Asalnya aku nak
tempek satu gambar jer, konon-konon nak buat entry ala-ala ‘Wordless Wednesday’
tapi bangsa suka membebel macam aku tak payah nak wordless sangat la. Hewhewhew.
Aku kawin umur
26. Disember 2008 masa umur aku 30
tahun, Allah kurniakan seorang anak. Rezeki
aku, masuk umur 35 tahun sudah beranak tiga. Alhamdulillah syukur dengan pemberian Allah
SWT. Masa dapat Rumaisa terdetik di hati
aku, kalau takdir Allah menentukan Dia bagi seorang saja anak kat aku, syukur
sangat dah. Aku tak mintak lebih. Nasib aku dan EnWTT, juga takdir kami
barangkali. Tapi pakar motivasi kata
nasib kita manusia ni kita boleh ubah, takdir je tak boleh diubah sebab tu
ketentuan Allah. Hanya Allah yang
berkuasa mengubah takdir seseorang, atas kehendak Dia dan juga harus seiring
dengan orang yang ingin mengubah takdir hidupnya itu perlu pula berusaha sehabis
daya, berikhtiar dan berdoa serta berserah kepadaNya. Bukanla sebab dok pikir tu takdir Tuhan, maka
terus berputus asa dok tunggu menadah tangan berdoa meminta-meminta semata
dengan mulut ternganga tak payah buat apa-apa.
Err, terceramah pulak. Hihi.
Rumaisa Nur Milhan,
Rasyid Nur Muhaimin dan Rahman Nur Muzammil.
Merekalah harta dunia akhirat kami.
Allahuakbar !
4 comments:
alhamdulillah.
tahniah naja. ketentuanNya takdak sapa boleh halang :)
Thanks Tinie..*pelukpeluk*
Rahman muka sggh terserlah putihnya. Makan!!!!
Cahaya orang beriman kot no.. hahaha ! Muka dia je Rai.. part2 lain lebihkurang dengan Rasyid dan Rumaisa jugak.
Post a Comment