Wednesday, April 25, 2012

Mari Ber'DIY' - Projek #1

Ini adalah projek ‘DIY’ aku yang pertama. 

Kat rumah kami ada sebuah oven,  pemberian rakan En.WTT.  Oven ni la En. WTT selalu buat aksi-aksi  'Licence To Grill' beliau jamu anak-anak dan isteri (dan bibik) makan.   Sayangnya satu hari cerminnya sudah pecah.   jadi aku pergi ke Kafur (tercinta seperti biasa), bertanya di sana kalau-kalau ada penyelesaian untuk cermin tersebut yang sesuai dengan bajet mak. Sekali staff di situ mengkhabarkan berita yang agak sesak nafas mak, kalau nak ganti cermin sahaja kena bayar RM80.  Aku jengoi tengok oven elektrik Elba yang baru di atas rak.  RM120 saja.  Tak jauh beza dengan harga sekeping cermin ganti.  Terasa mahal.  Jadi kesudahannya tak jadi ganti cermin.

Saban hari menengok oven yang terdampar tak buleh guna, nak buang terasa sayang.  Tetiba ada idea nak transformkan ia menjadi sesuatu, maksud aku ia tetap sebijik oven yang kehilangan cermin tetapi kegunaannya sudah berubah 360 darjah.

Maka hari Ahad hari tu sepeninggalan En. WTT, aku mulakan projek DIY ini dengan harapan menjadilah ia seperti yang diharapkan.   Walau bagaimanapun atas kebanjiran buruh kasar yang tidak diundang, projek tersebut terpaksa dihentikan seketika.  Jam 9.00 malam tadi aku sambung balik, siap jam 12.30 malam dan kerana keciwian teramat, ni gigih up kat blog.  Semoga projek ini memberi idea kepada kawan-kawan semua untuk mencuba di masa hadapan.



Bahagian Pertama - Ahad petang
 



 Buruh-buruh kasar merangkap pembantu yang sampai berperang saudara
punyerla berebut  nak membantu.


 

Segala isi perut dibuang supaya lebih ringan.



 Mak punya pembantu,  duduk atas kaki lagi.. huhuhu



 Isi perut siap digeledah




Bahagian kedua - Selasa malam
 
 Siap sedia untuk proses seterusnya, mengecat

dan hasilnya...



><






>><<







>>><<<










>>>><<<<











>>>>><<<<<< 


 

Taraaaaaaaaa....

 

 Almari buku ! Tih tih tih..

Saturday, April 21, 2012

Terapi stress


Khamis lepas kat pejabat aku diserang sakit kepala tahap tak tau nak habaq.  Sakit kepala yang membawa ke belakang tengkuk lalu menyelinap turun sampai ke tulang belakang.  Lenguh bahu usah cerita.  Tengok skrin komputer rasa macam nak terkeluaq bijik mata, keningpun lenguh jugak.  Pandang kertas A4 yang terdampar di atas meja pun rasa macam tekanan perasaan yang melampau. Badan lesu, otak letih.  Rasa tak sabar nak balik rumah nak lentang-lentang.

Jumaat cuti balik kampung, membawa ke Isninpun cuti.  Hari Selasa pagi bangun tidur nak pergi kerja, rasa macam kepala mau pecah.  Sakitnya seperti kena hempuk dengan hammertun.  Sakit di belakang sampai takleh gerak.  Lenguh bahu seperti dok menanggung sesuatu.  Jam 3.00 petang ajak Encik WTT pergi klinik di Bangi, berjumpa Dr. Rahimi di Klinik Sofea.  Mata bengkak, muka sembab. 

Selepas bercerita lebih kurang dengan Dr. Rahimi akan simptom-simptom yang aku alami, terus aku ditanya
“You ada masalah rumahtangga ?”

Soalan Dr. Rahimi membuatkan aku mengesyaki punca utama  stress di Malaysia ini adalah kerana masalah rumahtangga.  Soalan kedua beliau barulah berkaitan masalah kesihatan ahli keluarga terutama anak-anak.  Menurut beliau, anak-anak yang sakit juga mengundang stress kepada ibu-bapa.


