut, aku hidang kerepek dan air oren satu jag.  Tak sampai hati tengok.

            Aku duduk kat kuarters tu dari tahun 2004.  Bersilih ganti syarikat maintenance yang dapat projek menyelenggara kat situ.  Ikhlas aku cakap syarikat maintenance yang ni la paling hampeh sekali, mental sungguh kalo berurusan !

Friday, May 18, 2012

Hai hai.. Bye Bye




Ada beberapa sms yang aku terima, pengirimnya kadang-kadang daripada kalangan kawan-kawan sendiri dan kadang-kadang entah daripada siapa-siapa.  Sudah berkali-kali.  Pagi ini terima lagi sms yang serupa.  Katanya “ Sebarkan kepada semua orang Islam mengenai larangan menggunakan perkataan AKUM kerana akum dikatakan bermaksud ‘binatang’ dalam bahasa orang Yahudi.  Jangan guna SEMEKOM kerana semekom bermaksud ‘celaka kamu’, juga dalam bahasa orang Yahudi.   Jangan guna BYE kerana ‘bye’ ialah jarum sulit Kristian yang bermaksud ‘Di bawah naungan Pope’.   Pastu ayat akhirnya berbunyi begini

“Tolong forward sms ini kepada umat Islam yang lain sekiranya sayangkan agama kita , untuk elakkan kita daripada membuat dosa dengan menyebut perkataan Yahudi ini dan dilaknat Allah kerana menjadi jarum orang Kristian meruntuhkan akidah umat Islam”.

Phewwwwwwww… seram! Dosa? Sebut saja pun dah dosa?  Aduyaii, kalau betul berdosa, berapa banyak dosa aku buat dok sebut benda-benda tu.  Lorat. Memang lorat.  Kalau takat sebutpun berdosa, abis kau hantar sms suruh orang forward ke sana kemari dengan takdak kesahihan, tu dikira cemana pulak?  Serious aku tak faham.  Aku tulis ni bukan sebab aku nak mengagung-agungkan bahasa kaum Yahudi atau nak menjadi sebahagian jarum Kristian di bawah naungan Pope yang konon-konon buleh cucuk dan usik akidah orang Islam dengan hanya sebut ‘BYE’. Heran aku kenapalah segelintir orang-orang kita ni mudah sangat nak percaya dengan benda-benda macam ni.  Siap buleh hukum berdosa plak tanpa tahu hujung pangkal.  Okey, sebenarnya aku sangat tidak pasti makna perkataan seperti AKUM, atau SEMEKOM itu dalam bahasa Yahudi memang benar-benar tak bagus dan BYE itu memang benar-benar jarum Kristian atau sebagainya seperti didakwa. 

Tapi alangkah bagusnya sebutkan saja tujuan kau itu tanpa perlu berbelit-belit dengan fakta yang tidak ketahuan.  AKUM ,AS’KUM dan SEMEKOM ini ialah aku yakin sebenarnya terbit dari isu  bagaimana memberi lafaz salam yang sempurna seperti yang dituntut oleh agama kita, iaitu lafaz yang sebenar-benarnya adalah assalamualaikum.  Itu lafaz salam yang sempurna dan mendapat pahala.  Hat tiga tadi tu kalau hang sms kat orang, orang tak wajib jawap pun.  Hat memberi salam ringkas-ringkas macam tu pun aku rasa takde la sampai peringkat kena laknat dengan Allah !  Selalu sangat berburuk sangka dengan Tuhan sendiri.  Sebagai hambaNya, kita kenalah selalu bersangka baik dengan Allah, ni dak.. ayat serupa Allah tu kejam sangat sikit-sikit nak laknat hambaNya.

Yang pasal ‘BYE’ tu pulak, lawak sungguh.  Bayangkan kalau benar itu jarum Kristian, dari umur aku dok pakai lampin sampai sekarang dah 34 tahun, dah berapa puluh ribu kali aku sebut bye. Celah-celah tu pulak berapa belas ribu kali aku sebut bye kat mak aku masa dok ulang alik pi mengaji dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dan sampai sekarang ni, tambah-tambah time nak balik sini selepas bercuti di kampung.  Dari turun tangga masuk dalam kereta pastu kereta bergerak pelan-pelan,  mak aku berdiri di tepi jalan dok melambai aku dan aku jerit ‘bye-bye mak, ai lappppp youuuuuu’ berkali-kali kat dia sampai dia hilang dari pandangan aku dan aku hilang dari pandangan dia, sampai jiran-jiranpun tersenyum-senyum turut melambai sekali.  Agaknya kalau kami tak  kuat iman, hari ni aku dan mak aku bukan takat hanya dok di bawah naungan Pope tapi kami sendiri jadi Pope dah kot sebab setiap hari berpuluh tahun lamanya kami saling tusuk-menusuk sesama sendiri dengan jarum Kristian, kononnya.  Hmmm, kalau macam tu rendah betul kualiti akidah orang Islam…

