Friday, May 6, 2011

Taman Burung Kuala Lumpur (bhg. 3) - Burung-burung bebas berkeliaran

Masih lagi cerita Taman Burung. Untuk kali ini gambar-gambar burung yang bebas berkeliaran pula. Burung-burung ni la yang aku habaq dalam entry terdahulu jenis tak takut dengan orang, samada bebas merayau di laluan pengunjung maupun berdansa di kolam bersama-sama dengan teman seangkatan. Pemandangan indah yang sangat menerujakan. Ada yang besar-besar dan ada yang kecil.

Dalam banyak-banyak burung di situ aku paling suka dengan burung yang ala-ala bangau tapi kecik saja dari bangau, dalam bahasa pasarnya burung ini dikenali sebagai sejin antena kerana ia berdiri tegak mcm antena. Hahaha. ( Sila percaya dengan penipuan mak nih! ) Oh, lagi satu pengetahuan baru aku hasil daripada berkunjung ke Taman Burung ini ialah emu dan ostrich atau burung unta itu adalah burung yang berlainan sama sekali. Tahniah untuk diri sendiri.

Macam biasa, layan saja gambar-gambar di bawah ini ya tanpa sebarang prejudis.








Sejin-sejin comel yang berkeliaran



Antara pemandangan menarik di taman


Rupa paras burung unta atau ostrich


Emu


Sekadar di pinggiran


Bangau yang kesepian


Burung ni semedang menjeling je kejanya



Sejin merah buah kana


Cantik ciptaan Tuhan



Merak abu-abu


Swan in black. Unik dan kekwat. Tak geng dengan swan-swan yang lain


Burung undan. Gila besaq.


Kawanan bangau sedang berpeleseran




Sama saiz dengan itik angsa



Antara penghuni terbanyak di taman ini. Tak tau nama, bersaiz ayam.





Merak pun banyak jugak, merata-merata

2 comments:

Fuuhhhh la la ..... said...

bestnya naja.... syahmi suka tengok burung-burung nih... nak kena gi le... baper hengget tiket masuk?

Naja said...

Dewasa RM20, kanak-kanak lebih daripada 2 tahun RM10, kurang dari tu free. Best jugak tempat ni.. :)