 “Alhamdulillah, Dr.  Suami, anak-anak semua sihat.  Saya rasa keluarga saya ok-ok saja, kami tiada masalah rumahtangga.  Kami keluarga biasa-biasa yang bahagia.. “ jawap aku. Dr  Rahimi pandang aku, angkat kening dan tersenyum.  Keh keh keh. Ntah apa punya jawapan.

“Tension kat tempat kerja ?”  

Soalan yang ni aku amik masa nak jawap.  Sebenarnya aku tak rasa stress ni datang dari tempat kerja, atau mungkin betul tapi aku tak menyedarinya.  Aku rasa ok-ok saja.  Atau mungkin kerana terlampau meletakkan komitmen yang tinggi dengan harapan dapat memuaskan hati orang lain (walaupun pada hakikatnya, tiada siapa mampu memuaskan hati semua orang pada kebanyakan masa)  akhirnya mengundang stress ?  Stress celah mana kalau kat pejabat takde sapapun buli aku?  Boss pun, sangat baik.  Alhamdulillah.  Tak kiralah boss dulu atau boss sekarang.  Boss dulu tebal dengan sifat kebapaan.  Boss sekarang pula sangat keibuan.  Eloklah tu, dulu ayah sekarang ibu.  Lengkap dan seimbang gitu putaran kerja aku di sini. Heheheh.  Semuapun ok saja. 

Dan kata Dr. Rahimi, tak semestinya kena buli baru nak rasa stress.  Beban kerja berganda jugak mengundang stress.   Owh.. ok, jangan lawan cakap doktor.  Doktor kata aku diserang stress, stress mengundang migraine dan vertigo.  Baru sat-sat tadi aku google carik apa benda vertigo.  Menurut pemahaman aku, vertigo adalah sejenis spesis pening-pening.  Aku terima penerangan doktor dengan hati terbukalah nak cakap apa lagi.  Dan yang tak tahannya stress dengan kerja. Heheheh.. hahahaha.  Lucu pulak rasanya.   Aku start kerja ujung tahun 1998 dan sehingga 2012 ni,  kali pertama aku dilanda benda macam ni.  Berapa banyak ruang masa dalam tempoh hampir 14 tahun tu aku tidak migraine dan stress.. Ok insaf, baru kali ini Allah menguji aku dengan migraine dan stress. 

Dan selepas keluar dari klinik En WTT bawak aku raun-raun sekitar Bangi dan Kajang tanpa tujuan.  Terserempak satu kedai, aku masuk tengok-tengok.  Dan terus pilih-pilih, lepas tu beli, beli dan beli tak tengok kiri kanan.  Tiba-tiba rasa stress itu berkurang.  Serious sakit kepala sudah di tahap ringan.  Sekarang aku buleh katakan, melihat benda-benda sebegini mungkin sebahagian daripada terapi stress.  Dan ini, terapi stress ku yang pertama.  Terapi yang bersifat kebendaan.  Terapi kerohanian kita cerita di bab yang lain.


  
   Reben Grosgrain 

   Macam-macam corak dan warna



   Reben Grosgrain siap gulung - 1 meter setiap satu



Cantik kan ?



 Bermacam-macam warna




 Bukan untuk diniagakan.. 




 Bakal menjadi hobi di masa depan.. kumpul reben :)





"Awak nak buat apa dengan reben banyak-banyak tu ?" soal suamiku yang tercinta, En WTT.

“Saya pun tak tau, beli je dulu.  Nak buat apa dengan reben ni fikir kemudian,”  benar aku tiada jawapan konkrit untuk diberikan pada En. WTT.

“Takpa nanti senang-senang saya bawak awak gi Plaza GM.  Kat situ segala macam ada, lagi banyak dari kat sini,” katanya berjanji. 

Dan aku ? Wahhhhhhhh.. menunggu hari di mana janji itu akan dikotakan. 

