Akhir-akhir
ni bila bukak cenel NGW tu, sikit-sikit ada ternampak gambar babi dan
anak-anaknya. Cerita singa pun ada babi,
cerita pasal harimau bintang pun ada babi terselit di celah-celahnya. Bukak cenel TLC eh yang 707 tu, alah citer
pengembaraan Anthony Bourdain carik makan di pelbagai negarapun, terkuar jugak
si babi ini. Bukanlah nak keji atau geli, tapi asal bukak tv jer nampak babi, bagai
berjodohan benar mak dengan babi yer.
Kehkehkeh.
Rumaisa
pun, daripada tak kenal babi terus kenal.
Yang bulat pink tu dia kata babi rumah, yang muncung tirus kaler hitam
tu dia panggil babi rumput sebab dok dalam hutan. Budak umur Rumaisa, rumput dan hutan mungkin
nampak sama. Sebab aku belum pernah
bawak dia masuk dalam hutan yang betul-betul jadi dia rasa kawasan berumput tu
adalah hutan. Takper nak, nanti bila dah
besar sikit mesti buleh beza mana rumput, mana semak dan mana hutan.
Berbalik
pada babi tadi, sebab dah selalu tengok maka bermacam-macam soalanlah yang
terkeluar pasal babi. Hari tu dia tanya
aku kenapa babi tu bulat. Bila aku masih
terkebil-kebil mencari jawapan, dia kata sebab babi tak petak. Ok fine, ikut logik akal dia.
Petang
semalam, ada dia tengok dokumentari pasal babi jugak. Dari sekian banyak babi tetiba ada terselit
beberapa ekor anak babi. Ni spesis babi
hutan yang muncung panjang. Sapa yang pernah tengok anak babi mesti tau cemana
rupa dia kan, takdelah terserlah sangat kebabian mereka masa kecik-kecik, bila
dah mai tua je rupa babi tu terserlah. Anak-anak
babi kelihatan comel, dengan belang-belang di belakang. Sekali imbas macam anak kucingpun ada.
“Comel
la mak” kata Rumaisa.
“Ya,
memang comel. Semua baby dalam dunia ni
comel tak kira baby manusia ke baby binatang ke” jawap aku pulak.
“Kakak
dengan Rasyid boleh main tak?” tanya dia lagi.
“Tak
boleh. Dia busuk” aku bagi alasan
mudah. Sesuai untuk tahap penghadaman
kepala dia.
“Kita
bagi la dia mandi. Suruh ayah syampu
nanti wangila. Hmmmmmm.. wanginyerrrr !”
sambil buat gaya sedut bau rambut aku.
Mata dia masih tak beralih dari TV,
dok tengok anak babi bermain-main, berkejaran sesama sendiri.
“Maktok
tu ada ComeyLotey dalam rumah…” katanya lagi, masih tak putus asa. Merujuk pada kucing yang mak aku bela di
kampung.
“Eh
tu kucing takperla, memang orang bela dalam rumah. Ni babi haram kita takleh bela babi dalam
rumah. Dah le haram, kotor pulak” terang
aku beria-ia.
Masa ni Rumaisa kerut hidung dia,aku
ingat dia dah faham maksud kotor dan haram. Lama jugak dia diam. Lega rasa bila aku ingat dia dah faham.
Tetiba…
“Mak, kenapa dia haram ? Babi tu tak Ishhlam
kerrr?”
Anak oii, mana ada babi islam tak
islam. Kalo jin tu ada gak ler kafir dan
islamnye. Tang babi ni memang out of
space le mak nak jawab. Tiba-tiba aku rasa ilmu keibubapaan aku ni cetek
secetek-ceteknya.
2 comments:
ilmu kebabian tak cukup tinggi ni.... sila blajar lagi topik babi ye.... hehe.....
budak2 punya soaljawab memang beyond expectation..... haha....
hahaha.. sungguh. sibbaik mak tak migrain jer!
Post a Comment