Pada satu hujung minggu yang percuma, aku dan mrWTT bawak anak-anak dan bibik jua bersantai di Taman Botani, Putrajaya. Taman ini terletak di Presint 1, lokasinya di bulatan gergasi Putrajaya. Berhampiran dengan pejabat Perdana Menteri kita. Taman ini khabarnya mempunyai tidak kurang dari 700 spesis bunga-bungaan dari 90 buah negara di seluruh dunia. Dibuka kepada orang ramai dari jam 9 pagi hingga jam 7 petang kalo ikut waktu beroperasi secara rasmi tapi ramai saja umat aku tengok dok jogging di situ seawal jam 7. Yang bestnya, masuk adalah percuma ke kawasan yang berkeluasan 230 ekar ni.. tercabut kaki kalo mau jelajah semua dalam satu hari. Kalo mahu ke Zon Pameran Interaktif, bayarannya adalah serendah RM2 sahaja. Sangat berbaloi-baloikan ?
Jujurnya, dah lama aku tak jengah ke Taman Botani ni. Seingat aku zaman-zaman berdua dulu saja ada dua tiga kali pi sana, amik-amik angin. Itupun tahun 2005-2006 kot. Syukur kepada Tuhan, hobi berjalan-jalan yang digilap semula pada pertengahan 2010 membawa kami ke sana kemari mencari destinasi-destinasi unik lagi ceria untuk membantu proses tumbesaran anak-anak. Uhikss.. Alasan takleh blah!
Rasyid dan Rumaisa sangat suka kalo ke sini kerana boleh tengok banyak benda dan main macam-macam. Tanah, pasir, rumput, ranting-ranting kayu, lopak air, daun-daunkering, bunga, semut, kumbang dan banyak lagi adalah objek-objek baru yang dibelek oleh Rasyid danRumaisa bila mai sini. Sangat best.. di tepi tasik pula, anak-anak ikan sangat ‘peramah’ sampai tahap makan di tangan. Terjerit-jerit la kehepian bebudak yang dua ketoi itu..
Mari layan gegambar yang ditaja oleh Panasonic Lumix.. OK, aku membuat fitnah.. banyak lerr Lumix nak taja. Uhiksss
Tasik Putrajaya sambil mendengar lagu-lagu Melayu asli.
Seram punyer sengih, puas ati dapat main-main dengan ikan.
Jalan menuju ke taman bunga, pun cantik mata memandang.
Orang dulu-dulu letak di sanggul rambut.
Tapi blog mak kan.. (suka ati mak!)
4 comments:
kihkih..aku suka pada ayat hang yang lucu..dan anak2 hang yang comel serta gambar2 yang menarik..
rini, kesengalan melanda hari ni. bosan tahap ben10!
terbaik la naja.. baca blog hang.. hatiku turut menyanyi riang..like!
umie - aku vervangga kalo membuat ati hang turut menyanyi riang.. he he he
Post a Comment