Sekian!



Wednesday, April 11, 2012

Rasyid Sudah 2 Tahun


Hari Sabtu 7 April 2012, genap usia Rasyid dua tahun.  Sedar tak sedar masa berlalu, rasa macam baru sangat lagi dia hadir menyerikan keluarga kami.  Lengkap sudah rasanya keluarga aku, walaupun tidak berapa meriah dengan anak-anak tapi bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang.  Seorang lelaki dan seorang perempuan.  Kalau ada rezeki di masa hadapan dan sekiranya diizinkan Allah,  aku ingin menambah ahli keluarga lagi.  Buat masa ini saranan doktor agar menjarakkan kelahiran tiga tahun selepas lahirnya Rasyid haruslah dipatuhi demi kesejahteraan sejagat. Hehe.. sejagatlah sangat.  Faktor keselamatan ibu dan anak wajib diambil kira supaya tidak terjadi insiden yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.  Berperibahasa pulak mak di awal-awal pagi, takpa lah.. anggaplah ia sebagai senaman minda.

Jadi sempena umur Rasyid yang sudah mencapai dua tahun, kami sekeluarga membuat sambutan hari jadi seadanya.  Kebetulan pula kawan Mr.WTT merangkap jugak kawan aku datang rumah pada malam sebelumnya, maka secara tak sengaja merekapun terlibat jua dalam aktiviti menyiapkan projek ‘DIY’ sambutan hari jadi Rasyid yang aku buat.   Kepada sahabat handai, rakan taulan dan saudara-mara, maaf bukan tak nak jemput tapi bajetnya ciput.  Eh seperti pantun dua kerat pulak.. haha !  Sebelum aku meroyan lebih dasat mari layankan gegambar..

Auntie Lilian sedang tolong-tolong.





Proses DIY (i)
Proses DIY (ii)
Proses DIY (i)
Hasilnya yang tak seberapa tapi cukup buat Rasyid dan Rumaisa tersenyum gembira

Kek Angry Bird
Cokie=cokie perasa strawberry

Sesi potong kek.  Rumaisa tumpang sekaki.

Kakak eksaited.. :)
"Lasyett.. duduk sini !"

Yeyyy.. yeyyyy, sudah 2 tahun

Rasyid sebenarnya konpius.. hari jadi ni natam apa sebenarnya. Blasah jer la nak, esok besar2 kau akan faham.. hehehehe !





Monday, April 2, 2012

Amanina

Mula-mula aku rasa malas nak citer benda ni sebab kadang-kadang satgi terfikir blog aku dah jadi macam slot drama seram kat TV3 plak… asal malam Jumaat jer ada citer-citer hantu. Tapi oleh kerana hari ni ialah hari Isnin dan bila pikir-pikir balik, apa salahnyer aku share pengalaman ibu-ibu seorang aku dari sudut berlainan. Manalah tau kalo lepas-lepas ni sapa yang mengalami pengalaman yang hampir serupa, buleh dapat idea nak buat apa dan macam mana mau hadap.

Ceritanya macam ni, lebih kurang dua bulan lepas, Rumaisa suruh aku panggil dia dengan nama Amanina. Alasannya dia suka. Mula-mula aku ikutkan saja, tapi selepas tu aku mula terfikir-fikir siapakah gerangan Amanina dan kat mana pula Rumaisa dengar nama tu ? Kawan yang dia jumpa kat tamankah bila petang-petang bibik bawak keluar dia dan Rasyid main di situ atau anak-anak jiran yang mana kanak-kanak seusia Rumaisa boleh jumpa kawan sendiri. Kata bibik, Rumaisa buat hal sendiri saja di taman. Main semua permainan yang ada yang dia boleh main dan tiada kawan melainkan Rasyid.