Bahasa bagi bangsa Yahudi ni pun bukan satu dua, bermacam-macam.  Ada Hebrew, ada Ibrani dan entah berapa puluh lagi.  Dialek dan langgamnya pun kita tak terjangkau.  Semua tu menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah jua yang memberi idea dan buah fikir kepada manusia mewujudkan bahasa mengikut bangsa dan keturunan masing-masing.  Awat.. hangpa percaya ada tuhan lain ka yang khusus mencipta bahasa bagi orang-orang Yahudi ni ?  Sebenarya, aku percaya sebut perkataan tidak elok tak kira dalam bahasa apapun memang mengundang dosa,  tak payah hang sebut dalam bahasa Yahudi baru nak tunggu berdosa.  Habis tu kalau mencarut dalam bahasa Arab dapat pahala ka ?   Lagipun jenuh  kita nak khatam semua bahasa dalam dunia ni yang ntah berapa juta jenis dan duduk buat perbandingan agar perkataan yang kita sebut ini tidak disebut dalam bahasa lain walaupun berbeza agar kita tidak dilaknat Allah.   Kalau macam tu peraturannya, aku rasa ramai yang memilih untuk berdiam, membisu tiada berbahasa.

Macam biasa, ini pendapat dan pandanganku saja.  Tidak semestinya sama dengan pendapat anda semua.

Tuesday, May 15, 2012

Istana Kellie

Oleh kerana kesibukan, maka ini cerita adalah dalam kadar ringkas-ringkas.  Saja nak kongsi.  Hari tu, minggu lepas pergi ke Seri Iskandar ambik adik yang baru menamatkan semester pertamanya di sebuah IPTA di situ dan mengangkut barang-barangnya  sekali untuk dibawa balik ke Putrajaya. 

Dalam perjalanan pulang, kami singgah  di Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah, lebih kurang 20 minit perjalanan dari Ipoh.  Istana separuh siap kepunyaan seorang peladang berbangsa Scotland yang kaya-raya, William Kellie Smith ini dibina sebagai tanda cinta untuk isterinya Agnes.  Istana ni dibina pada tahun 1915 tapi terhenti bila Kelly Smith ni mati mengejut pada tahun 1926.  Jadi terbengkalailah istana tu tak siap-siap.

Masa meninjau di kawasan ni, ada beberapa nota dilekatkan di dinding yang mengatakan bahawa roh Kellie Smith dan jugak beberapa penghuni lain kadang-kadang masih kelihatan merayau-rayau di bangunan ini. Mungkin nak buat lawatan ke atas asetnya yang ditinggalkan tanpa rela, Wallahualam. 

Kami sempat meninjau laluan tangga bawah tanah tetapi tak turun sampai habis kerana perasaan seram menguasai diri ditambah pulak dengan membawa Rumaisa sekali maka hasrat untuk menggeledah sampai ke bawah tinggal separuh jalan kerana memikirkan faktor keselamatan dan keseraman.  Tambahan pula bilangan pelawat pun tidak ramai pada hari kejadian. 

Walau bagaimanapun, aku rasa kanak-kanak tidak sesuai untuk dibawa melawat ke dalam istana ini kerana faktor keselamatan.  Kawasan-kawasan tinggi yang tidak berpagar, tangga ke atas yang curam dan sempit memerlukan sepenuh perhatian dan pengawasan dari orang dewasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Kalau korang sibuk bergambar, anak-anak terlepas pandang… memang ke laut la jawapnya.

Produser drama-drama seram, kalau nak buat pengambaran kat sini memang sesuai sangatlah ! He he he..


 Istana Kelly dari kejauhan.



  
Gambar dari hadapan tangga menuju ke istana



Koridor di tingkat 1.  Laluan misteri katanya.



 
Takde la misteri sangatpun.. Cuma sunyi.



                   Bilik tidur utama, juga dikatakan ada roh merayau-rayau.



 Ukiran asal, dalam bilik utama. 



 Ukiran marmar di siling, di bawa dari India pada tahun 1920an.


 Bilik simpanan selimut, bantal, dan benda-benda  yang seangkatan dengannya.



Salah satu dari anak tangga rahsia menuju ke bilik rahsia di bawah tanah.   
Sudah tidak menjadi rahsia lagik.



Sebahagian binaan di tingkat bawah. 



 Lorong koridor ini juga dikata misteri.  Misteri nusantara sungguh.



 
Penunggu misteri yang sangat tidak misteri. 



Dataran kecil di bumbung istana tempat majlis tari menari, berparti.   
Rumaisa dan Makcu Fini.



 Di belakang sana, kelihatan menara istana Kelly yang menempatkan menara laluan lif dan juga bilik tetamu.  Dalam gambar ini ialah Rumaisa, Makcu Fini dan Tati.



Letih memanjat tangga istana, turun ke bawah terus makan aiskrim.



Kesian, Rasyid tidak termasuk dalam ini drama.