Sebagai
ibu bekerjaya yang waktu pejabatnya
habis pada jam 5 petang memang la roh untuk masuk ke dapur lepas balik kerja
bukan selalu mai menjengah. Adakala
kerana kemalasan, aku balik rebus teloq secukup bilangan kami anak beranak
pastu gaul kicap, makan ramai-ramai.
Mujur EnWTT jenis tak komplen. Kalau
dia rajin dia tambah la apa-apa juadah lain.
Cumanya kemeriahan lauk pauk yang disediakan bergantung pada tahap kerajinan. Bukan apa, adakalanya pandai memasak dan
rajin memasak selalunya tidak hadir secara berpakej. Ada yang rajin masak tapi tak sedap pun. Ada yang pandai masak tapi malasnya ya
rabbi. Ada yang memang pandai masak,
ditambah pulak dengan rajin. Memang
beruntung badan. Masuk bab memasak, aku rasa aku pandai gak
masak. Kategori masak lauk apapun sedap
ler.. (tapi hadir sama dalam pakej tersebut ialah pemalas) Hahaha. Mampuihla.
Seawal perenggan pertama sudah puji
diri sendiri, memang mengundang maki. Ya,
sekurang-kurangnya bila aku letak gambaq
masakan di fesbuk pastu takdela sibuk-sibuk menafikan tak pandai masak bila ada
yang memuji atau membuat penafian demi penafian konon-konon ‘try and error’ Haram nak letak kalu goreng ikan hangit
rentung, harus yang sedap-sedap dan nampak menyelerakan saja yang dipapar di
fesbuk. Jadi apakah maknanya itew ? Mohon diri sendiri untuk terasa.. orang lain
kalau nak turut terasapun dipersilakan sekali, apakan dayaku menahannya. Harharhar !
Berbalik bab masak tadi, pada malam tahun baru aku telah bertekad yang aku akan memasak untuk makan malam pada setiap hari kecuali sakit pening, rebah pengsan atau selop dan sebagainya. Ini azamku yang pertama yang datang secara tiba-tiba selepas gigih mengupdate status kat fesbuk pada malam 31 Disember 2013 seperti ini :
“Azam tahun baru 2014 : Mengulang azam tahun 2013
yang diulang daripada azam tahun 2012. What the...”.
Lepas tu aku
terfikir kenapa tidak membuat sedikit perubahan, kalaupun bukan untuk diri
sendiri.. untuk orang-orang yang aku kata aku sayang sangat dan sanggup
berkorban masa, tenaga, jiwa dan sebagainya untuk depa di rumah ni iaitu suami
dan anak-anak. Ok, bab pengorbanan ni
tak payah pegi ‘deep’ sangat lah.
Pengorbanan yang lebih besar kalau nak cerita kena betul-betul panjang
lebar bersekali dengan hujah-hujahnya.
Ini pengorbanan kecik-kecik yang tidak memakan masa atau mendera mental
dan emosi sangatpun. Jadi aku telah
bertekad sempena 2014, aku akan cuba memasak pada setiap hari untuk makan malam
sekeluarga. Sekurang-kurangnya pada
Januari 2014 ni.
Dan kata Dr
Fadzillah Kamsah masa aku pi seminar dia kat MOF dua tahun lepas, kalau nak
jadikan sesuatu perbuatan itu sebagai tabiat, hendaklah dilaksanakan 44 hari
berturut-turut. Tak kiralah, perbuatan
ka amal ibadat ka atau apa saja yang kita inginkan. Laksanakan 44 hari berturut-turut insya Allah
selepas itu ia akan menjadi darah daging.
Bertekad, berazam, berhempas pulas untuk buat jugak-jugak walaupun
kadang-kadang mai perasaan malas tahap tapir ataupun tahap kemalasan hang tu
selevel dengan najis mughallazah. Hat ni
bukan Dr Fadzillah Kamsah kata, ni aku yang kata. Hehe.
Jadi pada
petang semalam, dengan bangganya aku telah memasak untuk makan malam kami
sekeluarga pada hari ke 27 tanpa gagal.
Aku harap aku mampu meneruskannya untuk 17 hari lagi sebelum menjadi
darah daging, meresap roh memasak tu bersatu dengan rohku agar kemalasan di
hari-hari mendatang akan terus menyingkir dari jasadku ini. Ha kau ! Semangat. Hehehe. Menu tak gah, lauk pauk biasa yang sapapun
buleh masak. Satu jenis lauk, satu lagi
sayoq. Kalau rajin up dua jenis
lauk. Takda menu megi untuk dinner. Walaupun ia seperti perbuatan kecil dan
biasa-biasa, tapi aku rasa ini adalah secebis kisah kejayaan dalam berkeluarga. Menghindari makan di luar yang penuh dengan monosodium
glutamate atau panggilan manjanya ajinomoto dan ditambah pula dengan harga makanan
sekarang yang mencekik dompet, kesanggupan dan kerelaan untuk memasak setiap
hari adalah satu kerja calang-calang untuk orang seperti aku !
Tapi apa
yang penting dari semua-semua tu ialah aku memerlukan sokongan moral EnWTT
dengan cara cuba balik seawal mungkin ke rumah.
Tak payah lagi bertunggu tangga di opis menghabiskan kerja-kerja yang
tak mungkin habis. Bukan saja dia,
akupun sama. Tahun 2014 menyaksikan
pertama kali aku masuk mengadap Puan Boss, menguatkan semangat memberitahu
beliau aku ingin balik ke rumah sebaik tamat waktu bekerja jam 5 petang. Aku hanya akan stay sekiranya ada urusan
yang sangat mustahak. Kalau kategori
biasa-biasa simpan saja buat esok pagi. Alhamdulillah, Puan Boss setuju. Putaran waktu bekerja takkan habis selagi tak
pencen.
Kalau EnWTT
balik awal, dia boleh layan anak-anak, aku memasak. Memang kami ada bibik, tapi anak-anak bila
nampak muka mak ayah kat umah selalunya tak nak ke bibik dah. Logik jugakla, kami keluaq seawal pagi
tinggalkan depa semua kat bibik, bila dah petang nampak kami balik mestila nak
bermanja dan bercerita itu ini. Sebab
itu aku akan meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam layan anak-anak
pastu baru bersilat berkuntau di dapur. Akupun
ingin mengurangkan pergantungan kepada khidmat bibik. Lagipun bibik yang sekarang ini rajin benar
jadi tak sampai hati plak aku nak tala semua benda kat dia. Cukuplah dengan apa yang dia buat dari
bangkit tidur jam 6 sampai la dia masuk ke sarang pada jam 9 malam
selewat-lewatnya. Syukur dah, jangan kau
meminta lebih. Macam biasa, semua
bibik-bibik yang diambil bekerja dengan kami sebelum ini ok-ok jer kot sehingga
depa cabut lari (time tu baru la aku rasa tak ok). Yang lepas biaq lepas, takmau aku dok
menangis meratap !
Entahla
ni entry ka luahan hati ke apa akupun taktau, takdak kategori. Pun takdak penutup. Tak klimaks.
Sori.
1 comment:
Moral of the story, en WTT sila balik awai :)
Post a Comment