Monday, October 21, 2013

Cuci kereta & Kawan baru



Hari tu balik kampung cuti raya Aidil Adha, aku mengambil peluang cuci kereta kat satu kedai yang terletak di Kampung Charuk Padang, Sik iaitu di tengah-tengah perjalanan dari rumah emak En.WTT ke rumah emak aku.  Masa tu semua barang-barang balik kampung penuh dalam kereta.  Selimut dan bantal anak-anak, beg-beg pakaian penuh di belakang. Masa lalu di situ tengok tak ada pelanggan yang sedang menunggu ataupun membasuh kereta, jadi aku terus ambil peluang masuk.  Bukan apa, kat situ kalau ada sorang pun menunggu untuk cuci kereta cukuplah maka jawabnya hazab la nak menunggu turn sendiri sampai.  Sebab lama.  Satu-satu kereta dia basuh makan masa  sejam paling kurang.  Sangat teliti.  Kotoran-kotoran yang selalunya pi ke car-wash lain depa suruh polish jer kereta dengan alasan kotoran tak keluar atau dah lama jadi sebati dengan cat kononnnya. Kat situ dia tonyoh sampai bersih. 
 

Pemiliknya seorang lelaki berketurunan Siam.  Dibantu oleh isterinya.  Kalau masa cuti sekolah ada dua anak bujang yang masih bersekolah rendah yang membantu dia.  Anak-anaknya pun diajar membasuh kereta dengan teliti.  Aku tahu serba sedikit sebab sudah banyak kali singgah ke situ bila balik kampung.  Pelanggannya terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.  Semestinya yang pernah datang dan berpuas hati serta sudah sedia maklum akan jenis perkhidmatan yang diberikan sangat berbaloi dengan harga yang dibayar. Mereka sanggup tunggu lama.


Berbalik pada cerita aku tadi, kami singgah di situ pada jam 10.30 pagi.  Lepas tu angkut semua barang dalam kereta naik ke pondok buluh yg disediakan di tepi ‘car wash’ tu.  Kat pondok buluh tu sudah sedia ada seorang anak perempuan beliau yang berusia dua tahun, Cheeraporn main-main kat situ.  Anak-anak apabila saling bertemu, mereka cepat mesra maka tak sampai sepuluh minit sudah boleh jadi kawan.  Mungkin tiada gajet IT di tangan kot, dunia nyata nampak lebih terang dan indah berwarna-warni dengan pelbagai variasi.  Tak macam kita yang dewasa, ke mana-mana pergi lebih selesa berkawan dan membelek smartphone, tabs segala.


20 minit kemudian datang pula jiran mereka membawa dua anak perempuan berusia dua tahun dan tiga tahun, sorang bernama Lynie dan sorang lagi bernama Lydia.  Maka bertambah ramai lagilah kanak-kanak di situ.  Termasuk anak-anak aku jadi enam kesemuanya. Daripada duduk berjauhan saling tengok-tengok, jeling-jeling dan pandang-pandang akhirnya mula bercakap sepatah dua walaupun sebenarnya bahasa pertuturan sangat berlainan.  Anak-anak aku cakap Melayu, anak-anak depa cakap bahasa Siam.  Tapi buleh aje masuk.  Lepas tu masing-masing berkomunikasi ketawa mengekek-ngekek macam faham bebenar la padahal bila ditanya dengan emaknya anak-anak kecil tu tak faham bahasa Melayu.  Yang ku faham hanya beberapa patah perkataan iaitu ‘lai’ = datang, ‘ther’ = awak, ‘mot’ = semut dan beberapa lagi.  Jadi lawak bila masa depa saling bertelagah, ni Rasyidlah.  Budak-budak tu tunjuk belalang kat Rasyid.

“Rasyid, takkaten !” kata Lynie.

Disanggah si Rasyid ni “Bukan katak la, tu belalang”.

“Takkaten!” Lynie tetap menegaskan.

“Belalang, bukan katak !”.


Akhirnya baru ku tahu, takkaten tu ialah belalang. Kalau katak, sebutannya kangkho. Ini emak Cheera yang bagitau aku. Cicak disebut cingcok. Ikan pula pla.  Anjing ialah ma dan naga pula mangkon.  Haaa kau, kalau satu hari aku kat situ buleh tulis dictionary bahasa Siam sudah.  Hehe.


Apapun, aku rekemenlah tempat cuci kereta ni kepada sesiapa yang berada di situ atau lalu di situ.  Memang puas hati tak ada komplen-komplen punya lepas tu.  Teruja melihat anak-anak terlupa pula aku nak ambil gambar kedai tu dan tuannya sekali.  Takpa next time. Sambil-sambil tu layankanlah gambar-gambar sepanjang sejam lebih kami anak beranak di sana.  Semoga kemesraan berkekalan.   Dah 1Malaysia katanya.. bangsa dan keturunan bukan menjadi sempadan untuk membina persahabatan dan mengekalkan keamanan dan juga keharmonian.  Moga semangat ini berterusan sampai mereka dewasa nanti.


15 minit penuh kebosanan, bergolek-golek ketiga mereka dengan aksesori yang ada.


Dari kiri ialah Cheeraporn 2 tahun lebih, Lynie yang sebaya Rasyid, Lydia dua tahun, Rumaisa dan Rasyid.  Separuh kepala Rahman.  Tengah makan kerepek pisang memasing. 


Mula berkongsi mainan.  Di belakang ialah emak kepada Lynie dan Lydia.  Rasyid malu-malu takkaten dikelilingi anak-anak dara comel loteh. Hehe

Bergurau senda.  Kakak memang cepat mesra, merekapun sama.

Rumaisa tengah jual minyak.  Cerita hantu-hantu.  Cuba menterbalikkan kelopak matanya untuk memberi lebih efek hantu.


Hal budak perempuan, Rasyid tak berapa nak 'in' awalnya.

Main hantu-hantu.  Semua di bawah selimut busuk Rumaisa ni.  Terjerit-jerit dan terpekik-pekik tapi happy semuanya.


Hantu.. ! jerit anak-anak aku.  Phii taai hong.. jerit anak-anak depa.  Phii taai hong ialah ' Hantu orang mampuih' kata emak Cheera.  Kahkahkah.  Whatever la anak-anak, asalkan bahagia.

3 comments:

Leya said...

Betul Naja...hari tu kak balik Sik masa raya cuci kat situ jugak.Memang puas hati..Sebulan kot tak yah basuh keta bila balik KL(dalam la).memang bersih.Hari tu anak dia lelaki 2 orang tolong basuh...

Naja said...

Wahh hehehe.. ada jugak yang membasuh di situ ya! Apapun thanks la sudi singgah di blog saya nih Kak Leya.

Balik Sik kampung apa ?

Leya said...

Kampung Kemelong...haha,nanti next raya boleh kunjung mengunjung :-)