Tuesday, July 5, 2011

Ibu Yang Berbangga...

“Fini dulu cukup setahun dah tak pakai lampin, reti pegi bilik air sendiri !” itu ayat mak aku dua bulan lepas masa aku balik kampong, dok sembang-sembang pasal betapa membazirnya duit dok beli pempes bulan-bulan, bukan sikit-sikit. Bila aku tanya mak macam mana ajar Fini kecik-kecik macam tu dah reti buang air sendiri tak perlu pakai lampin lagik, kata mak “Kepandaian tu mai sendiri sebenarnya, ajar pelan-pelan lama-lama dia reti. Hat penting, kena positif dan sabar”. OK, aku tabik spring kat Fini, adik aku merangkap anak bongsu mak. Tak lupa kat mak aku jugak sebab sentiasa positif.

Anak-anak aku adalah peminum susu lembu yang tegar. Rasyid sehari kurang-kurang 12 botol, purata 2 jam sekali. Kadang-kadang belum sampai 2 jam dah mintak susu lagik. Setiap kali 180ml susu wajib dia habis. Jadi satu bulan tak hairanlah kalau 5 tin susu Lactogen 1.8 kg tu dia minum. Rumaisa campur- campur, Sustagen dan Dutch Lady. Gaya minum dia kurang sikit dari Rasyid, 3 jam sekali. Bila banyak minum, dua bungkus pampes pun sat saja susut.

Masa umur Rumaisa dua tahun, aku dah ajar dia ke toilet sendiri, tak pakaikan pempes. Kencing bertabur merata-rata. Masa nak kencing dia tak bagitau, dah kencing baru kalut-kalut cakap kat mana dia kencing. Selalunya atas toto tempat lepak dia depan TV. Kebanyakan masanya aku di pejabat, jadinya tugas memantau bagi kat bibik. Tapi akhirnya aku rasa macam was-was pula kalo satu rumah penuh dengan air kencing. Najis merata-merata bagaimana mau beribadat. Jadinya stop kejap, pakaikan balik pempes kat dia. Masa 2 hari di hujung minggu aku praktikan walopun macam tak praktikal sebab 2 hari belajar, 5 hari lagik stop. Pasrah je lah. Tapi ada satu benda ni aku buat, tiap-tiap malam nak tido aku cakap dengan dia. ‘Rumaisa dah besaq, takyah pakai pampes lagik ya, nak kencing terus pi bilik ayaq.. Rumaisa anak yang pandai..” dan macam-macam lagi kata puji-pujian untuk dia.

Hasilnya, start dua minggu lepas usianya 2 tahun 6 bulan, dia tak mau pakai pempes dah bila tido malam. Mula-mula tak sedap hati jugak bila dok pikir nanti nak kena basuh dan jemur tilam pagi-pagi. Tapi Alhamdulillah, dalam tempoh dua minggu tu hanya dua kali saja aku kena basuh dan jemur tilamnya. Hat selebihnya tu, dia pandai dah cakap nak bangun pi kencing. Tidur malam pun takmau dah minum susu banyak-banyak kali. Kadang-kadang sekali, kadang-kadang takmo minum langsung. Mungkin takut terkucil di tilamnya. Berbanding dulu, satu malam mau 4-5 botol sementara nak sampai Subuh.

Perasaan aku sebagai emak ? Aku bangga. Rasa berbesar ati. Perasaan bangga dan berbesar ati aku ni sama taranya barangkali dengan ibu-ibu yang anak dia dapat 5A dalam UPSR. Bagus anak emak.. dah besar. Dah pandai! Lepas ni giliran Rasyid plak.. mak tengah dok kira-kira duit yang dapat dijimatkan dengan tidak membeli pempes.. Wah ! Wah ! Wah !

Hehehe…

6 comments:

AMIRZA said...

Tahniah anak emak!... bagussss duit yg mak leh jimatkan tu jgn lupa blanja mak cik miza ya.. bleh g tgk wayang transformer 3d jdlaaa.. wakakaka

Naja said...

hahha.. tarak hal! turun mai sini.. buleh bermidnite smp kui tiga pagi. kekekee

Fuuhhhh la la ..... said...

waaa satu perkembangan yang baik... bagus3... paling bagus ialah dapat jimat duit.... ehehehhe dlm nak train depa tu memang kena byk sabo dan kuat semangat... k.nora pun dah merasa ... turut bangga gak tengok anak dah pandai berdikari... walupun hanya gi berak kencing ke toilet sendiri.... ehhehehe....

Naja said...

Kak Nora - alhamdulillah.. tu la kan perasaan bangga yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. semoga anak kita membesar menjadi anak yang pandai berdikari.. amin

emak. bukan penari tiang said...

affan tak pandai lagi..dah kencing baru habaq..pastu pandai pi ambik kain buruk lap! tu aku cuak tu!

tapi orang kata budak pompuan dia cepat sikit belajaq control kencing, budak laki lambat..

Naja said...

Raina - Kira Affan pun dah cerdik la sebab tu dia lap ayaq kencing dia tak biaq dok kering di situ, dia tau kotoq. Mungkin tahap nak p kencing sendiri tu belum sampai lagi.. maka sebagai ibu kita pun harusla bersabar.. he he he.