Dalam
banyak-banyak taman di Putrajaya, Taman Botani ialah yang paling menarik
perhatian anak-anak aku (dan jugak aku).
Dalam tahun 2012 ni aku rasa sudah lebih dari 10 kali kami sekeluarga pi sana. Pemandangan cantik dengan lanskap menarik di
taman itu seperti menggamit lantas memanggil-manggil ke sana.. owhhh. Hehehe. Dulu kami berjalan-jalan tengok pokok-pokok bunga
yang banyak ditanam di sana terutama koleksi bunga-bunga orkid yang sangat
cantik.
Akhir-akhir
ini, anak-anak mempunyai hobi baru pula bila ke sana, iaitu aktiviti menyuap
ikan makan di tepi tasik. Haaa.. best
kan, kat sini ikan-ikannya bukan setakat banyak malahan sangatlah jinak.. sampai
tahap ikan-ikan boleh serbu makan di tangan.
Sebab itulah boleh kata kat sini ikan boleh disuap-suap. Memang teruja dibuatnya. Bukan anak-anak je teruja, aku dengan EnWTT
pun sama naik. Dulu ada sekali kami
angkut semua lebihan biskut raya yang tidak termakan. Biskut raya yang usianya 2-3 bulan selepas raya. Baunya pun sudah tidak menarik
perhatian. Sedikit lemau. Kami bawa dan tabur di tasik, ratusan ikan
dan anak-anak ikan datang menyerbu.
Lepas tu balik malam, aku terpikir-pikir apa kejadahan memberi ikan
makan biskut raya yang expired. Kalau
sakit perut macam mana? Kalau semua ikan
tercirit-cirit di dalam tasik macam mana?
Sadis. Selepas itu aku memutuskan
tidak akan bagi lagi ikan makan biskut raya expired. Maka selepas itu kalau ke tasik, EnWTT akan membeli
dua buku roti Gardenia atau apa-apa sahaja roti yang sewaktu dengannya buat
menjamu ikan-ikan di tasik. Maka lenyaplah
igauan-igauan ngeri seperti sebelumnya. Hew hew hew !
Ikan yang
kami selalu tengok tu spesis ikan lampam pelbagai generasi, kadang-kadang
diselang seli dengan ikan toman yang amboi besarnya sampai ke tahap
menyeramkan. Kalau ternampak kelibat
ikan toman, cepat-cepatla aku suruh Rasyid dan Rumaisa naik ke tebing sikit,
terkenang-kenang plak cerita ikan jerung yang menyambar padahal saiz toman
dengan jerung tu tersangatlah berbeza.
Hehehehe. Perasaan dan gerak hati
ibu-ibu selalunya macam tu lah, berlebih-lebihan dalam apa jua keadaan. Setuju? Kalo tak setuju lantakkan di
sana. Ada mak kisah..
Kesimpulan
dari penceritaan ini, mari kita tengok gambar ikan-ikan yang aku cerita kan
tu.. juga aktiviti Rasyid dan Rumaisa bila mereka ke sana. Apa yang pasti, taman Botani memang
menyediakan pemandangan dan aktiviti menarik untuk dinikmati tak kira tua atau
muda, remaja maupun dewasa.
|
Rumaisa keterujaan |
|
|
Rasyidpun dah tak sabar nak tunggu ikan datang dekat |
|
Ikan-ikan yang sudah terbau rejeki memasing |
|
Ikan menyambar roti yang Rumaisa pegang
|
|
Rasyidpun nak terai jugak bagi ikan makan |
|
Ikan-ikan yang menyerbu |
|
Banyaknya ikan mandi... kata Rumaisa |
|
Rupa ikan dari dekat, yang ni pun nak bagitau. Hehe |
|
Dikerumuni ikan-ikan |
|
Sikit-sikit cecah kaki ke air... |
|
Lama-lama buleh mandi... kakak bergurau dengan adik main percik-percik air |
|
Adik balas balik.. kakak surrender sudahhh.. hehe |
|
Antara kemudahan di taman ini, pondok-pondok untuk berkelah |
|
Kakak tengah jemur badan dan baju yang kebasahan |
Dan di bawah ini ialah koleksi bunga-bunga orkid dan juga lain-lain bunga yang sangat menawan qolbu.
|
Tumbuhan parasit, dedalu menumpang hidup. |
|
Rumaisa : Buah apa ni mak ?Emak : Buah yang terdampar sendirian. |
|
Wajib amik gambar sendiri.. |
|
Rasyid pun... |
Akhir sekali terimalah pantun 2 kerat daripada mak, sekian untuk kali ini, berjumpa di lain entry.. pantun le sangat kan.. Semoga terhibur. Tataaa.. :)
3 comments:
Rumaisa : Buah apa ni mak ?Emak : Buah yang terdampar sendirian. >>> jawapan mak yg tak boleh belah!!!! kahkahkahkah
wahh..cantiknya gambar2 nih! :)
Lax - Aku taktau buah apa. Baik ada jawapan daripada tertanya-tanya sendirian kaedahnye.. hehehe
Marini - Hasil GF1 Panasonic Lumix memang tidak menghampakan.. eh terpromo plak di sini. Kehkeh
Post a Comment