Imej hasil 'penggoogle'an
Aku nak
mencarut tak sampai hati. Tak mencarut, lagilah tak sampai hati. Last last aku mencarut dalam hati, lagilah
kesian.. kesian pada hati sendiri.
Kronologi
ceritanya macam ni, bulan Januari hari tu aku pergi buat aduan kat syarikat penyelenggaraan
yang dilantik untuk buat kerja-kerja di kuarters kerajaan yang sedang aku
duduki ni.
(Bab kuarters kerajaan ni, kalau tak duduk rumah kuarters kerajaan
memang terduduk gak nak bayar sewa rumah.
La ni mana nak dapat dah rumah selesa luas terbentang dengan bayaran sewa RM100 sebulan atau paling mahalpun tolak
sebanyak elaun rumah yang diperuntukkan?
Busuk-busuk flet hijau kotak dekat Presint 9, Putrajaya yang sudah jadi
flet antarabangsa tu pun RM650 sebulan – tu harga sewa pada 2004. La ni aku tak tau berapa. Okeh, terima kasih
kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan kemudahan sedemikian.
Nota nak dapat kaki : Sila abaikan perenggan ini kalau rasa tak buleh hadam.
Berbalik
pada cerita tadi, aku buat aduan lantai parquet kat dalam bilik utama sudah
mereput dan tercabut. Banyak jugak
lubang-lubang ternganga di lantai. Kalau
tersepak, bukan setakat berdarah, buleh terkeluaq isi kaki dibuatnya. Setelah menunggu lebih kurang seminggu aku pi
tanya kat pejabat dia. Seperti diduga,
aduanku sebelum ni hilang entah ke mana.
Buat lagi sekali. Mak pasrah.
Janji manis yang diberikan “kami akan datang buat pemeriksaan dalam masa
terdekat dan amik ukuran keluasan bilik untuk kerja-kerja pasang parquet baru ”
aku pegang sebagai janji.
Sebulan dua
bulan tunggu, tak jugak datang-datang.
Aku pergi lagi dan lagi ke pejabat tu.
Jawapannya sama berulang-ulang.
Dan pada awal Mei hari tu aku pi lagi untuk kesekian kalinya.
“Puan dikehendaki buat aduan
lagi sekali kerana untuk pengetahuan puan, kami perlu melantik kontraktor
terlebih dahulu untuk menjalankan kerja-kerja penggantian parquet tersebut”.
“Aduan-aduan yang saya buat sebelum ni ?”
“Itu tak dikira. Puan isi
borang ni lagi sekali… bla bla bla”
“Nak tunggu aduan yang macam mana baru nak diambil kira ? Tunggu
saya bakaq parquet tu dalam rumah ? “ soal aku sambil berbabi-babi tidak terkira
banyaknya di dalam hati.
“Errr, Puan…”
“Takpalah, tak payah cakap apa-apa. Saya akan buat aduan selepas kontraktor yang
dimaksudkan dilantik tapi bila ?”.
“Errr, ntah la kat boss saya…”
Wakakakaka,
bestnya jawapan dia !
Yang sebenarnya,
aku tak tau apa kaitannya masalah dia nak lantik kontraktor tersebut dengan
aduan aku sebelum ini? Tak logik langsung
alasan yang diberi, dah sememangnya
korang tu kontraktor yang dilantik untuk buat kerja-kerja tu.. nak tunggu lantik
hat lain pulak apakejadahnya ? Tapi bagai
dikatalah kalau nak bertekak pun macam takdak efek yang memberangsangkan. Macamkan lepas gaduh-gaduh terus dorang
hantar kontraktor mai pasang parquet baru, takdak maknanya !
Lepas tu dua
hari lepas, ada terima call dari pejabat maintenance ni tapi tak tanya hal
parquet, sebaliknya tanya pasal pemegang tingkap yang sudah tercabut yang aku
buat aduan pada Februari lepas. Sudah
gantipun pada April hari tu. Takdak buat
rekod ka ?
Baru-baru ni
aku buat aduan tombol pintu yang pulas-pulas tu sudah melekat-lekat tak boleh
nak pulas lagi, keras macam batu.
Laju-laju pekerja yang ambil aduan cakap nak datang pagi esoknya jam
9. Esoknya bila aku balik dari pejabat,
tanya dengan bibik ada tak orang datang ganti tombol. Katanya tak ada. Bila aku telefon pejabat maintenance,
beria-ia mereka cakap sudah datang ganti.
Siap katanya borang worksheet telah ditandatangan tuan rumah.
Bertekak-tekak jugaklah. Konpius mak
nih. Bila masa aku bela saka atau hantu raya, buleh plak tolong tandatangan
bagi pihak tuan rumah. Tak lama lepas tu,
ada beberapa pekerja syarikat datang rumah, tersengih-sengih mintak maaf.
“Maaf kak tadi kami pergi rumah ni tapi di tingkat enam, tersalah
rumah. Siap ganti tombol pintu rumah
orang tu. Tuan rumah tu pun tak kata
apa-apa. Lepas kami tukar dia sign je
borang ni. Bodoh sungguh !” katanya
sambil tunjuk form yang telah ditandatangan tuan rumah yang nombor rumahnya
sama dengan nombor rumah aku tapi duduk kat tingkat 6.
Rumah aku di
tingkat empat. Bodoh orang je dia kira,
bodoh sendiri tak nak mengaku.
“Bila masa rumah saya pindah pi dok kat tingkat 6 lak ?”
“Kami salah rumah. Tapi
tuan rumah tu nama sama dengan akak cuma bintinya saja yang lain-lain. Tu yang kami tak perasan tuh..” katanya
memberi alasan.
Serious aku
syak depa ni isap gam.. lalok ! Tapi walaupun marah, lepas pekerja-pekerja ni ganti apa yang patut,
aku hidang kerepek dan air oren satu jag.
Tak sampai hati tengok.
Aku duduk kat kuarters tu dari tahun 2004. Bersilih ganti syarikat maintenance yang dapat projek menyelenggara kat situ. Ikhlas aku cakap syarikat maintenance yang ni la paling hampeh sekali, mental sungguh kalo berurusan !
3 comments:
haih.
speechless.
pasghah, redho n sabaq jerla kot. huhuhu
Haishhh...dh mcm hikayat 1001 mlm dh...
Hahaha!! entri kau ni buat aku gelak pagi2 weh!
Post a Comment