Oleh kerana
kesibukan, maka ini cerita adalah dalam kadar ringkas-ringkas. Saja nak kongsi. Hari tu, minggu lepas pergi ke Seri Iskandar
ambik adik yang baru menamatkan semester pertamanya di sebuah IPTA di situ dan
mengangkut barang-barangnya sekali untuk
dibawa balik ke Putrajaya.
Dalam
perjalanan pulang, kami singgah di Kellie’s
Castle yang terletak di Batu Gajah, lebih kurang 20 minit perjalanan dari
Ipoh. Istana separuh siap kepunyaan
seorang peladang berbangsa Scotland yang kaya-raya, William Kellie Smith ini
dibina sebagai tanda cinta untuk isterinya Agnes. Istana ni dibina pada tahun 1915 tapi
terhenti bila Kelly Smith ni mati mengejut pada tahun 1926. Jadi terbengkalailah istana tu tak siap-siap.
Masa
meninjau di kawasan ni, ada beberapa nota dilekatkan di dinding yang mengatakan
bahawa roh Kellie Smith dan jugak beberapa penghuni lain kadang-kadang masih
kelihatan merayau-rayau di bangunan ini. Mungkin nak buat lawatan ke atas
asetnya yang ditinggalkan tanpa rela, Wallahualam.
Kami sempat
meninjau laluan tangga bawah tanah tetapi tak turun sampai habis kerana perasaan
seram menguasai diri ditambah pulak dengan membawa Rumaisa sekali maka hasrat
untuk menggeledah sampai ke bawah tinggal separuh jalan kerana memikirkan faktor
keselamatan dan keseraman. Tambahan pula
bilangan pelawat pun tidak ramai pada hari kejadian.
Walau
bagaimanapun, aku rasa kanak-kanak tidak sesuai untuk dibawa melawat ke dalam
istana ini kerana faktor keselamatan.
Kawasan-kawasan tinggi yang tidak berpagar, tangga ke atas yang curam
dan sempit memerlukan sepenuh perhatian dan pengawasan dari orang dewasa bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Kalau korang sibuk bergambar,
anak-anak terlepas pandang… memang ke laut la jawapnya.
Produser
drama-drama seram, kalau nak buat pengambaran kat sini memang sesuai sangatlah !
He he he..
Istana Kelly
dari kejauhan.
Gambar dari
hadapan tangga menuju ke istana
Koridor di
tingkat 1. Laluan misteri katanya.
Takde la
misteri sangatpun.. Cuma sunyi.
Bilik tidur utama, juga dikatakan ada roh
merayau-rayau.
Ukiran asal, dalam bilik utama.
Ukiran marmar di siling, di bawa dari India
pada tahun 1920an.
Bilik simpanan selimut, bantal, dan benda-benda yang seangkatan dengannya.
Salah satu
dari anak tangga rahsia menuju ke bilik rahsia di bawah tanah.
Sudah tidak menjadi rahsia lagik.
Sebahagian
binaan di tingkat bawah.
Lorong koridor ini juga dikata misteri. Misteri nusantara sungguh.
Penunggu
misteri yang sangat tidak misteri.
Dataran kecil di bumbung istana tempat majlis tari menari, berparti.
Rumaisa dan Makcu Fini.
Di belakang
sana, kelihatan menara istana Kelly yang menempatkan menara laluan lif dan juga bilik
tetamu. Dalam gambar ini ialah Rumaisa, Makcu Fini dan Tati.
Letih memanjat tangga
istana, turun ke bawah terus makan aiskrim.
8 comments:
lawa no istana tu.
kalau siap, mesti lagi marvellous.
mcm cerita2 omputeh.
memang lawa Tini, luas plak tu.. dia nyer bilik-bilik tu buat aku bercita-cita nak ada rumah yang ala-ala mcm tu satu hari nanti, kecik pun jadi la. Sangat sistematik.
teringin nak pegi.
tapi tu la tak terpegi pegi.
one fine day insyaAllah.
bila gi sana naja? pasaipe tak singgah kampung akak... dah dekat tu.. ehehee
Maya - Kak Naja pun ter'gi' sebab dah lalu. Tapi sesungguhnya 'ter' tu tidak dikesali kerana.. bestlah jugak tempat ni untuk mengenang masa lalu yang tak pernah dilalui ! Heheh
Kak Nora - minggu lepas pi. Hari Isnin. Kampung akak, InsyaAllah lepas ni.. :)
Kalau suka istana2 camni...jomlah menyusul ai balik england. Kat sana istana rasa tak mau balik! Punyalah cantik - kak na
Kalau mu suka konsep camtu nanti aku boleh beli brg rumah double utk konsep klasik inggeris. Yeha..boley shopping lebih. Murah je kat pasar used depa/carboot tu. Klasik klasik stok tok nadok punya tp msh elok. Mat salih jg brg mcm jg anak. Takmau juai murah satu dua pound ja..uhuhu
Kak Na - nak menyusul balik England tu kena pikir 80x.. hahaha. Tapi tu la sesekali melawat tempat mcm ni, rasa teringin nak buat macam-macam kat rumah sendiri.
Post a Comment