Friday, June 3, 2011

Review Filem : KARAK


Ok, semalam bawak adik aku g GSC angan-angan nak tengok hero serabut Johny Depp tapi tiket untuk yang jam 6.15 petang tu dah sold out. Nak tengok yang jam 9 malam, ntah bila pulak aku nak sampai balik umah sebab cerita tu makan masa 2 jam 20 minit. Sebab esoknya adalah hari bekerja maka tak koser aku nak berpeleseran lelama di luar. Mukadimah harus takleh blah! Maka terbeli la tiket tengok citer KARAK. Ni cerita hantu Melayu ke dua aku tengok kat wayang selepas aku tengok Ngangkung.

15-20 minit pertama, memang berdebuk-debuk jugak jantung. Lepas pada tu memang tak lari jauh jalan cerita filem ni apa yang aku agak.. mesti ada jerit-jerit, sesat dalam utan, masuk umah buruk.. dalam umah berantu. Kuar jari dengan kuku runcing dari celah lantai dan celah dinding.. Aku memang nak marah dengan cerita hantu yang selalu sangat jadikan modal hantu dok dalam umah buruk, banglo lama.. villa terbiar. Negara-negara jiran kitapun kalo buat citer hantu mesti kebanyakannya dalam bangunan jugak! Adehhh, cuba la buat pembaharuan sikit, hantu dalam bas ka.. driver bas berantu ka.

Walopun centu, cerita ni ada la pengajaran dia yang sekian lama kita dengar dari zaman kecik-kecik sampai besar-besar, yakni jangan la terlampau berani or cakap besaq aka riak bila kat tempat yang kita tak biasa dengan persekitarannya. Mulut jangan capoi ! Pastu, jangan la lupa dengan tanggungjawap kita sebagai hamba Allah even moden tara mana kita ni, suruhan-suruhannya jangan kita lupa. Tunaikan tanggungjawap sebagai hambanya, kelak kita akan punya kekuatan dalam diri dan jugak keimanan supaya dapat menangkis dugaan-dugaan dan mainan-mainan syaitan yang direjam ni. Gitulah pemahaman aku.

Dah ada review, harus ada penarafan.. aku bagi 2 ½ bintang untuk KARAK. Apapun taniah jugak kat KRU. Walopun menonton citer Karak ni tidak mungkin dapat menandingi kepuasan menonton Hikayat Merong Mahawangsa, kurang-kurang ia adalah lebih baik daripada CicakMan.. kakakakaka !

Tapi nak bagitau jugak dalam dok mengomel filem ni tak best, balik dari GSC kat Alamanda tu time nak masuk lif tengok gak kiri kanan.. gila seram aku dok imajin kalo-kalo makcik tua dalam filem tu ngekor balik umah.. haihhhh!

No comments: