Ini adalah projek ‘DIY’ aku yang
pertama.
Kat rumah kami ada sebuah oven,
pemberian rakan En.WTT. Oven ni la En. WTT selalu buat aksi-aksi 'Licence To Grill' beliau jamu anak-anak dan isteri (dan bibik) makan. Sayangnya satu hari cerminnya sudah
pecah. jadi aku pergi ke Kafur (tercinta seperti biasa),
bertanya di sana kalau-kalau ada penyelesaian untuk cermin tersebut yang sesuai dengan bajet mak.
Sekali staff di situ mengkhabarkan berita yang agak sesak nafas mak, kalau nak ganti cermin sahaja kena bayar RM80. Aku jengoi tengok oven elektrik Elba yang
baru di atas rak. RM120 saja. Tak jauh beza dengan harga sekeping cermin
ganti. Terasa mahal. Jadi kesudahannya tak jadi ganti cermin.
Saban hari
menengok oven yang terdampar tak buleh guna, nak buang terasa sayang. Tetiba ada idea nak transformkan ia menjadi sesuatu,
maksud aku ia tetap sebijik oven yang kehilangan cermin tetapi kegunaannya
sudah berubah 360 darjah.
Maka hari Ahad
hari tu sepeninggalan En. WTT, aku mulakan projek DIY ini dengan harapan
menjadilah ia seperti yang diharapkan.
Walau bagaimanapun atas kebanjiran buruh kasar yang tidak diundang,
projek tersebut terpaksa dihentikan seketika.
Jam 9.00 malam tadi aku sambung balik, siap jam 12.30 malam dan kerana
keciwian teramat, ni gigih up kat blog.
Semoga projek ini memberi idea kepada kawan-kawan semua untuk mencuba di
masa hadapan.
Bahagian Pertama - Ahad petang
Buruh-buruh
kasar merangkap pembantu yang sampai berperang saudara
punyerla berebut nak membantu.
Segala isi perut dibuang supaya lebih ringan.
Mak punya
pembantu, duduk atas kaki lagi.. huhuhu
Isi perut siap
digeledah
Bahagian kedua - Selasa malam
Siap sedia untuk proses seterusnya,
mengecat
dan hasilnya...
><
>><<
>>><<<
>>>><<<<
>>>>><<<<<<
Taraaaaaaaaa....
Almari buku ! Tih tih tih..
8 comments:
kreatif...memang cantik..
dah mcm vintage gile dah.. mmg semart lar.
kak naj mmg kreatif tahap superman nih....tabik springg
naja... lawa.. cute..comel.. dan apa -apa perkataan yang seangkatan dengannya....
wah naja.. arivavavava.. memang kagum ah ngan kreatifan hang tu walaupun ramai buruh kasar yg 'menolongmu'.. LOL
lawa gila weih!
kreatip de bas la hang. eh, bas WTT. kreatip de vasss la hang naja. *clap clap clap*
Hai kawan-kawan, kalo rasa nak suruh aku cat, hantaq la mai oven-oven lama yang tidak mampu berfungsi sebagai oven dah.. Insya Allah, lagi 2 tahun baru dapat balik kat korang.. kekekeke !
Terima kasih kepada yang merasakan bahawa projek #1 ini adalah projek kreatif :) Aku baru je nak gilap2 balik bakat yang terendam sekian lama.
kreatif n cantik.. boleh diketengahtepidepanbelakangkan nih..
Post a Comment