Friday, June 17, 2011

Anak Haram !

Ini cerita petang semalam. Aku keluar pejabat dalam 6.15pm selepas usai kerja-kerja kat pejabat. Hala balik niat aku nak singgah sat kat kedai di Presint 16, dengan satu niat suci iaitu nak beli tempe. Tempe kan satu makanan yang penuh dengan vitamin, jadi haruslah makan selalu sekurang-kurangnya buleh feeling jelita macam Khir Toyo. Kakakaakaka. Okeylah berbalik pada cerita asal.

Sampai area situ, akupun nak masuk parking. Tengah dok ekjas-ekjas kereta dah masuk separuh kotak parking tetiba laju saja kereta tepi belah kanan aku tuh kuar parking. Aku syak dia tak perasan kot yang aku dah masuk parking tepi kotak dia. Terus dia tekan brek. Mengejut. Mujur dia sempat tekan brek kalo tidak harus kereta kami bercakaran di situ. Dia keluar dengan menyinga sekali. Alamak, salah sapa ni ?

“Wehhh anak haram, ko tak nampak ke aku nak keluar parking ni ?”

Tu dia haih… mulianya bahasa driver keta yang sama jantina dengan aku tu, tapi dia nampak macam muda lagi sangat, awal dua puluhan. Comel juga. Cuma bahasa yang tak berapa nak comel.

Aku serious malas layan, kalo aku layan memang buleh melarat sampai ke bergaduh. Dan sebab dia tengok aku tak cakap apa, lagi la angin meroyan dia takleh control

“Woi anak haram, ko tak reti bahasa ker? Buta ker ? Vaginamakkkk betul!!” dia maki.

Okey aku tipu, dia sebut pukimak. Aku try ubah jadi vaginamak kot kalau nak nampak lebih sopan dan beradab tapi haram tak sopan pun kan..

Sekonyong-konyong dia meroyan di situ, tiba-tiba satu kereta peronda Polis sampai. Keluar dua orang pegawai Polis ni tanya apa hal. Beria-beria dia report kat Polis tu aku masuk parking tak tengok kiri kanan, hampir-hampir nak langgar kereta dia. Akupun membela diri, dah tak nampak dia nak keluar. Walhalnya masa aku masuk parking tu takda pun dia bg isyarat nak keluar ke apa ker kot dah boh gear reverse ke kita buleh nampak lampu belakang. Pastu sedap-sedap panggil kita anak haram. Macam tu lah lebih kurang penerangan aku kat Encik Polis berdua tadi.

“Arghhh.. dah buta tu buta la jugak, tak nampak ke aku nak kuar. Dasar anak haram!” buleh macam tu dia tengking aku. Memang mental la dia ni.

Kerna tersangat menyirap, depan-depan polis tu gak aku lempang dia sedas.

“Sedap gigi hang saja ngata aku anak haram, sperma pak akupun hang tak pernah tengok! “.

Sumpah dia terkejut kena lempang, dan akupun terkejut juga sebab bagi pelempang kat dia. Tindakan refleks kot no? Tiba-tiba dua Encik Polis umur tahap adik-adik ni tadi gelak mengekek di situ

“Hahahaha, ayat akak memang takleh blah! Kalau kat FB wajib saya laikkkk akak“.

(Lihat betapa kuatnya pengaruh FB di situ)

“Saya nak balik ni encik, sakit ati malas tunggu”.

Aku masuk dalam keta start enjin pastu berlalu dari situ dengan selambernya.. konon-konon selamber tapi dalam hati cuak gila babi jugak sebab dah lempang orang bersaksikan polis.

.... dan hari ni, sumpah aku berdebar-debar dok tunggu kalau-kalau ada panggilan dari Balai Polis Putrajaya mintak hadir bagi siasatan kes lempang orang. Allahuakbar!



Gambar hiasan semata.

9 comments:

TiNiE said...

haisshhh...
mmg menyaspenskan...bengong aarr minah tuh.

emak. bukan penari tiang said...

pergh kak naja! i like la! kahkahkah!

mulut cibai camtu memang harus makan pelempang..alah kalau dah kuang ajaq sangat tu, polis pun pahammm..

kahkahkah! ambik!

marshmallow said...

ffuuyyyooooo!!!mmg terbaekkkk...kalo sy de skali sy pn nk bg gak la...sdp2 je mulut ckp cmtu..tp mmg trebaekkk la...hehehehe

umieliza said...

fuh.. penampor melayu ka penampor jepun.. wakakakakak.. padan mukorr

Fuuhhhh la la ..... said...

cam x cayer je ko dah lempang minah tu... tapi memang patut pun dilempang sbb kurang ajar sangat....

june said...

fuuuhhh... yeeehhhaaaa.. sekali ko waachaaa.. padan muka pompuan tue.. kalu ada balai polis call, cakap akat aku.. nanti aku call Ketua Polis dia...

mirul3031 said...

naja, lu bravaoo arr...wa salute sama lu..akak baca pun panas jer...dok igt u sabaq jugak la at the first stage...and lucky, and the end, u mengeluarkan 'sepakan penalti'...nah rasakan...harus diajar sebegitu bg anak org yg kurang hajar tuh..i pray for u that takder surat saman akan smpi ke tangan u later.....heheeee....wat malu org melayu/islam jer menyalak tepi jalan...hmmm, dunia,dunia....

marstories said...

wahhh..terbaikk..memang patutlah kena lempang...memang penampar sulung la kan..hang mana penah lempang orang walaupun marah tara mana pun..kira ini la first time hang 'terlempang' orang..heheh..jadi ingatan dan pengajaran la kat orang tu seumur hidup dia..but i really think that she deserved it.. :)

sis2sis in de' kitchen~ said...

mula2 baca sangat sakit hati kat budak pompuan tu.cukup kongajaq.bila part bg pelempang lega sikit.bper no plate dia kak naja.mana tau terkena kat cek plak ble bg penampaq kali ke-2 plak hahahahahaha