Dan, dalam masa dia memaksa-maksa aku panggil namanya Amanina tu, setiap masa kalau ada waktu terluang Rumaisa akan masuk dalam almari pakaian aku dan bermain di situ. Kadang-kadang berseorangan dan kadang-kadang diajak Rasyid sekali. Tapi Rasyid jarang-jarang mau ikut, mungkin bagi Rasyid tiada apa yang menarik kalau sekadar berdiri di sebalik pintu almari dan mendengar kakaknya bercakap-cakap dengan diri sendiri sambil gelak-gelak. Adakala gelaknya seperti digeletek-geletek pulak.

Kekerapan bermain dalam almari makin menjadi-jadi. Siaran BBTV pun sudah tidak begitu menarik lagi buat Rumaisa. Siput ungu bernama Tulli, binatang sayur-sayuran dalam Vegimal maupun monyet comel Oliver sudah tidak mampu menarik minat Rumaisa. Kalau aku ajak dia menonton BBTV, jawapan dia

“Kakak syibokkk nih.. takpa takpa mak tengok la syeringa!” merujuk kepada minat aku yang suka tengok singa dan binatang-binatang yang seangkatan di NatgeoWild. Padahal bukan hari-haripun aku tengok menatang tu.

Hinggalah beberapa minggu lepas tu, masa berbaring-baring lebih kurang jam 11 malam, terjadilah perbualan ini dengan Rumaisa

“Mak panggil kakak Amanina yeee? “ untuk kesekian kalinya dia mintak aku panggil nama dia Amanina. Minat sungguh !

“Yer la, tapi kenapa nak panggil Amanina? Nama kakak kan Rumaisa.. “.

“Kakak syukaaa.. mak panggil la nama kakak Rumaisya Nu Milannnn Amanina Jikkeliii” ujarnya agak pelat merujuk kepada nama sendiri, Rumaisa Nur Milhan dengan tambahan Amanina di belakang berbintikan Zikri.

“OK mak panggil kakak Amanina, tapi Amanina tu sapa ?”

“Kawan kakak” jawapnya senyum malu-malu.

“Oooo kawan kakak, dia duduk mana ?”

“Alaaaa mak ni, tak tau pulakkk.. “ masa ni Rumaisa gelak-gelak.

“Ohhh.. kawan kakak si Amanina tu tu dok mana?”

“kawan kakak le mak. Duduk dalam lemali!”

“Almari ? Almari mana ??”

“Lemali mak laaaaaaa.. mak nih!” sambung Rumaisa, tangannya tunjuk almari dalam bilik tidur kami. Daripada berbaring dia pun ikut duduk. Teruja. Jam dah lebih 11 malam wei, anak aku senyum ala-ala menyeringai pulak.

“Mak jomm tengok Amanina, dia cantik macam kakak jugak..”

“Takyah takyah, Amanina dah tidur tu esok je kakak main dengan dia”.

Tengah-tengah malam. MrWTT takde kat rumah, ada trip ‘Geng Bas Sekolah’ di Johor. Anak yang baru buleh bercakap fasih sedikit bercerita perihal kawannya yang duduk di dalam almari yang aku sendiripun tak pernah terpikir. Sumpah malam tu, aku jadi takut dengan almari pakaian sendiri. Setiap 10 minit kalih tengok pintu almari, dekat-dekat nak pagi baru aku terlelap.

Esok paginya aku menelefon seorang Ustaz yang aku kenal, bercerita dan minta nasihatnya.

“Letak garam dan lada hitam dalam almari, kalau ada ‘benda’ kat situ Insya Allah dia takkan duduk dah. Kamu jangan lupa baca selawat dan juga Ayat Kursi tiap-tiap malam sebelum tidur tiup kat telinga anak. Tak dak apa tuh, saja budak tu nak carik kawan bermain.. ” kata ustaz nih yang kliniknya beroperasi di Seksyen 17, Shah Alam.

Selepas seminggu aku letak garam dan lada hitam dalam almari pakaian aku, dan baca beberapa potong doa yang disarankan oleh ustaz tersebut, Rumaisa dah tak main dalam almari tu dan juga nama Amanina sudah tidak kedengaran lagi disebut.

Apapun mak masih cuak bukak pintu almari sendiri..